CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8584|Reply: 21

[Politik] Thread koleksi ejekan UMNO kepada Bersatu: Hari-hari UMNO mengejek Muhyiddin Yas

[Copy link]
Post time 16-7-2020 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Jangan lihat Umno parti picisan, kata AJK Umno kepada Muhyiddin
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON July 15, 2020 5:30 pm



Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik mengingatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak sesekali melihat pemimpin Umno sebagai parti picisan dan ‘pengguna’ yang menumpang gerabak semata-mata.

Rafi mendakwa, jika tidak kerana jasa ahli Parlimen Umno, Muhyiddin bakal berhadapan dengan malu besar semasa proses undi belah bahagian mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.

Apatah lagi apabila percaturan politik akhirnya memperlihatkan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razakeigh Hamzah yang pada awalnya memilih untuk tidak menyokong akhirnya memberikan sokongan kepada usul Muhyiddin.

“Muhyiddin tanyalah pada Hamzah Zainuddin yang berjanji untuk membawa sokongan kepada usulnya itu seramai 120 ahli Parlimen.

“Begitu juga Azmin S yang turut berjanji untuk menarik sokongan ahli Parlimen PKR untuk menyokong usul tersebut?

“Mana janji-janji mereka pada Muhyiddin? Temberang je,” tulisnya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.

Rafi berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu telah diperdaya puak-puak politiknya sedangkan ahli Parlimen Umno ‘solid’ menyokong usul yang dikemukakan beliau.

Justeru Rafi memberi amaran, untuk kepentingan kerjasama gabungan mereka, Muhyiddin tidak seharusnya memalukan Umno walau seburuk mana pandangan beliau terhadap parti itu.

“Jadi jangan Muhyiddin pandang Umno macam tak ada mata. Seburuk mana pandangan Muhyiddin pada Umno, untuk kepentingan kerjasama, MP Umno tidak benarkan dia dimalukan,” ujarnya.

UMNO suka mengejek Bersatu kerana...

Single Polls, Total 11 Users voted
81.82% (9)
0.00% (0)
18.18% (2)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2020 10:30 AM | Show all posts
Bubar sahaja Bersatu, kata pemimpin UMNO
SAIFULLAH AHMAD | | 9 Julai 2020



PASIR SALAK - UMNO Perak mencadangkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.

Menurutnya, ketika itu pemimpin Parti Semangat 46 seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Rais Yatim menyertai UMNO sebagai ahli biasa sebelum menang sebagai ketua bahagian.

"Jika orang Bersatu berjiwa besar, dia pun ada masalah, parti mereka kecil jadi bubar Bersatu, semua ahli Bersatu marilah masuk UMNO. Tapi tak boleh pegang jawatan lagilah, kena tunggulah.

"Tahun depan ada pemilihan UMNO bertandinglah. Kalau menang, menanglah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Lawatan Kerja dan Anugerah Penghargaan Media Program STAR/IGROW di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan sesetengah pihak supaya UMNO dan Bersatu bergabung juga sukar untuk dilaksanakan.

Katanya, sebagai parti yang besar dengan keahlian melebihi tiga juta di seluruh negara, UMNO tidak akan bergabung dengan Bersatu dan cadangan itu pasti tidak dipersetujui majoriti ahli.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan cadangan tersebut disuarakan oleh pelbagai pihak sebelum ini bertujuan memastikan UMNO, Pas dan Bersatu tidak bertembung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak itu berkata, pertembungan tiga parti itu akan memberikan kelebihan kepada pihak lawan.

Beliau berkata, selain penggabungan UMNO dan Bersatu terdapat cadangan supaya semua parti dibubarkan dan hanya diwujud sebuah parti Melayu sahaja.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu mustahil untuk dilaksanakan kerana perlu dibawa ke mesyuarat agung untuk diputuskan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 10:33 AM | Show all posts
Bubar Bersatu, Sertai Umno!
Editor Akhbar Rakyat  Jun 16, 2020



Pada 6 Mac 2019, Wan Saiful Wan Jan, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata bahawa gabungan Umno-PAS tidak akan kekal.

Beliau berkata "penyatuan Umno dan PAS juga tidak nampak keupayaannya untuk kekal kerana asas perjuangan yang tidak kukuh disebabkan bermain isu agama dan bangsa yang tidak baik untuk negara."

Semalam, Wan Saiful bersuara lagi. Kini, beliau menyeru pula kononnya Umno mestilah bersedia berkorban demi mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).

Seruan ini tidak lain kerana beliau tahu hanya Umno dan PAS yang boleh menyelamatkan Bersatu.
Demikianlah pentas politik Malaysia yang dibanjiri mereka yang pelbagai ragam, karakter dan perspektif. Malangnya, bukan dengan cara yang menguntungkan.

Politik Malaysia sangat memerlukan mereka yang berpandangan jauh, tidak gelojoh dengan kuasa, menjaga lisan dan selalu mengutamakan misi yang lebih besar. Bukan 'amatur' yang pendirian dan pandangannya sentiasa berubah-ubah mengikut laras kuasa dan bukannya perjuangan.

Malah, pendirian dan prinsip mereka bertukar dan berubah lebih pantas daripada Covid-19 merebak.
Benar, Umno adalah parti yang sedia berkorban untuk rakan politiknya. Telah puluhan kali Umno berkorban memperkuatkan rakan dalam BN. Memberikan mereka ruang bertanding di kawasan yang paling boleh dimenangi oleh Umno.

Malah, dalam banyak keadaan, Umno adalah parti yang sentiasa berkongsi sumber, tenaga dan kepimpinan untuk memastikan keluarga besar BN bertahan.

Bersatu yang kena berkorban

Tetapi setelah tewas dalam PRU14, Umno dewasa dengan pengalaman. Umno kenal benar siapa lawan dan siapa kawan. Umno tahu siapa yang bersetia dengannya dan siapa yang sekadar mencari kehidupan dan keuntungan sahaja daripada Umno.

Umno sekarang memilih hanya untuk berkorban demi agama, bangsa Melayu dan tanah air. Ini satu-satunya misi Umno. Jika Umno mengabaikan misi ini, orang Melayu dan rakyat Malaysia akan menolaknya. Jadi, Umno tidak akan membiarkan dirinya dihukum sekali lagi.

Yang pasti, Umno bukan talian hayat untuk menyelamatkan mana-mana parti, atau mana-mana ahli politik, atau mana-mana pemimpin. Umno adalah talian hayat untuk orang Melayu.

Jadi, Bersatu itu yang harus berkorban dan bekerja untuk membangunkan kekuatannya sendiri terlebih dahulu sebelum PN boleh dikuatkan. Bukan menuntut pengorbanan daripada Umno.



Untuk menjadi rakan strategik Umno, Bersatu mesti mempunyai kekuatan tersendiri yang akan menghasilkan manfaat menang-menang kepada Umno.

Umno tidak akan berkorban untuk memberi nyawa kepada mereka yang meninggalkan Umno semasa parti ini tewas dan terjatuh parah. Kepada mereka ini, Umno mungkin memaafkan tetapi tidak akan melupakan.

Adalah lebih baik bagi Umno menumpukan kekuatan dan tenaganya untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu menyertai misinya daripada memikirkan hal mereka yang pernah mencemuh, mencaci dan membenci Umno.

Umno bukan untuk sesetengah elit atau mereka yang berasa koridor kuasa adalah milik mutlaknya. Umno adalah untuk orang Melayu dan negara Malaysia yang lebih baik. Tanpa mereka ini, Umno akan terus hidup. Tetapi, tanpa Umno kita tidak pasti apa masa depan mereka.

Umno sedar dan insaf, kelangsungannya adalah pada undi orang Melayu dan bukan Melayu. Bukan pada kerjasama politik yang bersifat sementara di peringkat yang tidak pun mewakili keseluruhan parti.

Umno membuka ruang kepada Bersatu untuk menyertai misi besarnya. Ini ajakan yang ikhlas dan tulus.

Mungkin sudah tiba masanya Bersatu yang perlu berkorban demi orang Melayu dengan menyertai Umno dan bersama-sama menguatkan BN.

Pilihannya jelas. Terpulanglah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 10:36 AM | Show all posts
Ku Li percaya Umno akan tinggalkan Bersatu pada PRU15
July 3, 2020



Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, percaya partinya akan meninggalkan Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi membolehkan parti mereka menang dalam kedudukan yang dominan.

Bercakap kepada Channel News Asia, Tengku Razaleigh berkata, sekiranya Umno tidak menang dalam kedudukan dominan dalam PRU akan datang, akan berlaku satu lagi siri ketidakstabilan politik.

“Bersatu tak sepatutnya ada pun (dalam kemungkinan itu). Mereka (ahli parti Umno) berasa bahawa ia (kerjasama) harus berlaku hanya dalam kalangan Muafakat (Nasional) – PAS, Umno dengan rakan-rakan tradisi BN, (iaitu) MCA dan MIC.

“Begitu, barulah anda tidak akan ada masalah agihan kerusi. “Tapi kalau kamu bawa Bersatu, kami mungkin akan berdepan (keputusan) pilihan raya yang menyebabkan kita berada dalam situasi ‘tergantung’ sekali lagi – tiada yang ada kedudukan dominan, tiada yang mempunyai majoriti jelas.

“Kemudian, kita akan menghadapi situasi yang sangat tidak stabil,” kata Tengku Razaleigh, 83, yang kini dalam penggal kelapan berkhidmat sebagai ahli parlimen Gua Musang.

Ketika ditanya apakah dia percaya Umno akan terus menyokong Muyiddin Yassin sebagai perdana menteri dalam PRU akan datang, jawab Tengku Razaleigh, dia tidak rasa hal itu akan berlaku.

“Saya tak rasa begitu. Susunan di dalam Perikatan Nasional (seperti sekarang), hanyalah semata-mata demi memastikan kestabilan.

“Bila kita berdepan dengan PRU, itu satu situasi yang berbeza. Umno akan fikir dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Semalam, setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional, Annuar Musa dilaporkan berkata bahawa Umno dan PAS bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi PRU-15, setelah perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong perdana menteri, Muhyiddin sebagai calon perdana menteri seterusnya,” Annuar dipetik sebagai berkata.

Sehari sebelum itu pula, mesyuarat pemimpin tertinggi Perikatan Nasional mengulangi sokongan mereka terhadap Muhyiddin, tetapi tidak disebutkan mengenai usaha memformalkan gabungan itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 10:42 AM | Show all posts
Begitu jelasnya pertelingkahan UMNO - Bersatu sehinggakan pihak lain pun perasan.

Tapi kelihatannya, UMNO cuba membuli Bersatu!

Ahli DAP tanya adakah berlaku perang terbuka antara UMNO, Bersatu
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1207136

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 10:43 AM | Show all posts
Sehingga timbul pertanyaan, siapa akan NGAP siapa?

Siapa telan siapa... UMNO telan Bersatu kah atau Bersatu telan UMNO?
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1207050
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2020 10:44 AM | Show all posts
Saya akan selalu update berita ejekan UMNO kepada Bersatu untuk perhatian warga forum
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:45 AM | Show all posts
Dodol makan popcorn jah tgok mereka2 ini bergaduh sakan dan saling bertikaman sesama sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 11:02 AM | Show all posts
Gaduh adik beradik kan?

Habis2 pun libas keris je...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 03:25 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 16-7-2020 11:02 AM
Gaduh adik beradik kan?

Habis2 pun libas keris je...

keris pendek tu biasa umngok guna musim perhimpunan PAU je
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila jawatan aje ni. Ada dorang peduli pasal rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 11:09 PM | Show all posts


umngok =1
bersatu = 0


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 01:35 PM | Show all posts
Gelar Bersatu parti kecil, Umno Perak cuba jadi ‘abang besar’
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON July 10, 2020 8:55 pm



Pengerusi Umno Perak dibidas cuba menjadi ‘abang besar’ dalam kerajaan Perikatan Nasional apabila mencadangkan agar Bersatu dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai Umno semula.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, pengorbanan Bersatu Perak ketika ini hanya sia-sia biarpun sudah banyak mengalah sebaik sahaja kerajaan PN yang digelar tebuk atap itu terbentuk.

Beliau berkata, ia dapat disaksikan dengan situasi Umno berjaya menguasai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dengan mengisi enam daripada 10 jawatan Exco Negeri.

“(Selain itu), Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa menafikan tiga Adun lompat yang memberi sokongan kepada beliau.

“Ahli-Ahli Majlis PBT di Perak sebilangannya dikuasai daripada Umno.

“Ahmad Faizal juga terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Sementara Ketua Kampung dalam isu Ketua Kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada semalam, Datuk Saarani Mohamad mencadangkan Bersatu menyertai Umno oleh kerana menganggap parti itu kecil berbanding Umno yang dikatakan mempunyai keahlian melebihi tiga juta di seluruh negara.

Saarani berkata, sebagai parti besar dengan jumlah keahlian yang ramai, Umno tidak akan bergabung dengan Bersatu dan cadangan itu katanya pasti tidak dipersetujui majoriti ahli.

Menurutnya juga, cadangan tersebut disuarakan pelbagai pihak sebelum ini bertujuan memastikan Umno, Pas dan Bersatu tidak bertembung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Ahmad Shafiq berkata, tindakan Umno Perak itu diibaratkan seperti Belanda dapat tanah yang sentiasa tidak berpuas hati biarpun selepas pelbagai pengorbanan yang diberikan Ahmad Faizal dan Bersatu.

“Kepada Ahmad Faizal dan Bersatu, suka Pemuda AMANAH Negeri Perak memberi nasihat bahawa Umno merupakan kawan politik yang sangat licik yang mana bersedia menerkam mangsanya pada bila-bila sahaja.

“Terpulanglah kepada Ahmad Faizal dan Bersatu untuk meneruskan ikatan politik ini atau bersedia untuk ditalkinkan oleh Umno menjelang PRU15 nanti,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 01:38 PM | Show all posts
Umno semakin kuat tekan Bersatu bubar Parlimen
Oleh BORHAN AHMAD July 17, 2020 9:18 am



Desakan Umno supaya Bersatu membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan segera semakin kuat sekarang ini.

Dalam majlis dalaman sesama Umno, tekanan dibuat agar Umno jangan lagi tunduk kepada Bersatu untuk menangguhkan pembubaran itu bahkan bertindak sendiri.

“Kalau tunggu lama-lama untuk membolehkan Bersatu kukuhkan kerusi dia, kita makin meleret lagi.

“Elok-elok kita boleh menang pilihanraya, ekonomi semakin teruk dan jadi kita kalah pulak.



“Kita jangan tunggu mereka ini. Kita tak boleh diseret oleh mereka ini. Kita dah menang 6 kali bubarlah sekarang,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil.

Menurut Isham, apa yang berlaku di Dewan Rakyat ketika pengundian untuk memecat Speaker Isnin lepas membuktikan lagi kenapa Parlimen perlu dibubarkan segera.

“Majoriti hanya 2 undi sahaja. Kita 111 daripada 222 kerusi dan dia dapat 109. Ia berlaku apabila seorang MP kita sakit kena strok dan seorang lagi tidak mengundi kerana jadi speaker.

“Cuba kalau pada hari itu ada MP kita sakit perut, tak boleh masuk parlimen… terlungkup kita,” kata Isham.

Bagi beliau, kerana tidak stabil itulah, tumpuan yang diberikan oleh menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) adalah untuk memujuk Ahli Parlimen agar kekal bersama mereka.

“Pujuk orang tu, pujuk orang ini. Menteri asyik berpolitik sahaja sebab tak stabil. Entah-entah esok masih ada kerajaan atau tidak. Macamana kita nak membuat perancangan jangka panjang untuk negara.

“Saya kata kita kena bubar sekarang,” kata Isham penuh semangat.

Beliau juga berkata, selepas Covid-19 ekonomi negara akan semakin teruk sebagaimana berlaku kepada lain-lain negara.

“Sebab itu Singapura bubar awal daripada kita walaupun Covid-19 mereka lebih teruk,” kata beliau.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian macai ph berharap pn bertelagah dan berrpecah..sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 12:44 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 17-7-2020 05:04 PM

Adakah UMNO akan sindir Abah kerana posting ini?



Kita tunggu dan lihat 2 - 3 hari lagi

Secara peribadi PM harap kerajaan iktiraf UEC, dakwa Huazong
Diterbitkan 17 Jul 2020, 11:48 pm
https://www.malaysiakini.com/news/534934

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 17-7-2020 01:43 PM
Kesian macai ph berharap pn bertelagah dan berrpecah..sedih

obvious kan haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 01:02 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 17-7-2020 05:04 PM
Laskar siber UMNO sudah berbunyi...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 08:37 AM | Show all posts
Nasib PN, asyik kena ejek dengan UMNO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 10:57 AM | Show all posts
Hampir setiap hari ada sahaja wakil UMNO menyindir PN / Muhyiddin Yassin, kali ini datangnya dari bekas wakil rakyat UMNO di DUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom, mengulas mengenai isu pembahagian kerusi yang timbul melibatkan gabungan PN.

Soal kerusi: Pemimpin PN mesti berjiwa besar
Mohamad Athir Ismail 15 hours ago



PARA pemimpin dan ahli dalam parti di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) harus berjiwa besar dalam menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

Isu sedemkian pasti timbul ekoran, gabungan tersebut merupakan pertama kali melibatkan parti-parti yang sebelum ini merupakan seteru.

Terutamanya melibatkan parti seperti Pas dan kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang tidak pernah bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kemudian pula melibatkan ahli UMNO yang sebelum ini dipecat seperti Presiden Parti Pribumi Bersatu yang juga Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, pemimin disarankan meletakkan kepentingan bangsa dan agama melebihi parti masing-masing.

“Bila kita bercakap mengenai pembahagian kerusi, ini memang masalah asas dalam mana-mana kerajaan pun untuk menentukan parti mana akan bertanding.

“Bertambah lagilah sekarang ini, dahulu kerusi itu dimenangi oleh UMNO lepas itu dia (wakil rakyat) melompat.

“Siapa yang akan bertanding di sana (kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat lompat parti).

“Kemudian bermasalah lagi apabila yang melompat itu sekarang dia bersama pula dengan kita di bawah PN.

“Jadi ini semua, saya melihat kebijaksanaan, pertama bagaimana kita menyelesaikan isu atau masalah ini.”

Demikian nasihat bekas wakil rakyat UMNO di DUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom, mengulas mengenai isu pembahagian kerusi yang timbul melibatkan gabungan PN.

Menurutnya lagi, pemimpin dan ahli sekarang perlu menyedari bahawa gabungan parti Melayu dan Islam seperti sekarang adalah pertama kali.

Penyatuan ini juga merupakan doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT bagi menyatukan pemimpin-pemimpin Islam yang berbeza ideologi politik.

“Kita semua perlukan kerajaan Melayu yang kuat. Entah macam mana doa kita makbul oleh Allah SWT.

“Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, tiada siapa suruh.

“Bahkan waktu dia meletakkan jawatan, UMNO pun sokong dia jadi Perdana Menteri balik.



“Semua parti hendak sokong dia balik semula. Jadi inilah kita panggil, Allah lah yang menaikkan Dia jugalah yang menurunkan.

“Maka, bila Allah hendak menurunkan, Tun Mahathir berhenti (letak jawatan). Kemudian kita dapat sebuah kerajaan Melayu. Ada orang menangis,” luahnya.

Tambah beliau, pemimpin parti dalam PN perlu melihat semula isu-isu timbul ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan.

Ini kerana, hal tersebut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kita dahulu rasa tertekan benar apabila DAP dominasi pemerintahan dalam PH sehinggakan orang Melayu walaupun ramai tetapi tak berani hendak mempertahankan hak.

“Adalah kumpulan-kumpulan itu, tetapi sebenarnya keberanian dia oleh kerana (datang daripada) patriotisme mereka cukup tinggi.

“Jadi, oleh kerana itu kita telah ‘didera’ 22 bulan, sehingga terasa bahawa kita memang jadi penumpang di tanah air sendiri.

“Apa yang dicakap oleh orang tua-tua dahulu semua berlaku dekat kita. Raja kita dihina, kerajaan yang walapun ada menteri Melayu tidak dapat berbuat apa-apa.

“Dr. Mahathir dahulu dia kata orang itu (DAP) komunis, rasis. Tetapi, selepas itu dia pula mengatakan (sebaliknya). Sudah berubah 360 darjah. Ini semua menyulitkan,” ujar Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) itu.
Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.105567 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list