Edited by missunguviolet at 17-7-2020 09:36 AM
Hi semua. Just nak share something. Better share dekat sini kot berbanding dekat page KRT. Aku baru je kawin almost 8 bulan. And now tengah pregnant. *tak sangka pulak bunting pelamin* Tak tau nak start macam mana tapi aku stres. Aku tak tau nak mula dari mana tapi just nak minta pandangan semua yg lebih berpengalaman dalam alam perkahwinan.
Dipendekkan, suami aku ni ketegori anak mak. Almost everything dia akan share dgn mak dia and nak aku ni jadi perfect macam mak dia. Masa awal2 kawin dulu, baru nak sesuaikan diri dengan kehidupan bersuami and rumah tangga. Jujur aku memang tak pandai sangat tapi aku cuba untuk jadi seorang isteri yang baik dan sempurna di mata dia. Sampai kadang2 aku jadi tertekan sendiri. Dah la baru kawin, baru nak kenal2 perangai pasangan, tau2 nak jadi mak dah. Aku agak stres pada mula nya utk sesuaikan diri. Lagi2 bila dah duduk sebumbung, baru lah faham perangai dia yg mengidolakan mak dia dalams setiap benda.
First, buat air teh o je pun. tapi dia komplen manis. dia duk compare yg satu family dia tak minum manis sbb mak dia ada kencing manis. so air semua tawar setawar yang bole. but, aku tengok selama ni dia bukan tak minum manis langsung. elok je kalau g kedai makan order air manis dua tiga cawan. tak de pulak komplen. faham2 je lah, masa awal2 kawin bila suami tegur sikit je dah bole sentap sampai nak nangis. sebab rasa tak mampu jadi yg terbaik. tu belum lagi soal masak, hias rumah, barang2 dapur, semua dia akan compare dengan mak dia. cth kalau pergi beli barang dapur. bila aku nak amik something, dia akan ckp "nape amik yang tu, kalau mak abg dia amik yg ni" I is so stresss.
Tu belum lagi ditambah almost everyday dia akan video call mak dia berjam2. and cerita everything. masak apa makan apa semua. yang paling rasa nak nangis, time aku tak larat nak masak or kemas lah dia pegi vc mak dia. so dia akan cerita lah hari ni tak masak beli nasi bungkus je. aduh. jatuh imej aku. so masa mula2 tu aku terpaksa larat kan diri untuk jadi seperfect yang boleh sbb malu kalau masa dia vc mak dia tu aku tak buat tugas2 yg macam isteri lain buat. aku bekerja. kadang balik penat sgt2. tapi gagah kan diri utk masak and buat kerja rumah. dengan keadaan awal2 pregnant. faham la kan alahan.tapi sebab aku overthinking tanak kene kecam aku buat jugak.
Sorry ygkat atas ni baru mukadimah je sebenarnya. Aku rasa aku save as draft tah macammana tah boleh terpublished. Sorry ye. Ni sambungan nya. Suami akumemang mengaku dia anak mak. Even sekecil2 perkara dia akan refer mak dia. Kadang2aku mengindam makan something yg aku memang tau makanan tu tak pe untuk dimakantime pregnant, tapi dia tak percaya and akan call mak mtua aku untuk confirmkan. Kalau mak mtua aku kata bole mkn, so baru la dia cari kan utk aku. So lama2aku malas nak request apa2 and aku cari sendiri. Salah satucth peristiwa yang buat mental aku koyak gila adalah masa awal2 kami pindahrumah. Faham2lah kan baru kawin, rumah sewa pun kosong lagi. Aku pun time tupregnant sebulan still tido beralaskan toto. Sekali suami aku beria ajak makmtua aku dtg rumah kami. Punya la aku pucat lesi. Seperti yg aku jangka, mcm2lah yg dia komplen. Kenapa tak beli itu kenapa tak beli ini. Tak de karpet ke. Periukand kuali ini je ke. Kenapa pakai yg ni. Tak elok. Beli lah yg non stick macammak kat go shop. Pinggan tak cukup ni. Pergi lah beli kat ikea (setiap jenis6pcs), senang nanti kalua ada org dating. Hadiah2 aku kawin kat dalam storsemua dia selongkar. Dia cakap kenapa tak guna. Kenapa guna periuk nasi biasa,berkerak. Guna lah pressure cooker. Aku rasa nak jerit je SUKA HATI AKULAH!! Tapiaku sabar je lah. Seminggu dia stay rumah kita orang,aku rasa macam aku pulaktunggul kat rumah tu. Dapur memang dia conquer lah. So memang dia yg masakmemandangkan aku kerja. Seronok anak dia dapat makan masakan mak dia hari2. Adasatu hari tu, mak dia mengadu bosan duduk sini. Nak balik la kampong. Malam tujgak diam2 suami aku keluar tak bagi tau aku. Tup2 bawak balik tv besar gedabakgila bapak. Khas utk mak nya. Aku punya la risau dia tak de duit so aku takmintak apa2 pun. Sekali, mak dia dtg je tau2 byk plak duit nya. Dah la beli takbincang. Sedih aku. Hari2 aku balik kerja saja je lambat2 sampai rumah. Sebab malasnak sakit hati. Bila ada mak dia, aku rasa aku tak diperlukan pun. Tu belumlagi stail mak mtua aku,jenis kalau aku and suami aku nak g mana2 je confirmdia nak ikut. Kadang2 dia tak larat pun dia still nak ikut. Padahal nak g belinasi lemak je kat kedai depan. Andddd yg aku perasan, dia akan melulu dudukseat depan ngan anak nya. Normal ye macam tu. Baik aku tak yah ikut… L Aku amikmasa beberapa bulan jugak lah untuk hadam semua ni. Kalau balik rumah mentuaaku lagi lah. Kadang2 aku ni mati kutu tak tau nak buat apa. Suami aku n makdia baring2 kat bilik mak dia kdg2 dari tgh hari sampai nak magrb. Kalau masaktu, aku tolong la..bangun seawal yg boleh. Sebab segan pagi2 mak mentua aku dahkat dapo dah. Masak untuk anak kesayangan. Memang kita akan jadi bodoe kan bilamasak bersama mak mentua kat dapo. Haha. Potong bawang pun jadi takut2. Kadang2dia request aku masak. Tapii bila aku masak stail aku of course ada je takkena. (perbezaan negeri dia utara aku Selangor). Asal aku letak something diaakan cakap, eh kami kat sini masak ni tak letak ni. Tak pun dia akan cakap, ehmula2 masuk kan ini dulu, yg ini kemudian. Padahal bagi aku sama je. Hmm tah laye. Aku ke yg over sensitive? So far ygaku perasan, kalau tak de campur tangan mak mtua aku, hidup kami best je. Tapi tu lah, aku tak boleh nak pisahkandorang. Mak and anak kan. Cuma, sekarang ni isu nya, mak mentua and suami akutak nak hantar baby yg bakal lahir ni dekat pengasuh lepas aku habis pantangnanti. Mak metua aku nak jaga and stay rumah aku beberapa bulan untuk asuh babyni. Aku dapat bayang kan yg aku akan lagi stress and aku akan hilang hak utkbuat apa2 keputusan waima untuk anak aku sekali pun sebab of course mak metuaaku akan decide semuanya and suami aku akan turut and mengiyakan. Macam mana ye…TT
|