CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24067|Reply: 247

[Dunia] Impak COVID-19. Jenama gergasi, berpuluh tahun dalam industri bakal muflis, tert

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Jenama gergasi terjejas, isytihar muflis
Mohamad Athir Ismail
97 1 minute read

UMUM maklum mengenai kadar pengangguran yang meingkat di Malaysia akibat pandemik Koronavirus (Covid-19), tetapi ia sebenarnya turut jejaskan jenama gergasi dunia seperti muflis.

Pandemik tersebut benar-bernar memberi kesan kepada jenama-jenama ternama yang sudahpun bertapak puluhan tahun dalam dunia perniagaan.

Malah, produk keluarannya dipasarkan rentas sempadan melambangkan kekukuhan dalam permintaan terhadap jenama tersebut.

Namun, pandemik itu lebih ‘dahaga mencari mangsa’ sekali gus menyebabkan sebahagian besar penduduk dunia hilang sumber pendapatan.

Memetik laporan yang dirumuskan oleh portal The Mazatlan Post, banyak jenama-jenama terkemuka antaranya Victoria’s Secret, Gold’s Gym dan Hertz isytihar muflis.

Berikut adalah senarai syarikat yang hampir dan isytihar muflis.

   Victoria’s Secret
    Gold’s Gym
    WeWork
    Hertz (pemilik Thrifty dan Dollar)
    Comcar (syarikat pengeluar trak terbesar)


Beberapa syarikat mula melakukan pelan rasionalisasi seperti menutup cawangan, iaitu:

    Zara – tutup 1,200 cawangan
    La Chapelle – tutup 4,391 cawangan
    Starbucks – tutup 400 cawangan
    Nissan Motor Co. – dijangka tutup perniagaan di Amerika Syarikat (AS).
    Emirates – kurangkan 30 peratus pekerja.


Jenama runcit terkenal seperti J. Crew, Gap, Bath & Works, Forever 21 dan Sears tutup 12,000 hingga 15,000 cawangan pada tahun ini.


Syarikat-syarikat besar yang memerlukan sokongan kewangan termasuk menghentikan operasinya.

    Chanel
    Hermes
    Rolex
    Patek Philippe
    Nike – sediakan 23 bilion Dolar AS bagi pemberhentian peringkat kedua.
    Airbnb
    JC Penny – bakal diambil alih oleh Amazon.
    Warren Buffet
    BlackRock
    Mall of America


Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan pemberhentian pengambilan pekerja asing bagi semua sektor dalam negara.

Tindakan itu merupakan sebahagian dariapda usaha untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Susulan itu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM9 bilion melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Peruntukan tersebut adalah bagi mengatasi masalah peningkatan pengangguran termasuk memberi subsidi upah dan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada laporan mengenai syarikat tempatan yang diisytihar muflis, namun tidak dinafikan banyak perusahaan terjejas teruk akibat Covid-19. – SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 10:12 PM | Show all posts
tt lupa nak letak kabinet fake degree dkt tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:12 PM | Show all posts
victorias secret tu memang tak sangka sebab peminatnya ramai... lepastu gigih duk berfashion show setiap tahun...

harga mampu milik... alih2 bakal katup jua
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:13 PM | Show all posts
Hermes kalau katup operasi... nampaknya beg2 dia akan naik harga, so boleh la jual beg2 iols
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:13 PM | Show all posts
Nissan tu aku dgr belum musim covid pun dh ada masalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish.. Mujur bukan jenama aku minat.. VS tu tak sangka sangat..alaaa....baru plan nak beli vs.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2020 10:18 PM | Show all posts
salamon replied at 14-7-2020 10:12 PM
tt lupa nak letak kabinet fake degree dkt tajuk

alamak!
mohon maaf, terlupa
segala kesilapan amat dikesali


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Airbnb yg tak ada sebiji hotel tu pun rugi? untung atas angin pun boleh rugi juga.. apa tah lagi perniagaan yg memiliki beratus2 hotel milik sendiri atau sewa bangunan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 10:20 PM | Show all posts
R2D2 replied at 14-7-2020 10:18 PM
alamak!
mohon maaf, terlupa
segala kesilapan amat dikesali

eh sajer je..
tu taktik clickbait..nnti ramai yg view..hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 10:21 PM | Show all posts
yg info aku dpt
jenama produk PAKATAN 100 PLUS
masa awal-awal covid-19 dah problem
kawan-kawan aku cite jenama tu dah problem
fake degree la katakan
memang tak ada kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti atok warren buffet menyesal hidup zuhud selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya & takutnya...
Memori gawat 98 masih segar lagi ni
Dah datang yg lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rolex? Bior betik? Mcm x caya je... meols dlm waiting list pun until now no news... ingat time covid org xde nk beli but that is not the case

Betui ka ni? Hat zara tu mmg betul but if rolex , hermes tu meols kureng purchaya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:55 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-7-2020 10:36 PM
Rolex? Bior betik? Mcm x caya je... meols dlm waiting list pun until now no news... ingat time covid ...

tu la khenn kaka kitty...
boleh minta brand2 besar ni collab dengan mamasab dah jualkan produk theyols ni...

sales tahun ni sahaja time covid2 ni pun dah 50 juta lebih... takkan la takat jual beberapa bijik rolex dan birkin tak lepas kan?
takde customer? jangan risau agen boleh beli sesama agen dan dropship beli sesama dropship...
ulang alik la sampai sold out sambil tenyeh lipstick sesama sendiri... tak habis? dispose dan kambus belakang rumah dengan ikan paus BBQ

trust the process, mamasab warrior the best
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
syarikat tempatan pon bakalan menuju ke arah sama ye
nasib tak baik kita akan dengar berita pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
VS tu rasa nya belum default yach..cuma tutup store saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
GE tak masuk ke..antara yang terawal announce default
lepas GE baru Hertz
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ikea masih hangat seperti biasa...peminat hermes chanel tuh...silalah truskan support korang membeli produknya...kalo korang stop, dah tuh mmglah muflis...tak kesian ker feberet uols tuh muflis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba turunkan harga, sure mampu survive. Jual la murah2. Nak beli ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 14-7-2020 10:12 PM
victorias secret tu memang tak sangka sebab peminatnya ramai... lepastu gigih duk berfashion show se ...

Bkn setakat katup, lingkup terus. Gila la. Byk yg tutup jenama feveret i plak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.309655 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list