CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3248|Reply: 20

[Politik] Bukan sahaja rapuh dan mungkin gagal bertahan, hendak berfungsi pun sulit, inila

[Copy link]
Post time 14-7-2020 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan PN kini sulit berfungsi, kata bekas menteri
Diterbitkan Hari ini 12:05 pm



Keputusan pengundian bagi melantik speaker di Dewan Rakyat semalam membuktikan kerajaan yang ada sekarang sukar untuk berfungsi, kata seorang bekas menteri Umno.

Menurut Ahmad Shabery Cheek, keputusan semalam memang menunjukkan Muhyiddin Yassin memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Cuma kata beliau ia menampakkan bagaimana ia keadaan itu terlalu tipis dan menjadikan kerajaan berada dalam keadaan tidak stabil.

"Ujian di parlimen kelmarin (semalam) membuktikan keputusan Yang di-Pertuan Agong betul. Beliau (Muhyiddin) ada angka mencukupi membentuk kerajaan.

"Namun kemenangan tipis menunjukkan kerajaan ini tidak stabil. Lebih-lebih lagi apabila tiba sesi bajet nanti. Banyak pengundian akan berlaku," katanya.

Ahmad Shabery yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menteri penerangan serta menteri pertanian dan industri asas tani menambah dalam keadaan sekarang semua ahli parlimen kerajaan tidak dapat pergi ke mana-mana.

Hal itu, katanya termasuklah Muhyiddin sendiri, menteri-menteri lain serta timbalan mereka. Justeru, tambah Ahmad Shabery setiap daripada mereka itu terpaksa bekerja dalam parlimen.

"Menteri Luar tak boleh ke luar (negara). Banjir pun tak boleh berada di kawasan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelebihan dua undi saja

Muhyiddin semalam mengemukakan usul untuk menggantikan bekas hakim mahkamah tinggi, Mohamad Ariff Md Yusof, sebagai speaker Dewan Rakyat dengan seorang peguam dan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun.

Ia dianggap ujian pertama Muhyiddin sejak dilantik sebagai perdana menteri kesan daripada Langkah Sheraton yang diambilnya bersama sekumpulan pemimpin kanan PKR.

Sebelum ini umum membuat andaian Muhyiddin hanya mendapat sokongan tipis namun tidak dibuktikan di mana-mana premis sehinggalah undian menggantikan Mohamad Ariff semalam berlangsung.



Dalam undian tersebut, kerajaan Perikatan Nasional memperoleh 111 undi, termasuk daripada Muhyiddin sendiri, manakala dibantah 109 undi daripada pembangkang.

Anggota Parlimen Batu Pahat - seorang daripada pemimpin PKR yang berpaling tadah sebelum ini - tidak mengundi kerana mempengerusikan persidangan.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr Maximus Johnity Ongkili (PN-Kota Marudu), tidak hadir kerana bercuti sakit.

Azhar kemudian dilantik sebagai speaker dengan kelebihan dua undi.

Ahmad Shabery berkata langkah terbaik menyelesaikan keadaan itu ialah dengan mendapatkan mandat daripada rakyat.

"Sulit untuk kerajaan berfungsi. Jalan terbaik, bubar parlimen. Dapatkan mandat baru," katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Mustafa Shah Abdul Hamid turut berpendapat pilihan raya umum (PRU) adalah langkah terbaik bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

Jelasnya, meskipun kerajaan PN "disahkan" mempunyai majoriti semalam, namun angka yang tipis agak sukar untuk kerajaan memberi khidmat yang baik kepada rakyat.

"PRU adalah jalan terbaik untuk kerajaan mendapat kembali mandat rakyat dengan majoriti yang lebih baik bagi mengemudi negara.

"Bahkan saya yakin, dengan apa yang kerajaan lakukan kini, sokongan rakyat memihak kepada PN dan kita boleh membentuk kerajaan dengan majoriti lebih baik.

"Kerajaan yang tidak stabil akan memberi kesan kepada keharmonian rakyat, banyak dasar yang baik sukar untuk dilaksanakan dalam situasi begini,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod pengkritik mendakwa PN kini menjadi kerajaan tanpa mandat kerana semua parti yang ada dalam gabungan tersebut - kecuali Bersatu - tidak mendapat sokongan majoriti pengundi dalam PRU ke-14 lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2020 02:05 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 14-7-2020 06:07 AM

USUL TUKAR SPEAKER LULUS DENGAN MAJORITI TIPIS

SOKONG = 111
TOLAK = 109
BERKECUALI = 1
TIDAK HADIR = 1

Mampukah Kerajaan PN ini bertahan?

— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) July 13, 2020


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 02:08 PM | Show all posts
Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu Perikatan Nasional?

Any suggestions?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah tengok masih berlambak geng wuhan dalam parlimen

cepat la pru15 hendaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 02:29 PM | Show all posts
Kenapa veteran UMNO suka condemn Perikatan Nasional?

Ada yang boleh explain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 02:34 PM | Show all posts
Kerajaan PN yang rapuh
Suara Merdeka 11 hours ago



WALAUPUN berjaya membuktikan di Parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti dalam usul menukarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tetapi ia sangat tipis.

PN diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menggugurkan Mohamad Ariff Md Yusof hanya dengan kelebihan satu undi.

Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul  Muhyiddin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang itu.

Maximus Johnity Ongkili (PN-Kota Marudu) tidak hadir dengan sijil cuti sakit.

Tidak cukup itu persidangan berjalan dalam keadaan kecoh hampir tidak terkawal.

Keadaan itu jelas dilihat dengan majoriti yang sangat kecil kerajaan yang ada sukar untuk mentadbir negara.

Ini juga sekali gus memberi isyarat yang tidak baik kepada pelabur asing kerana kerajaan boleh berubah pada bila-bila masa jika undi tidak percaya diadakan.

Oleh itu jalan penyelesaian ialah Muhyiddin mengadakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat segar daripada rakyat, daripada terus dicop sebagai kerajaan pintu belakang.

Jika pilihan raya umum diadakan Muhyiddin perlu lebih bertolak ansur soal pembahagian kerusi kerana ternyata sebelum ini Muafakat Nasional (MN) telah berjaya mencapai kejayaan.

Langkah terbaik adalah parti pimpinan Muhyiddin iaitu Bersatu menyertai MN dan membentuk kerajaan yang baharu.

Bermakna PN adalah kerajaan sementara untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi mendapatkan sokongan yang sepenuhnya daripada rakyat.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga perlu tegas dalam hal ini kerana ia memang menjadi kehendak ahli di peringkat akar umbi untuk melihat MN menyatukan kembali politik orang Melayu dan Islam yang berpecah belah.

Kelebihan kini berada di tangan kerajaan kerana kejayaan menangani pandemik Covid-19 dan pada masa yang sama menyantuni ekonomi negara yang terkesan secara global kerana perkara yang sama.

Mood rakyat kini juga positif terhadap kerajaan hari ini dan pada masa yang sama pembangkang sendiri dalam keadaan kucar-kacir.

Mereka kehilangan arah dalam hal yang paling utama iaitu untuk melantik calon perdana menteri.

Lebih molek lagi jika pilihan umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Apa yang ada hari ini belum boleh diraikan kerana ia hampir kepada fatamorgana dan ibarat Burung Terbang Dipipiskan Lada.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 03:09 PM | Show all posts
dizekni replied at 14-7-2020 02:10 PM
Menyampah tengok masih berlambak geng wuhan dalam parlimen

cepat la pru15 hendaknya

memang kita go for PRU itu aim MN, tapi ya takut tu sapaaaaa? yg dok bising2 tula
semalam depa sakit hati speaker depa dah tak jadi speaker now....depa dok played up sentiment
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 03:20 PM | Show all posts
Biasanya kalau rapuh, mungkin gagal dan sulit berfungsi kita kaitkan dengan penyakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 03:39 PM | Show all posts
gagal brtahan x pe

bnyk gak wat jasa kt rakyat

ini yg 22 bulan jd gomen jnji reformasi mcm2

tngok2 reformasi warna kasut skolah je

ksian cai2 ph ditongongkn

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:56 PM | Show all posts
Senang cite, ko kalah la setengah undi pun, ko ttp kalah.
Jgn jd sore loser leh x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:59 PM | Show all posts
Bubar je la Parlimen tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 04:00 PM | Show all posts
Bunyi macam penyakit kronik lah pula ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:01 PM | Show all posts

ramai sangat beruk PH dlm tu...
memerintah bodoh..jadi pembangkang pun bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:02 PM | Show all posts
Acap wajdi ni sejak haritu lagi beriya2 mainkan sentimen bubar parlimen. Adakah mereka sedang merancang sesuatu? Moga2 abah dapat bertahan serangan kanan kiri depan belakang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 06:05 PM | Show all posts
Retak menanti belah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 10:31 PM | Show all posts
Hampir setiap hari akan ada berita UMNO perlekehkan PN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2020 07:50 AM | Show all posts

PN tidak berani untuk bubarkan kerana menyedari dirinya yang rapuh, mungkin gagal bertahan dan sulit berfungsi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 15-7-2020 07:50 AM
PN tidak berani untuk bubarkan kerana menyedari dirinya yang rapuh, mungkin gagal bertahan dan sul ...

Momentum di belah PN skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 14-7-2020 04:01 PM
ramai sangat beruk PH dlm tu...
memerintah bodoh..jadi pembangkang pun bodoh...

Biasala sis. X yah lyn sgt diaorg tu. Meroyan x abih2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu kita nak pru supaya berkubur dap haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071977 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list