WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 59,222 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut penjumlahan dilaporkan Universiti Johns Hopkins.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di AS yang juga negara paling terkesan dengan pandemik berkenaan di dunia, sudah mencecah lebih 3.36 juta, menurut universiti terbabit setakat jam 8.30 malam tadi.
Sebanyak 411 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlahnya telah mencapai 135,582 korban.
AS mengalami peningkatan kes merentasi bahagian selatan dari Florida hingga ke California. - AFP