CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3349|Reply: 18

[Politik] Berjaya singkir speaker tak bermaksud PM dapat sokongan majoriti, kata peguam. S

  [Copy link]
Post time 16-7-2020 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Berjaya singkir speaker tak bermaksud PM dapat sokongan majoriti, kata peguam
V Anbalagan -July 16, 2020 1:06 PM



PETALING JAYA: Seorang peguam mengingatkan agar tidak melihat kejayaan Muhyiddin Yassin menyingkir Ariff Yusof sebagai speaker tanda pasti perdana menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.

Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata banyak faktor perlu diambil jika undi tidak percaya terhadap Muhyiddin diperdebatkan.

“Mereka yang menyokong penyingkiran speaker boleh memilih usul itu kerana mereka mahukan pilihan raya kilat,” katanya kepada FMT.

Mengatakan pilihan raya awal hanya akan berlaku jika usul tidak percaya berjaya, beliau berkata perdana menteri kemudian perlu meminta pembubaran Dewan Rakyat.

“Jika Agong tolak, perdana menteri perlu melepaskan jawatan bersama Kabinetnya.”

Ariff tersingkir daripada jawatan speaker Dewan Rakyat pada Isnin dengan perbezaan 2 undi. Dalam undi belah bahagi, usul kerajaan untuk Ariff mengosongkan jawatan itu disokong 111 ahli Parlimen mengatasi 109 menolak.

Dua yang tidak mengundi ialah Maximus Ongkili (PN-Kota Marudu) dan Rashid Hasnon (PN-Batu Pahat) yang mempengerusikan sesi itu.

Syed Iskandar berkata, beberapa ahli Parlimen yang menyokong kerajaan ketika ini berdepan tuduhan jenayah.

“Ia bukan dalam kepentingan politik mereka untuk mengekalkan perdana menteri,” tambahnya.

“Mereka akan mahukan perdana menteri yang akan mengarahkan peguam negara tarik balik kes mereka.”

Beliau berpendapat jika undian secara kritikal dibuat, keputusannya mungkin berbeza.

“Mereka yang memilih untuk menyingkir speaker mungkin tidak akan melakukannya kerana jika usul itu gagal, itu tidak akan sama seperti undi tidak percaya.”

Beliau turut mengulas kemungkinan perdana menteri akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang memilih untuk menentang usul singkir speaker.

Katanya, sekiranya usul tidak percaya berjaya, perdana menteri tidak akan berada pada kedudukan untuk menghukum.

Sementara itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, speaker baru Azhar Harun perlu memanggil untuk undi tidak percaya kerana Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) mengemukakan usul baru pada 27 Jun.

Oleh kerana usul tersebut tersenarai dalam aturan mesyuarat, beliau berkata ia perlu diberi keutamaan bagi menentukan sama ada perdana menteri mendapat sokongan majoriti.

Beliau menjelaskan dalam demokrasi berparlimen, undi perlu diambil kerana keabsahan pemerintahan Muhyiddin dipersoalkan sejak 1 Mac lagi.

Bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Agong melantik perdana menteri yang pada hemat atau pertimbangannya mungkin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas seminggu kemelut politik berikutan tumbangnya pemerintahan Pakatan Harapan pada Februari.

Gabungannya terdiri daripada PPBM, Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan dari Sabah.
Single Polls, Total 14 Users voted
57.14% (8)
42.86% (6)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 08:05 PM | Show all posts
Sape yang ckp mcm tu?
Yg ko jaki sgt pehal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 08:21 PM | Show all posts
slyfynx replied at 16-7-2020 12:05 PM
Sape yang ckp mcm tu?
Yg ko jaki sgt pehal?

Yang cakap itu namanya Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar



Dia peguam yang bijak pandai

Saya tidak jaki, saya berpegang kepada realiti.

Mesti ada yang ketaq lutut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahah  Gelak saya baca Cik Ayam PH komen kata " ada yg ketag lutut"

Iya tepat sekali....Parti DAP yg merupakan kesinambungan Partai Komunis Malaya versi 2020 yang ketar lutut....hanya menanti minggu dan tahun untuk kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 08:21 PM
Yang cakap itu namanya Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar



Cik Ayam PH....sebelum cik pikir bahawa saya macai PN yang dibayar sebab banyak tered Cik Ayam saya spam kan dengan kempen DAP adalah Partai Komunis Malaya versi 2020...biarlah Cik Ayam PH ketahui..saya adalah bona fide askar tua yang masih berkhidmat dan sebagai seorang askar..saya amat membenci Partai Komunis Malaya dan sekalian yang menyokong perjuangan kejam komunis serta yang menyanjung pejuang kejam komunis. DAP terang terang menyokong komunis serta para pengganasnya - terbukti dalam setiap kenyataan rasmi DAP dan tindak tanduk DAP dari tahun 2017 dan lebih terangan menyokong selepas DAP menjadi sebahagian dari kerajaan.

Ini lah sumbangan kecil saya dengan meng spamkan tered Cik Ayam dengan mengingatkan rakan rakan CariForum ...bahawa DAP adalah penyokong Komunis ala baru di era baru.  

Semoga terhapuslah DAP di Semenanjung Tanah Melayu ini serta di kepulauan Borneo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 08:21 PM
Yang cakap itu namanya Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar



Mahathir,Nuar,Mat Sabu,Lim Kit Siang......pon pandai maaaaaaa..........apa celita???????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2020 08:40 PM | Show all posts
PristineOne replied at 16-7-2020 12:38 PM
Cik Ayam PH....sebelum cik pikir bahawa saya macai PN yang dibayar sebab banyak tered Cik Ayam say ...

[youtube]_WP38V8dR9g[/youtube]
Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 16-7-2020 08:28 PM
Hahahahah  Gelak saya baca Cik Ayam PH komen kata " ada yg ketag lutut"

Iya tepat sekal ...

kan... spr pun kata dah ready pru15 bila2 masa... paling awal tahun depan... yeehaa.... kasi kiok dap hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 16-7-2020 08:38 PM
Cik Ayam PH....sebelum cik pikir bahawa saya macai PN yang dibayar sebab banyak tered Cik Ayam say ...

truskan usaha... penyokong ph brp kerat je pun haha
multinick je ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 08:40 PM
Semoga bermanafaat

mca pun kami tolak apa ada hal haha
yg pasti dap berkubur haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 16-7-2020 08:38 PM
Cik Ayam PH....sebelum cik pikir bahawa saya macai PN yang dibayar sebab banyak tered Cik Ayam say ...

saya sokong!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantaklah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 11:02 PM | Show all posts
Mentafsirkan undian 109 dalam penyingkiran Speaker Dewan Rakyat
Oleh ZAKARIA MUSA July 16, 2020 10:10 pm



Apa mesej daripada keputusan undian penyingkiran Speaker Dewan Rakyat, Isnin, 13 Julai lalu?

Selepas lebih empat bulan memperalatkan kuasa untuk menambat kesetiaan ahli-ahli Parlimen, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya berupaya mengikat 111 wakil rakyat (atau sekadar separuh ahli Dewan) bersamanya.

Muhyiddin, bekas menteri kanan dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan yang mengkhianati mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat dalam keadaan tidak stabil untuk mengemudi kerajaan sehingga penggal pemerintahan berakhir.

Beliau bernasib baik, sekurang-kurangnya untuk waktu terdekat, apabila gabungan pembangkang masih nampak bercelaru dan bertelingkah mengenai calon perdana menteri sekiranya Putrajaya dapat direbut kembali.

PH pula tinggal tiga buah parti sahaja, iaitu PKR, DAP dan AMANAH, manakala Bersatu pimpinan Mahathir dan Warisan hanya mengadakan kerjasama longgar sahaja.

Cadangan terakhir yang mencalonkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri juga tidak menyelesaikan kekusutan pembangkang.

Opsyen pertama, iaitu pasangan Anwar Ibrahim dan Mukhriz Mahathir tidak mendapat “cukup bilang”, sementara opsyen kedua, kombo Mahathir-Anwar pula ditolak bulat-bulat oleh PKR yang mempunyai hampir 40 ahli Parlimen.

Justeru, umum melihat ketika Perikatan Nasional juga goyah dan bercakaran sesama sendiri, pembangkang terus berbeda pendapat sehingga memungkinkan perpecahan.

Pilihan untuk memartabatkan kembali mandat rakyat PRU-14 masih terbuka jika Mahathir dan Anwar boleh mencari persefahaman baru.

Bekalan 109 undi seperti diperolehi dalam pengundian Speaker Dewan Rakyat berpotensi untuk dilonjakkan sekiranya tiga wakil rakyat lagi menolak Muhyiddin. Difahamkan GPS bersedia bersama gabungan parti pemerintah selepas melepasi paras penentu 112 undi.

Potensinya tetap terbuka luas dan belum tertutup sekiranya dua tokoh besar ini — Mahathir dan Anwar — dapat melakukan pengorbanan besar demi negara.

DAP dan AMANAH dilihat realistik serta praktikal dalam mencari solusi terbaik bagi mendapatkan “cukup bilang” calon perdana menteri. Kedua-dua parti reformasi itu sedia dikritik dan dikecam oleh penyokong pembangkang asalkan misi lebih besar tercapai.

Cukup dangkal

Negara kini dikemudi tanpa arah dan hala tuju. Pandemik virus korona memberikan keselesaan kepada pentadbiran Muhyiddin-Azmin. Mungkin nampak popular tetapi dalam masa sama keresahan rakyat terpendam.

Pakej rangsangan dilancarkan tanpa proses semak-imbang. Umum diberitahu ia dibuat demi kepentingan rakyat yang diamuk krisis serius. Seolah-olah jika melalui perbahasan dan perdebatan, ia mungkin tergendala; dalih politik yang cukup dangkal!

Rakan-rakan yang mempunyai hubungan dengan sumber terdekat kerajaan baharu memaklumkan budaya politik naungan warisan BN, yang membenihkan korupsi kembali diamalkan.

Serentak itu, usaha melakukan pembaharuan dan reformasi telah terbantut sebaik terbentuk kerajaan pintu belakang, Mac.

Menteri-menteri PN dan wakil rakyat yang mengetuai GLC khabarnya memulakan kembali tabiat lama rejim terdahulu. Malah ada pihak secara terbuka mengeluh, “modal banyak habis digunakan untuk tumbangkan kerajaan PH, kini masanya untuk mendapatkan balik jutaan ringgit yang telah hangus itu.”

Tempoh lebih panjang PN mentadbir mungkin boleh menjadi modal politik yang baik kepada pembangkang, di samping mendedahkan lagi sikap hipokrasi Umno-Pas khususnya, namun kita lebih prihatin dengan masa depan negara.

Makin lama Malaysia dibelit dan dikuasai kerakusan elit politik PN, semakin sukar untuk keluar daripada jurang yang dalam itu. Sudahlah bahana skandal nega 1MDB belum dapat dipulihkan, bertambah pula petaka baru dibawa oleh pentadbiran kerajaan tebuk atap.

Ya, undi 109 yang tidak bersama Muhyiddin itu memberi harapan baru menandakan usaha merebut balik Putrajaya sebenarnya masih berpotensi.

Sesiapa yang boleh menyempurnakan “cukup bilang” harus diberi peluang. Kombinasi Mahathir-Anwar-Shafie merupakan aset paling berharga dalam misi menyelamatkan negara. Kita belum berjumpa jalan mati lagi; segalanya serba mungkin.

Mungkin ada pihak yang berpegang dengan satu solusi: Tunggu sahaja PRU15, buat persiapan secukupnya, usah bazirkan masa dengan polemik calon perdana menteri yang tidak berkesudahan ini.

Sebenarnya semasa proses melobi calon PM terus berjalan dan kompromi tetap dicari, persediaan pilihan raya tetap tidak diabaikan. Soal pembubaran Parlimen bukan sahaja terletak di tangan perdana menteri tetapi juga mesti diperkenan oleh Baginda Agong.

Kebijaksanaan baginda menjadi kata putus. Sementara masih ada jalan, mengapa ia mesti disia-siakan. Mandat rakyat dua tahun lalu mengharapkan agenda pembaharuan yang digariskan manifesto PH dapat dilaksanakan.

Mungkin jika ditakdirkan PH berkuasa semula dalam waktu terdekat, Parlimen juga akan dibubarkan bagi mengelak suasana tidak stabil berterusan.

Tapi impian personal saya biarlah Dewan Rakyat dibubarkan semasa kerajaan dipimpin PH, bukannya di bawah kawalan Umno-Pas.

Saya juga mahu kes-kes mahkamah berprofil tinggi, membabitkan antaranya Najib Razak, Zahid Hamidi, Azeez Rahim, dapat berakhir secara adil tanpa campur tangan Eksekutif.

Dan proses reformasi yang sudah berjalan dengan baik di bawah pentadbiran Mahathir-Wan Azizah dapat bersambung kembali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 08:28 AM | Show all posts
Setakat ini undian menunjukkan majoriti sokong pandangan peguam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 09:15 AM | Show all posts
Marilah vote, best sangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 08:21 PM
Yang cakap itu namanya Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar



elhhhh jali jipang sgt kau ni ...
latoya altongong tu mmg sesuai utk ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 16-7-2020 08:38 PM
Cik Ayam PH....sebelum cik pikir bahawa saya macai PN yang dibayar sebab banyak tered Cik Ayam say ...

saya sokong abam askar sbb adik laki saya pon askar ...

dah susah askar hapuskan komunis
pastu nak kasi komunis memerintah

agaknya ayamPH the komunis of ayam ni bermimpi di siang hari


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 08:40 PM
Semoga bermanafaat

ejaaan pon salah , jgn jadi malaysian laaa latongong
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 17-7-2020 06:58 PM
I.am.PH replied at 16-7-2020 11:02 PM
Mentafsirkan undian 109 dalam penyingkiran Speaker Dewan Rakyat
Oleh ZAKARIA MUSA July 16, 2020 10: ...


ye ke ayam latongong ???

1. atuk x nak katup international , sbb kpi kementerian pelancongan and fakto ekonomi konon.. siap ckp mana nak bubuh pelancong , kadang lembu kaaa ?

2.menteri kkm plak siap ckp x perlu panik , sbb wabak denggi lagi bahaya , padahal negara2 lain kematian dan jangkitan mencanak ,  malah ... siap lockdown dan tutup internasional gate

3. atok letak jawatan sbb menteri2 dia mmg x achieve kpi especially menteri kpm , total failure,
kasut hitam introduction was a mass damage !!! and total failure utk memartabatkan tulisan jawi di sekolah ... and byk lagi kpi x terkejar and tak implement ...

4. harga komoditi sawit and getah , especially sawit jatuh merudum , its a fact pelabur tak nak melabur dgn kerajaan ph , sbb tak secure , x kenal pon ntah sapa sapa yg jadi menteri , especially byk menteri yg fake degree . Even kebodohan teresa terserlah yg amat, dgn negative thinking masa dewan bersidang minggu ni ... Projek buluh gagal on her hand, successor dia ambik siap boleh bukak more ladang buluh and byk je pelabut berminat . Why , because org x percaya teresa kok,  tgk la macam mana dia meroyannnn ... terserlah kebodohannnn , bahas dgn ucapan pon trak tau beza


5. last sekali, kau ni kan ayam ph latongong, perangai serupa ke macam jelutong , macam bagus
bagi fakta and tau tegur orang ja , sedangkan qubul and juborq pon belangas hancing tak basuh ....


jelas sekali kerajaan PhbiaDAP komunis yg kau sanjung2 selama 22 bulan tu gone !! gone forever and will not comeback ... takde sapa gila nak bagi komunis memerintah ... kerajaaan total failure yg di pimpim oleh manusia butthurtfailure berfake degree
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081079 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list