COVID-19: Kes meningkat mendadak, Tokyo di tahap amaran tertinggi
Agensi | Diterjemahkan oleh: Khairunnisa Kasnoon
Diterbitkan pada Julai 16, 2020 06:49 +08
TOKYO berada di fasa amaran tertinggi selepas merekodkan kadar peningkatan jangkitan kes baharu COVID-19 secara mendadak.
Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata, menurut kumpulan pakar, situasi semasa jangkitan di bandar raya itu berada di peringkat tertinggi sistem.
Sistem tersebut mempunyai empat peringkat dan kini berada di peringkat akhir yang bermaksud jangkitan semakin menular.
Yuriko berkata demikian selepas sekumpulan pakar berpendapat Tokyo merekodkan peningkatan penularan jangkitan dalam kalangan golongan muda, khususnya di kawasan yang mempunyai kehidupan aktif pada waktu malam, selain tempat kerja dan keluarga.
Perdana Menteri Shinzo Abe menarik balik perintah darurat di seluruh negara pada akhir Mei lalu, sebelum pentadbirannya meneliti semula kemungkinan mengembalikan langkah kawalan itu.
Bagaimanapun, jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas darurat ditarik balik, termasuk di Tokyo, iaitu pusat penularan wabak berkenaan yang melaporkan 243 kes baharu, minggu lalu.
Ibu negara matahari terbit itu merekodkan sekitar 100 hingga 200 kes baharu setiap hari sejak awal Julai dengan jumlah pesakit yang dirawat di hospital hampir mencecah 700 orang.
Tokyo rekod 280 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi
Agensi | Diterbitkan pada Julai 16, 2020 17:32 +08
TOKYO: Sebanyak 280 kes baharu COVID-19 direkodkan di Jepun pada Khamis dalam tempoh 24 jam.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, jumlah kes harian yang menghampiri 300 kes itu adalah yang tertinggi di Tokyo sejak wabak tersebut dikesan di negara matahari terbit itu.
Jelas Koike, lebih 4,000 ujian saringan telah dijalankan dalam tempoh satu hari, menyifatkan ujian tertinggi yang dicatatkan setakat ini.
Pada Rabu, Tokyo berada pada fasa amaran 'merah' selepas merekodkan kadar peningkatan jangkitan kes baharu COVID-19 secara mendadak.
Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas negara itu menarik balik perintah darurat termasuk di Tokyo.
Setakat ini, Jepun merekodkan lebih 22,000 kes COVID-19, dengan kira-kira 1,000 kematian berkaitan pandemik tersebut.
Banyak kluster kelab malam. Nak macam mana dah budaya mereka lepas kerja lepak kelab malam dengan kengkawan maka mendapatlah. Sebab tu penting walau kes dah menurun masih kena patuhi semua sop kkm supaya tak jadi macam tu.
aritu aku beratur nak masuk ZARA. blakang aku nyonya 2 org pongpang2 berborak kalau tak pakai mask mau menyembur2 ayaq lioq ke aku xde social distancing langsung ngan aku. mula2 aku jeling2 gak. dah makin rapat, sedas la aku sound "keep your distance pls! 1 metre!" itu makan dia!