Risiko obesiti, kanser usus makan sosej
myMetromutakhir
Muhaamad Hafis Nawawi
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkat risiko obesiti dan kanser usus.
KKM dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.
Katanya, sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.
"Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.
"Selain itu ia boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus," katanya.
Katanya, kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
"Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 5:05 PM
Post time 13-7-2020 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ada parents yang masak mee, nasi goreng pun letak sosej. Some even dlm maggie letak sosej bagi anak2 makan. Double whammy betul yang tu. Pagi2 breakfast pun hari2 sosej. Tapi masing2 la. Anak masing2. Karang tegur dikata kita menyibuk
Post time 13-7-2020 06:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
boleh makan tapi jangan selalu. seminggu skali sebatang bolehla untuk bagi budak merasa.
anak aku jenis gitu. kalau dia nak something yg tak elok, bagi setakat rasa lepas tekak dia je.
mak dia pun suka sosej juga...................(senyum sinis)
Bukan ni je nugget burger pun tak baik untuk kesihatan apa tah lagi untuk dimakan hari2. Ni semua sebab dah terbiasa diajar makan tu dari awal jadi sebab tu ia jadi pilihan.
Post time 13-7-2020 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols mmg selalu beli frozen food cam popia, pau dan naget sosej ni...
Tapi sekali sekala je jasi goreng..
Cam minum.petang tu..sambil tengok tv..kita.goreng la.sikit...
Ataunpagi pagi masak nasik goreng ke...kita.goreng la sikit buat tambahan..
Cenggitu lah..
Iols ada kenal mak suka bagi naget sosej sebagai makanan ruji..
Dan mmg gundu anak dia..semangat membara gituuu...sampai doc pantau berat dia
Now budak tu dah darjah 2..ada nampak susut sikit la...sebab mak dia letak sayur..jadi budak.tu tak.nak.makan..bila lapar..terpaksa la makan..hahahaha
Post time 13-7-2020 06:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alamak baru teringat ada sosej beli masa PKP baru start masih dlm freezer. Anak saya mmg tak gemar sosej dari kecik. Saya saja beli satu papan kecik utk PKP la konon. Sekali sekala boleh la makan sikit2. Setahun mungkin sekali dua jamah sosej. Masalahnya kat kantin sekolah pun ada jual sosej nuggets semua ni. Patutnya tak boleh jual la kan sbb KKM pun kata tak sihat.
Post time 13-7-2020 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
baru je last 2days kwn tnjuk menu kantin kat sekolah anak dia. salah satu menu utk rm3/paket (nasi goreng, roti sosej, air botol/mineral) igtkan menu kat sekolah dipantau KKM ke kalau gini tak kira makanan berat sbb dah ada nasi grg.
iols tak amik tau plak menu sek anak iols bukak nanti sbb mmg bwk bekal je.
Post time 13-7-2020 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_almondpecan replied at 13-7-2020 06:25 PM
Nampak ok gak ingredients tu. Letak ayam cincang pun sedap. Daging pun ok tp ada org tak suka bau ...
Kita boleh tukar guna daun pandan atau daun pisang sebagai pembalut.. Hari tu ada nampak ig masakan mana entah guna daun pisang sebagai pembalut utk stim.