Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
793
View
12
Reply

[Tempatan] KPN sangkal dakwaan keluarga Adib

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-7-2020 11:56 PM | Show all posts |Read mode
KPN sangkal dakwaan keluarga Adib
MyMetroMutakhir

image.png
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyangkal dakwaan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bahawa pasukan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

Menurutnya, tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang dalam sidang media yang dilakukan beliau pada Jumaat lalu.

"Segala fakta yang diberikan adalah hasil siasatan dan dapatan terkini. Ia bukan untuk menyanggah hasil daripada keputusan inkues.

"Sehingga kini, tiada saksi yang benar-benar dapat menyatakan nampak arwah Adib dipukul. Kesemua keterangan yang diperolehi adalah bersifat 'hearsay' dan juga berupa pendapat.

"Usaha masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti pelaku jenayah ini jika ada," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai kes kematian Allahyarham Muhammad Adib, Abdul Hamid berkata, beberapa isu perlu disiasat lebih lanjut ekoran daripada keputusan inkues yang mengatakan arwah Adib dipukul dan diserang dua orang atau lebih.

Menurutnya, sekiranya benar berlaku serangan pastinya wujud kesan serangan dan PDRM masih memperhalusi perkara itu bagi mendapatkan suspek atau sebarang petunjuk yang memungkinkan tangkapan.

Tambah beliau, PDRM juga menjalankan siasatan lanjut terhadap saksi yang didapati tidak konsisten dalam tiga peringkat rakaman percakapan sebelum ini dan saksi lain yang memberikan keterangan dalam inkues kerana ada antaranya mendedahkan beberapa maklumat baharu yang perlu disiasat lanjut.

"Isu 'dying declaration' perlu disiasat lanjut oleh pasukan siasatan kerana ia dikemukakan semasa inkues tanpa dicabar atau dinilai kredibiliti dan kesahihannya," katanya.

Abdul Hamid berkata, keputusan inkues hanya panduan kepada PDRM selepas mahkamah meneliti keterangan saksi dan pihaknya boleh terus menjalankan siasatan melalui pelbagai sudut untuk menyelesaikan kes itu.

Katanya, terdapat kebarangkalian hasil siasatan lanjut akan tidak selaras keputusan mahkamah terutama dari sudut tiada keterangan jelas Adib dipukul, keterangan kecederaan tidak sepadan dengan corak serangan dan keterangan pakar yang bercanggah.

"Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Koroner, sehingga kini siasatan kes arwah Adib tidak pernah ditutup dan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Tangkapan akan dibuat sekiranya terdapat bukti dan keterangan baharu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 10:23 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 13-7-2020 11:59 PM | Show all posts
KPN sangkal keluar kenyataan bercanggah Mahkamah Koroner
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 13 Julai 2020

image.png
Laporan Sinar Harian semalam.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan yang mengatakan pasukan keselamatan itu tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang dalam sidang media beliau pada Jumaat lalu.

"Segala fakta yang diberikan adalah hasil siasatan terkini, ia bukan untuk menyanggah hasil daripada keputusan inkues," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya sekali lagi menegaskan bahawa sehingga kini, tiada saksi yang benar-benar dapat menyatakan nampak arwah Muhammad Adib dipukul (eye witness).

"Keterangan yang diperoleh adalah bersifat 'hearsay' dan juga berupa pendapat, namun usaha masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku jenayah ini jika ada," katanya.

Abdul Hamid berkata, beberapa isu perlu disiasat dengan lebih lanjut ekoran daripada keputusan inkues yang menyatakan arwah Muhammad Adib dipukul dan diserang oleh dua orang atau lebih sekiranya benar berlaku serangan seperti mana yang dinyatakan berdasarkan pendapat saksi dan seorang pakar.

"Pasukan siasatan masih lagi memperhalusi perkara ini bagi mendapatkan suspek sebenar atau sebarang petunjuk untuk tangkapan," katanya.

Beliau berkata, pasukan itu juga menjalankan siasatan lanjut ke atas saksi yang mana didapati tidak konsisten dalam tiga peringkat rakaman percakapan sebelum ini.

"Begitu juga saksi-saksi lain yang telah memberikan keterangan dalam inkues kerana ada antara mereka yang telah mendedahkan beberapa maklumat atau keterangan baharu yang perlu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, isu 'dying declaration' perlu siasatan lanjut pasukan itu kerana ia dikemukakan semasa inkues tanpa dicabar atau dinilai kredibiliti serta kesahihannya.

"Kita perlu menjalankan siasatan ke atas perkara ini bagi memastikan bagaimana wujudnya isu 'dying declaration'.

"Kemampuan arwah Muhammad Adib memberikan respon ke atas 15 soalan 'dying declaration' itu dan kesahihan kejadian ini daripada saksi-saksi," katanya.

Abdul Hamid berkata, keputusan inkues yang digariskan Koroner cuma panduan pihak polis selepas mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi dipanggil.

"Kita boleh meneruskan siasatan ini melalui pelbagai sudut dan pendekatan bagi menyiasat segala kemungkinan dan seterusnya menyelesaikan kes ini," katanya.

Beliau berkata, terdapat kebarangkalian hasil siasatan lanjut akan tidak selaras dengan keputusan Mahkamah Koroner terutama dari sudut tiada keterangan jelas arwah Muhammad Adib dipukul.

"Keterangan mengenai arwah Muhammad Adib yang tidak sepadan dengan corak serangan yang dikatakan dan keterangan pakar yang bercanggah," katanya.

Abdul Hamid berkata, sebagai menghormati keputusan Mahkamah Koroner, sehingga kini siasatan kes arwah Adib tidak pernah ditutup.

"Siasatan masih lagi diteruskan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan, tangkapan akan dibuat sekiranya terdapat bukti dan keterangan baharu seperti mana yang telah dilakukan sebelum kerajaan memutuskan untuk inkues dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, jumlah tangkapan keseluruhan bagi kes adalah seramai 108 orang, ia melibatkan 61 kertas siasatan.

"Daripada jumlah itu, seramai 28 orang telah dituduh di mahkamah.

"Ia membabitkan lapan kertas siasatan berkaitan kes arwah Muhammad Adib atas pelbagai kesalahan seperti merusuh, mendatangkan cedera, khianat, menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan kesalahan pencerobohan jenayah," katanya.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-Mahkamah-Koroner
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut logik pun, kalau betul Adib tu ada saksi di kalangan kawan2 dia, ada nmpak dia kena pukul mesti kawan dia dah back up reveal dekat fb ke apa yg berlaku di depan mata dia. Tapi xtau lah kot2 ada yg kena suap ke kena ugut ke utk cite hal sebenar sbg saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada keadilan utk arwah adib yg hensem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Situasi 1.PDRM atau Mahkamah Koroner
Situasi 2.Dol atau Minah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:11 AM | Show all posts
aku rase kalo adib ni x hensem, kepam gundu ,xdenya korg beria nak justice kan ?!..sbb arwah ni hensem namatey, tu yg lain peginya

pape pon #justice4adib
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Adib bknnya mati ditempat kejadian ramai org sempat berbual dgn dia. Kesan tapak kasut pun Ada pada dada...IO lagi tahu Dari kpn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
in case kpn dah lupa
Badan bertindak kuil mohon maaf kerana teori Adib dilanggar
22 Dec 2018, 3:30 pm
Dikemaskini 2 tahun lepas


A
+
A
-
Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields USJ25 meminta maaf kerana sebelum ini mengatakan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar trak bomba dalam rusuhan yang berlaku di luar kawasan kuil itu bulan lepas.

Menurut pihak berkuasa, anggota bomba itu diheret keluar daripada kenderaannya dan dipukul oleh para perusuh di lokasi kejadian.

'Niat saya semasa sidang akhbar pada 28 Nov itu adalah semata-mata untuk meminta polis menyiasat kemungkinan Adib dilanggar trak bomba.

"Saya tidak pernah mempunyai niat sedikitpun untuk menyakiti perasaan keluarga Adib, kawan atau sesiapa sahaja dengan meminta polis menyiasat rakaman video trak itu.



"Sekiranya saya telah menyakiti perasaan mereka, saya tidak kesal untuk meminta maaf kepada keluarga yang mengalami kedukaan kerana kehilangan seorang anak yang berkhidmat dengan dedikasi," kata Pengerusinya, SW Ramaji.

Ramaji membuat kenyataan itu selepas timbul desakan agar Menteri Perpaduan P Waythamoorthy meletakkan jawatan dan pihak kuil memohon maaf atas kenyataan mereka sebelum ini.

'Adib lelaki yang baik'

Sami itu juga mengucapkan terima kasih kepada Adib atas khidmatnya kepada rakyat Malaysia, dengan menggelarnya sebagai seorang "lelaki yang baik".

"Kejadian yang berlaku di kuil pada waktu subuh pada 26 Disember, dan apa yang berlaku di jalan di luar kuil pada awal hari berikutnya adalah detik hitam untuk negara kita.

"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku. Tidak ada sesiapa yang boleh dan sepatutnya membenarkan detik-detik yang memalukan itu.

"Saya ikhlas menyesali apa yang berlaku kepada Adib yang menyebabkan kesedihan buat keluarganya, dan berdoa agar keadilan ditegakkan," katanya.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib mengalami cedera parah dipercayai selepas dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Selepas bertarung nyawa hampir tiga minggu, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adib langgar diri sendiri.. Sebab tu patah tulang rusuk.. Lawak sungguh.

Dan boleh KPN tunjuk statement IJN yg adib tak boleh berkomunikasi? IJN tak pernah keluarkan pun mana2 statement yg arwah tak boleh berkomunikasi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2020 05:26 PM | Show all posts
Sesiapa yang lawat pendirian KPN secara terbuka ni boleh dikira menghasut tak?

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:27 PM | Show all posts
salamon replied at 14-7-2020 10:11 AM
aku rase kalo adib ni x hensem, kepam gundu ,xdenya korg beria nak justice kan ?!..sbb arwah ni hens ...

ko mon kalo sembang x pnah x tongong


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:28 PM | Show all posts
tngk liberal2 tongong ni

kes orng mati dia wat2 lawak politik

tu le

mndubur ni melemahkan akal
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 14-7-2020 10:11 AM
aku rase kalo adib ni x hensem, kepam gundu ,xdenya korg beria nak justice kan ?!..sbb arwah ni hens ...

Gini kira encem ke dek emon? Adududuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list