CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22031|Reply: 167

[Jenayah] Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan merogol adik bongsunya sendiri sejak berusia 11 tahun.

Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Norma Ismail.

Mengikut empat pertuduhan di bawah seksyen 376b Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik perempuannya yang kini berusia 17 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat  atau kebiasaan.

Kesalahan itu dilakukan di rumah keluarganya di sebuah PPRT di Jasin dalam empat kejadian berasingan iaitu pada Jun 2014, Mac 2018, Mei 2019 dan April 2020 lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 10 hingga 30 tahun dan juga sebatan.

Tertuduh yang juga bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, turut berdepan satu pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa sama dengan menyentuh payudara bagi niat mencabul kehormatan adiknya yang kini masih menuntut di Tingkatan Lima itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mazuin Hashim tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah adik-beradik.

Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun merayu untuk dilepaskan dengan jaminan selain ibu kandungnya yang turut berada di ruangan mahkamah merayu agar anak lelakinya itu dilepaskan dengan jaminan memandangkan dia bakal melangsungkan pernikahan pada hujung minggu ini.

Norma pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa selain menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun merayu untuk dilepaskan dengan jaminan selain ibu kandungnya yang turut berada di ruangan mahkamah merayu agar anak lelakinya itu dilepaskan dengan jaminan memandangkan dia bakal melangsungkan pernikahan pada hujung minggu ini.

Ini lah Mak yg melampau lebihkan anak lelaki.. smpaikan dh rogol adik sndr pun Mak boleh pikir psl anak lelaki dia..
Kalian yg ada anak lelaki didiklah anak tu jadi lelaki bermaruah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia pun mintak anaknya yg merogol tu dijamin sebab nak bagi menikah.

Anak pompuan yg dirogol tu mak dia takpe kan je ke mcm mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogol mak kau tu dek. Akak caya ja dia tau jenayah sumbang ko. Tapi dia diamkan bertahun2. Selayaknya dapat anak syaitan macam ko.


Anak2 jadik pailang,
bila mak pak membabi buta sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal binik tak kesah plak nak kawen ngn haruan predator ni?
Esok2 anak sendiri plak dia ratah, tak pun adik ipor ke anak buah ker?

Ni semua salah adik dia laaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapa tolol dari neraka. Done aku maki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 14-7-2020 07:57 PM
Mak dia pun mintak anaknya yg merogol tu dijamin sebab nak bagi menikah.

Anak pompuan yg dirogol  ...

Gitu la tu. Pehtu bila anak pompuan tu dah keja elok2, mesti expected huntok bagi duit tanggung family walau dilayan macam tahi. Abang dia kan dah nak nikoh. Kesian dia takleh menutoh halal. Nafsu kuat (sampai rogol adik sendiri bertahun) musti jangan dihalang bina mesjid. Nanti bila dah berbini tak bagi duit kat family pun takpe sebab ada mulot laen nak suap. Anak jantan ni akal kurang dari anak pompuan jadi jika buat dajei pon mak pak (bebal) boleh pejam mata buat tatahu.









Pght.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah brp tahun punya cerita tu

selama ni??? apa budak tu tak trauma ke

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sialan punya jantan..
mak pun haram jadah..
bakal bini kalau masih sanggup jugak nak kawin, memang sah lah bodoh asal berlaki.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
apa news ni.. kenapa pelik sangat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler.....buatnye ngandung anak cacat mata jadi satu rasa2 takut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:11 PM | Show all posts
laju je sebut masjid

ini le prangai liberal

cepat melabel

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rilex je ngo ke pu ke daei ke pejabat zakat ke (tkde kaitan tapi nak sebut jugakkkk) ebit liew ke

tkde siapa nak back up gurl tu ke. nak spm plak tu.

confirm tokleh fokus. apa cerita laa spm dia nnt
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi ke pompuan tu kawen dgn laki mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-7-2020 08:03 PM
Gitu la tu. Pehtu bila anak pompuan tu dah keja elok2, mesti expected huntok bagi duit tanggung fa ...

Love ur komen sis chazey...anak lelaki selalu dilebihkan..anak pompuan di anak tirikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati baca berita rogol ni.. Tadi puas aku maki bapak setan jual anak dekat bangla tuh..Ni abang setan plak.. Ramai setan muncul lepas pkp ni..

Bakal bini harap fikir balik untuk masa depan ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 14-7-2020 08:31 PM
Love ur komen sis chazey...anak lelaki selalu dilebihkan..anak pompuan di anak tirikan


Stodens akak ramai jadik camni (i.e. jadik mesin ATM family). Menyedihkan untuk dilihat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 14-7-2020 08:37 PM
TravellingBear replied at 14-7-2020 08:03 PM
Dah brp tahun punya cerita tu

selama ni??? apa budak tu tak trauma ke


mesti disenyapkan si "mak" betina sial..kan happened masa victim only 11 years old, masih kecik tak reti nak buat apa2, semestinya "mak", orang yg patut lindungi dia pula sebelahkan "abang"!  skrg mangsa dh 17 tahun, dh reti buat laporan polis sendiri. mmg celaka sgt "mak" cam ni, semoga betina sial ni kena langgar lori babi, dia x layak to be a mother! she is a monster!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu kalau mak tak tau apa jadi kat anak kau. 6 tahun dia derita.. apa punya mak lah.. pertahan anak setan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:39 PM | Show all posts
seak umo 11 tahun. ade ke yg nk bermenantukan perogol?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.214312 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list