CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22135|Reply: 138

'Because I'm transgender' - Isma Yusoof idam nak bawak watak transgender

  [Copy link]
Post time 16-7-2020 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kiss_darr at 16-7-2020 10:24 AM

pengarah dan pelakon isma yusoof kata nak berlakon bawa watak transgender.... sbb katanya dia mmg seorang transgender....


Masih Ingin Berlakon, Isma Yusoof Idam Mahu Bawa Watak Transgender

Mula berkecimpung sebagai seorang pelakon pada peringkat awal, Azma Aizal Yusoof atau Isma Yusoff kini lebih cenderung kepada bidang pengarahan.

Bagaimanapun, Isma yang ditemui berkata, keinginan untuk berlakon itu masih lagi ada. Cuma, ada satu watak yang begitu ingin dibawakannya.

"Saya ingin bawakan watak seorang transgender sebab saya memang seorang transgender. Biasanya kat luar ramai yang menyangkakan saya seorang make up artist, buat pelamin, tukang urut atau melacur.

"Untuk watak pula, ia bergantung kepada karakter transgender mana yang akan diberikan. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan pengarah, saya memang luahkan keinginan itu kepada mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjelaskan setakat ini ia masih lagi ada sekatan terutama dari sudut penapisan dan penerimaan stesen televisyen untuk mengetengahkan watak-watak sedemikian.

"Ada rakan yang berkata sekiranya terdapat watak-watak sebegitu mereka akan ingatkan saya. Malah, saya pesan kalau melibatkan satu babak sekalipun memang saya nak buat.

"Matlamat saya adalah agar masyarakat menerima golongan seperti saya sebahagian daripada komuniti yang turut memberi sumbangan.

Dalam pada itu, Isma meluahkan dia juga menganggap dirinya seorang yang 'gagal' kerana sepanjang bergelar pengarah, dia masih belum berpeluang untuk menghasilkan naskhah berkenaan golongan transgender.

"Saya adalah dalam golongan itu (transgender), tetapi sepanjang menjadi pengarah saya tidak dapat menonjolkan watak-watak transgender ini. Saya rasa ia penting kerana sampai bila-bila orang akan mengecam golongan seperti saya ini menerusi apa yang mereka lihat di media sosial.

"Padahal ada golongan seperti saya ini memberi fungsi, misalnya ada segelintir yang membantu keluarga. Namun ia tidak dapat ditonjolkan dalam stesen televisyen.

"Pada saya, seharusnya saya buat satu kisah yang paling saya tahu. Sebab itu saya inginkan watak sebegini," jelasnya yang turut mengakui dirinya seorang bipolar.

Pada masa sama, Isma menyatakan bahawa dia bersedia untuk menerima sebarang kecaman dan dia sendiri tidak menganggap sesuatu kecaman itu penting buat dirinya.

"Apa yang lebih penting adalah ahli keluarga dan sahabat dapat menerima seadanya dan orang yang mengecam itu tidak dopat merasai sendiri kehidupan yang dilaluinya. Kalau ada orang nak kecam sekalipun kita harus terima dan tidak perlu nak marah," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang projek terbaharu, Isma menyatakan dia bakal mengarahkan sebuah drama bersiri berjudul Anak Sena yang berkisar tentang kehidupan suku kaum Batik.

"Sebenarnya saya sangat teruja dengan drama ini, apatah lagi ia akan ditayangkan di TV3. Sebelum ini pun saya memang dah biasa bergaul dengan masyarakat orang asli.

"Cuma, cabarannya adalah saya perlu membuat kajian lebih mendalam, terutamanya memahami cara kehidupan mereka supaya apa yang dipaparkan itu tidak lari dari fakta sebenar," jelasnya.

Akan ditayangkan sebanyak lapan episod, Anak Sena terbitan Kembara Sufi Production memaparkan kisah mengenai kehidupan suku kaum Batik di Kuala Tahan, Pahang.

Ia menceritakan tentang seorang murid orang asli yang baru memulakan alam persekolahan. Kemudian ada seorang guru yang melihat kredibiliti yang dimiliki pada murid ini dan mahu melihat dia berjaya. - KopiPlanet.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bacak apo? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:05 AM | Show all posts
boleh jadi nyah tepi lorong dalam Nur 3, sesuai sangat role tu dengan yang dia minta...
takpun berhenti dan jadi agen mamasab je... confirm jualan berbillionzzzzz sebulan...
takde customer? tiada masalah, agen beli sesama agen la... macam la tak biasa tukar lauk pauk sesama sendiri masa ramadhan... tak habis? lontar dan kambus belakang rumah macam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:16 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-7-2020 02:05 AM
boleh jadi nyah tepi lorong dalam Nur 3, sesuai sangat role tu dengan yang dia minta...
takpun berh ...

bab* tersembur aku pagi2 nie,rajin plk kak duda msuk bod gosip, slalu dkt gosip personaliti je
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:21 AM | Show all posts
tak dak faedah dengaq stetmen dia..
semoga bertaubat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
apa maksud transgender? pondan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2020 10:25 AM | Show all posts
Ermmmmm

kenapa la dia jadi camni yer
padahal dia ni sgt berbakat dlm lakonan pengarahan
naskhah2 dia bestt kottt
sayangnyaa laahhhaaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-7-2020 10:05 AM
boleh jadi nyah tepi lorong dalam Nur 3, sesuai sangat role tu dengan yang dia minta...
takpun berh ...

Bahahhahahhahaha tsembur starbucks hazelnut khayalan aiols......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesekali mcm adlin aman ramli rupa dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 16-7-2020 10:22 AM
apa maksud transgender? pondan?

Xpayah nk bangga sgt eh.malaysia masih negara islam lg.cukup2 la org memondan kt ig.xpayah nak bawak ke tv pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 16-7-2020 10:22 AM
apa maksud transgender? pondan?

Iye pondan.rasa diri tu prmpuan pdhal lahir sbgai jantan.lain ye dr gay yg masih ngaku diri lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:36 AM | Show all posts
Dah la buruk, takde akhlak, sibuk je nak memondan. Gi mampos lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu rs bbakat....blh maju.pi la pindah negara lain yg blh terima ko tu transgender..tak pyh memekak dkt Malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:38 AM | Show all posts
Ramai betul skrang nie ngaku bukan straight. Tak takut mati ke depa nie?

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:40 AM | Show all posts
buat la transgender porn pastu jual pornhub ke apa..
filem jugak tu.. silap-silap dapat bayaran mahal lagi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sbenarnya dlu aiols rapat ngan heshe...baik sgt heshe nie dlu...dlu about 15 years ago,taim tu heshe still x gile...very talented n smart guy...ckp pun sopan btul....slalu call2 n msg2 ckp benda2 positif n buat lawak bodo heshe tu....tp suddenly heshe bawak diri...ramai kwn2 heshe remove from fb...teros block wasap rmai kwn2....tau2 tgk heshe dh weng...sedih lar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 10:48 AM | Show all posts
Representasi transgender takda di Malaysia? Hmmmmmmm, betulke tuuu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:49 AM | Show all posts
blekkep replied at 16-7-2020 10:45 AM
sbenarnya dlu aiols rapat ngan heshe...baik sgt heshe nie dlu...dlu about 15 years ago,taim tu heshe ...

Dia ada masalah bipolar kan? Tapi macam masih sama jah, macam cakap baik-baik lemah lembut gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:50 AM | Show all posts
dia dah potong ke mcm mana. setau iols trans ni dah bertukar mcm sajat sapi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:51 AM | Show all posts
ni gayah lemari edisi pondan ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.205792 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list