View: 1517|Reply: 11
|
[Dunia]
Budak 12 tahun di England ditangkap kerana hantaran mesej perkauman
[Copy link]
|
|
Budak ditangkap bersikap rasis kepada Zaha
MyMetro Arena
ZAHA menerima ancaman bersifat perkauman daripada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. FOTO AFP
AFP
POLIS menahan kanak-kanak berusia 12 tahun selepas penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha menerima ancaman bersifat perkauman dalam beberapa siri mesej di media sosial sebelum perlawanan bertemu Aston Villa semalam.
Zaha memuat naik tiga tangkap layar akaun Twitter miliknya yang mengandungi ancaman perkauman daripada akaun Instagram milik peminat Villa.
Pihak polis berkata, selepas Villa mencatatkan kemenangan 2-0, mereka menangkap seorang kanak-kanak dari Solihull.
"Kami sedia maklum mengenai beberapa siri mesej rasis yang dihantar kepada seorang pemain bola sepak dan selepas melakukan siasatan, kami menahan seorang kanak-kanak.
"Kanak-kanak berusia 12 tahun dari Solihull sudah ditahan. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama. Tiada tolak ansur untuk sifat rasis," kata Polis West Midlands di akaun Twitter mereka.
Villa mengutuk ancaman itu dengan berkata: "Kami berasa kesal dengan mesej rasis yang dihantar kepada @wilfriedzaha.
"Kami mengutuk segala tindakan rasis dan bersama-sama Crystal Palace.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan apabila individu berkenaan dikenal pasti, kami akan mengeluarkan arahan larangan seumur hidup kepadanya."
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 10:40 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bdk 12 taun??? Ngo2 mai tolong.Al Jazeera mai buat liputan besar besaran. |
|
|
|
|
|
|
|
bukti rasis tidak mengira umur boleh dididik sedari awal.
apa yang menarik ialah response dari semua pihak - polis, media dan klub Aston Villa sendiri.
...apabila individu berkenaan dikenal pasti, kami akan mengeluarkan arahan larangan seumur hidup kepadanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 rasis pastu tembak menembak pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia.minority yang rasis |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak sokong je statement ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 13-7-2020 01:03 PM
bukti rasis tidak mengira umur boleh dididik sedari awal.
apa yang menarik ialah response dari ...
xde ke ngo2 nk bantu dia....dia kan msh bdk lg baru 12...belum matang lg??? |
|
|
|
|
|
|
|
Not even a teen yet, dah racist tahap camni. |
|
|
|
|
|
|
|
interesting... umur 12 tidak dikira teenager ya sebab takde sebut 'teen'...
I'm learning something new today
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 dh perangai mcm ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada forumer nama dia bugis dumb yg asyik salin kulit sampai la sekarang.. dia kalau tak puas hati dgn orang, dia akan bukak thread rasis menghina melayu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|