CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6297|Reply: 61

[Tempatan] Watak sebenar pembangkang sudah dijangka. Terbongkar hari ni. Itu sebab tak diad

  [Copy link]
Post time 13-7-2020 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Ini bukan zoo, ini Dewan Rakyat, kata Azhar
KHAIRULANUAR YAHAYA
3 1 minute read

PENGALAMAN mengendalikan Dewan Rakyat yang diibaratkan zoo kerana riuh rendah dengan Ahli Parlimen yang bermacam-macam pelakukan dan perangai selama kira-kira dua jam merupakan satu pengalaman yang baik.

Datuk Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengangkat sumpah kira-kira pukul 2.30 petang itu berkata, dia banyak belajar daripada pengalaman pertama hari ini.

“Ini bukan zoo, ini Dewan Rakyat, satu pengalaman yang baik , macam baptism, kita belajar dari pengalaman ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mantan Speaker Tan Sri Ariff beliau merupakan bekas pensyarah saya, rakan kongsi firma guama dan banyak terhutang budi dengan sumbangan ke arah proses reformasi Parlimen,” kata Azhar.

Beliau menjawab demikian selepas ditanya oleh  wartawan adakah beliau menyesal menerima tawaran sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas apa yang dialami hari ini.

Menurut Azhar, beliau menerima tawaran jawatan itu sebelum Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini. Dia tidak menolak tawaran berkenaan kerana pelantikan itu dianggap sebagai satu penghargaan kepada dirinya dan keluarga dan sebagai cara untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.

Dalam tempoh yang pendek hari ini Azhar diasak oleh Ahli Parlimen pembangkang yang tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pembangkang menolak pelantikan Azhar kerana mendakwa tidak berpeluang mengemukakan nama calon bagi jawatan tersebut dan tidak melalui proses pengundian untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang yang tidak dapat mengawal perasaan kedengaran menjerit tidak ada maruah dan malu speaker kepada Azhar.

Selain itu seorang Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto yang tidak berpuas hati dengan gelaran gelap yang didakwa dilemparkan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Stu Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendesak Azhar mengenakan Peraturan Mesyuarat terhadap Abdul Azeez.

Keadaan hiruk-piruk itu menyebabkan seorang petugas Parlimen membantu mengajar Azizan cara bagaimana untuk menutup mikrofon daripada berfungsi.

“Kita akan cuba mengawal, itu tugas saya dan tugas Timbalan Yang Dipertua. Kita akan cuba sedaya upaya pertahankan peraturan mesyuarat, untuk memperkasakan institusi Parlimen.

“Ini tugas bersama dan juga tugas ahli Parlimen, jika meraka mahu terus berkelakuan begitu biarlah, rakyat akan mengadili mereka,” kata Azhar dalam sidang akhbar hari ini.-SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 05:24 PM | Show all posts
beruk2 matyeh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pun lakonan baik team a atau team b...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahah.. pandai betul penulis berita ni. Mengekek2 i ketawa baca tiap2 perenggan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 13-7-2020 05:24 PM
beruk2 matyeh

Sesuai sangat2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 13-7-2020 05:40 PM
Hahahahahah.. pandai betul penulis berita ni. Mengekek2 i ketawa baca tiap2 perenggan

esok mai jgn lupa pakai bedak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 05:49 PM | Show all posts
Gelak aku tengok kartun Ujang........ Baik punya sindir...........


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:04 PM | Show all posts
Baling-BN keluar kenyataan rasis, gelar ‘gelap’ kepada MP Batu Kawan
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON July 13, 2020 5:07 pm



Ahli Parlimen Baling (BN) digelar rasis dan seksis selepas mengeluarkan kenyataan berupa gelap dan ‘tak nampak’ terhadap ahli Parlimen Batu Kawan (PH), Kasthuriraani Patto.

Ketika itu Kasthuriraani meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu (Menteri Undang-Undang) mengapa ahli Parlimen Wanita tidak disenaraikan di dalam senarai ahli jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang baharu.

“Saya memohon penjelasan sedikit. Semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim menganggotai jawatankuasa tersebut.

“Tapi kali ini tidak ada seorang pun wanita dalam jawatankuasa tersebut. Tak cukupkah wanita yang berkaliber dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Ia kemudiannya dicelah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang berkata, “Gelap, tak nampak.”

“Saya tidak menyatakan beliau gelap. Saya kata saya gelap, pakailah bedak selesai masalah,” tambahnya.

Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer berkata atas peraturan mesyuarat, beliau meminta Baling menarik balik kenyataan tersebut dan memohon Speaker Dewan untuk mengeluarkan arahan oleh kerana tidak sepatutnya perkataan itu digunakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu juga meminta agar Azhar mengeluarkan ruling supaya kenyataan seksis tidak diizinkan di dalam dewan.

Walaubagaimanapun, cadangan itu tidak diendahkan dan disusuli pengumuman penangguhan persidangan oleh Azhar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 06:06 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 13-7-2020 10:08 AM

[youtube]dbPCvdwKAOw[/youtube]
Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah ketika Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) dengan berkata “gelap, tak nampak”.

Ketika itu Kasthuri sedang mempersoalkan berkenaan kekurangan anggota parlimen wanita yang diusulkan bagi menggantikan anggota jawatankuasa pemilihan parlimen.

Ketika sejumlah anggota parlimen pembangkang terus menuntut agar Abdul Azeez menarik balik kata-katanya, Kasthuri memetik Peraturan Mesyuarat 36 yang menyatakan tidak wajar untuk anggota Dewan Rakyat menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat komen bernada seksis

Katanya lagi, Azeez bukan hanya memanggilnya gelap malah menyuruhnya untuk 'memakai bedak'.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak minat tengok sidang parlimen.. Demi tengok zoo tadi.. Aku tengok 2 sesi..mengekek aku gelak.. Mmg lawakk



Tq MP PH sebab menghiburkan aku tadi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 13-7-2020 10:06 AM
Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah ketika Kasthuri P ...

Hang pun jangan lupa pakai topeng 24 baki 24 hari lagi dewan bersidang ayam
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 13-7-2020 10:04 AM
Baling-BN keluar kenyataan rasis, gelar ‘gelap’ kepada MP Batu Kawan
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON  ...

Hang baru hidup ke ayam??
Dari zaman BN, Umno lagi perli ni ada, si bung famous sbb perli lah..
Hang lupa kot zaman PH lagi banyak words mcm tu..
Kesian ayam, tamda isu nak raise up harini
Takut sangat gaji tak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt Speaker lemau. Geng sendiri takut nak set ruling...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MP UMNO yang macam monyet...asik provoked tah apa2..camni ke Kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:05 PM | Show all posts
Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?
Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 13, 2020 17:51 +08



KUALA LUMPUR: “Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”
“Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah trending di Twitter, iaitu di tangga kedua selepas tanda pagar Dewan Rakyat.
Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana golongan belia dilayan dan dipandang rendah.

“Susah sangatkah mahu tutup mulut sekejap saja dan dengarkan apa yang dia katakan? Ini pula sebelum mula bercakap sudah kena ejek,” ciapnya.



Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama.

“Biarkan belia mengambil alih dan membawa Malaysia ke tempat yang lebih baik,” tulisnya.



Sejak pagi, sidang tersebut kecoh, gegak-gempita dan suara-suara ‘menyerang dan diserang’ itu datang baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, tidak kira yang berusia atau yang muda.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

[twitter]https://twitter.com/luqmanlong/status/1282543025332252673[/twitter]
Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam bdk2 prangai masing2 x kire ko drpd parti mane sekalipun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli nye tgk tua bangka geng2 perompak perangai mengalahkan budak tadika
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Azeez bukan sama gelap ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasturi nampak all out sgt Hari ni. Walaupun iouls faham concern dia tp racau dia lain mcm. Iouls suspect Bani PH berani terlebih sbb Art Harun ni tribe deme gak. Cuba kalau ofismate yg kita biasa ada kuasa sikit dari Kita, pasti tak berapa intimidating sbb kita dh biasa dgn dia.  Tp mmg nmpk la lack of respect from pH members towards yg dipertua Dewan.

And I wonder why on choose art harun knowing that he was/ is pro ph?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiddin replied at 13-7-2020 07:38 PM
Kasturi nampak all out sgt Hari ni. Walaupun iouls faham concern dia tp racau dia lain mcm. Iouls su ...

sorry... ni just pendapat iols...

kalo pilih speaker pro PN ... nnt lagi meloncat2 terjerit2 histeria la PH... tak puas hati ... kata TSMY tak adil la...

to be fair, tsmy lantik la art harun...

tu pun PH msh tk puas hati...

PH ni tak tau ke isu apa yg perlu diutamakan... hal kecik perlantikan speaker pun nk jd kan sebab... atau PH tak dak isu nk dibangkitkan ke??

buang masa jer sidang dewan hari ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.109272 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list