CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8678|Reply: 2

kenapa RXZ masih jadi kegilaan sampai KINI-otai masih berbisa

[Copy link]
Post time 15-7-2020 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Kenapa Yamaha RX-Z masih mempunyai ramai peminat?

Hari ini... Hm.. Petang tadi saya pegi pekan naik motor. Alhamdulillah hujan dah berhenti lama dan jalan pun dah agak kering. Saya pegi pekan sebab nak beli makanan.. Huhuhu.. Tak makan tengahari lagi oo.. Jam da pukul 4. Family semua tak ada kt rumah sebab balik kampung (Raya 4th). Saya je dok sorang kt rumah.

Dalam perjalanan saya terserempak dengan orang yang pakai Yamaha RXZ. So, saya follow la dye. Saya pakai Yamaha 135LC model first. Sebenarnya saya dari dulu tertanya-tanya.. ' Kenapalah ramai orang suka pakai RXZ? ' Hm... Design tak ada la smart sangat. Enjin 135cc je sama macam Yamaha 135LC... Well, follow punye follow titibe RXZ tu memecut laju. Hurm.. Saya da pulas abis dah tapi tak dapat kejar dan akhirnya saya terfikir tentang konklusinya. 'RXZ laju patutlah ramai peminat'


Harga RM 7,713 , Enjin 135cc 2 lejang, Fuel tank 13L dan laju mungkin adalah sebab utama penunggang-penunggang motor mahukan motor ini. Well, motor tak ada la mahal sangat  tetapi ternyata perestasinya mampu menandingi Yamaha FZ150i yang berharga RM 8,288. Kalau nak bandingkan dengan FZ150i, saya lagi suka design FZ tapi motor yamaha RXZ ney bagaikan 'Legend' sebab ia memang telah dikenali lama sejak zaman 80an lagi..
Hm.. Abah pernah pakai motor RXZ time belajar dulu~



Perbandingan enjin (Displacement dan Horsepower)
Yamaha 125ZR -                 124.3cc , 13 kW
Yamaha 135LC -                 134cc , 8.93kW
Yamaha 135LC ES -           134cc , 9.2 kW
Yamaha RXZ 135 -       133cc , 15 kW
Yamaha FZ150i -                149.8cc , 11.1 kW

Haaa.. anda lihat la sendiri. Patutlah ramai minat Yamaha RXZ dan Yamaha 125ZR. Enjin 2 lejang walaupun cc kecil tapi horsepower tinggi. Lagi satu... Enjin 2 lejang ney torque dye tinggi (daya kilasan tinggi). So, rider-rider motor ney memang dapat rasa lah sensasi kelajuannya sebab accelerationnya tinggi. Macam mana pula dengan topspeed? Hm... Motor saya (Yamaha 135LC) test guna GPS dapat 112 km/h.. So, berdasarkan pemerhatian saya tadi motor ney dalam 140++ km/j la.... Tentang meter motor? Hm.. semua tu tipu je. LC saya boleh cecah 170 km/j kt meter dan RXZ boleh cecah 190 km/j kt meter... tapi hakikatnya tak ada la laju mana..... Saya pernah drive Toyota Innova 140 km/j (135 km/j via GPS) dan boleh rasa la berbeza lajunya dengan naik motor yang 170 km/j. Naik motor ney rase laju sebab angin je pastu dengan accelerationnya... Nak tahu topspeed bley tengok dalam youtube... Tapi cari video yang compare meter dan GPS la.

Best memang best sebab acceleration (pecutan) tinggi tapi saya tak berapa gemar engin 2 lejang ney. Enjin 2 lejang kena pakai pelincir 2T. Minyak 2T cepat habis dan apabila pakai 2T yang murah, performance motor akan drop (motor jadi lembab). So, saya mencadangkan belilah motor berenjin 4 lejang. Lebih jimat kos minyak petrol dan pelincir. Takpe la tak laju pun, asal sampai destinasi yang dituju dengan selamat sudah memadai.


sumber


-----------------------------------
kawan saya kata.modal nak upgrade specs bagi laju RXZ ni tak la semahal
kalau kita nk upgrade Y15. hehe..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 01:49 PM | Show all posts
Mungkin harga jgk kot. Sbb tu ramai yg still cari RXZ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 06:11 PM | Show all posts
truckfood888 replied at 1-11-2020 01:49 PM
Mungkin harga jgk kot. Sbb tu ramai yg still cari RXZ.

tapi harga dia sekarang bukan2 sangat hehe.siap main2 harga tu
sebab masih ramai peminat apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052815 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list