CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Hidayah Kecewa, Ali Puteh Tak Beritahu Letak Batu Nisan Di Pusara Abam

  [Copy link]
Post time 10-8-2020 11:03 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam segala hal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda kecik je tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 31-7-2020 12:59 AM
Hello..  Ini la dia misconception.  Bini yang beranakkan somi ke?  Mustahil adik-beradik berniat j ...

Well I ckp berdasarkan pengalaman Okey , banyak mcm Hidayah ni dekat luar Sana ke u ni Salah sorang Dari golongan yg suka aniaya ipar duai  and please eja Tu betul betul sikit eh mcm rempit je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 31-7-2020 04:58 AM
if u think that way dont get married laaa , if u r in marriage cerai ajer laaa ,

pwrkahwinan t ...

Well said sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 09:34 AM | Show all posts

Rempit?

Lunalovegood replied at 24-8-2020 04:24 AM
Well I ckp berdasarkan pengalaman Okey , banyak mcm Hidayah ni dekat luar Sana ke u ni Salah soran ...

Whatzat???
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 09:51 AM | Show all posts
alahai kau ni...malas nak cakap pape tapi ko komen gak kan...nanti mesti kena maki lagi...uk dendiam je la dlu...dorang buat pun takde mintak duit ko pun...ok la tu...syukur je...
skang ni dah nampak macam ko lak yg jahat...uhuks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2020 10:23 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 30-7-2020 02:07 PM
Memang patut pun Dayah marah. Kalau I jadi dia pun I marah. Kubur tak payah dibuat struktur bagai te ...

yelah tu. arwah tokwan i pernah ckp sebelum dia meninggal.
nnt dia dah meninggal kubur dia xpayah bubuh apa2. kepok pun xperlu. cukup batu nissan sebagai tanda.
cuma kitorang ada tanam satu pokok ja dekat kubur dia.

sebab arwah tok wan i ada ckp semua2 tu nnt pun akan dipersoalkan and more, tanah kubur tu bukan kita bayar pun jadi kita xda nak buat sebarang binaan yg kekal.

to dayah, berdoa ja lah sebab balasan Allah tu pasti. anggap ja ali tu xbetul. lagi dilayan lagi sakit hati.
walaupun sebagai isteri kita akan terasa hati dgn apa yg ali tu buat. be strong dayah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lunalovegood replied at 24-8-2020 04:24 AM
Well I ckp berdasarkan pengalaman Okey , banyak mcm Hidayah ni dekat luar Sana ke u ni Salah soran ...

Mungkin dia sendiri yang pernah dianiaya oleh ipar duai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 31-7-2020 11:00 AM
hakak rasa faraid tu belum berjalan .. rasanya Ali n the gang dok biar senyap jer tu ... and j ...

masalahnya abam ada waris kuat , anak lelaki dia,
next penjaga harta anak lelaki dia is dayah
ali and mak abam xde kene mengena sesen nak tuntut... ali tu lagi laaa ...

tapi mak abam tu ada bahagian klu ikut faraid
cuma dia x boleh tuntut ,dayah yg kena pergi uruskan

since ali setan tu yg nak buat semua
mereput laaa ko ali setan makan harta anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 10:08 PM | Show all posts
adelea replied at 24-8-2020 10:46 AM
masalahnya abam ada waris kuat , anak lelaki dia,
next penjaga harta anak lelaki dia is dayah
...



NO dear .... memang Hamzah waris kuat Abam ... tapi tidak ibu nya Hamzah .. malah ibunya Hanzah yaitu Dayag bukan Pemegang AManah bagi Hamzah ... Pemegang AManah bagi Hamzah hatuh keoada adikberadik Abam sehinggalah Hamzah berumur 18 tahun tak silap saya .. ke 21 tahun .. itu lah dia .... Dayah hanya boleh dapat bahagian faraid dia iaitu 1/8 dari harta abam (dan boleh tuntut harta sepencarian bagi harta2 abam yg dikumoul selepas arwah berkahwin dengan dayah).

Saya tak arsa Ali atau adik beradik dia yg lain akan serahkan secara sukarela title Pemegang AManah bagi harat2 Hamzah kepada Dayah ... potong kuku lah ..

Pahit kan?

Tapi kena telan ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-8-2020 10:08 PM
NO dear .... memang Hamzah waris kuat Abam ... tapi tidak ibu nya Hamzah .. malah ibunya Hanza ...

alinsetan tu pon x boleh ambik yaaa

harta si mati , cuma boleh pergi kat mak bapak or waris kuat ( anak ) yg cukup umur ...


setahu i , even dayah xleh tuntut sebagai  pemegang amanah tapi amanah raya boleh uruskan

ali tu berangan je nak perabiskan abam utk perut sendiri


..........::::::::::............................

Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus? Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, 'bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.'

Jika bapa tidak meninggalkan wasiat pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

"Jangan letak anak bawah umur sebagai penama atau penerima hibah polisi takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji"

Begitu juga halnya bagi wang hasil polisi takaful, KWSP, ASB dan sebagainya yang mengamalkan konsep penamaan. Ramai orang meletakkan penama anak yang masih di bawah umur dengan anggapan sekiranya berlaku kematian pada si ayah (pemegang polisi/pencarum/pemilik harta), wang dari sumber tersebut akan dapat kepada anak untuk mereka survive  nanti. Namun berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Boleh rujuk jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Jadi, bagaimana isteri hendak survive membesarkan anak-anak bila suami tiada nanti? semua sedia maklum, bahagian isteri dalam faraid suami adalah sebanyak 1/8 berbanding bahagian anak yang mengambil asobah (baki) faraid suami.

Jadi sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak, dengan 1/8 bahagian pusaka itulah ditambah dengan pendapatan isteri (jika ada) digunakan secara berjimat oleh si isteri untuk menampung perbelanjaan sara hidup anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan hari raya anak-anak, menampung kos perubatan anak-anak dan sebagainya. Belum dikira lagi sara hidup isteri itu sendiri lagi. Tidakkah suami kasihan akan isteri anda yang terus setia mengorbankan diri demi anak-anak anda bersendirian tanpa suami di sisi? Meletak tepi keinginannya untuk berhias dan bermewah-mewah demi mengutamakan keperluan anak-anak. Sehinggakan isteri sendiri tidak merasa 1/8 haknya dari pusaka suaminya.

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur. Rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa 'Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.'

"Suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta anak-anak dalam wasiat"

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil. Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur. Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.

Bukannya tidak percaya pada datuk tetapi jika datuk juga ditakdirkan pergi dahulu. Pakcik-makcik kepada anak-anak anda pula, walaupun menerima pusaka anda, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengatakan mereka wajib menanggung nafkah anak-anak anda sehingga mencapai umur dewasa. Bukannya Amanah Raya tidak bagus dalam menjaga harta anak-anak anda tetapi prosedur dan jarak tempat tinggal yang menjadi kekangan. Dan akhirnya isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda juga yang akan berhempas pulas bekerja siang dan malam menampung nafkah membesarkan anak-anak anda sendirian.

Suami, fahamlah dan buatlah perancangan terbaik untuk isteri dan anak-anak anda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 05:27 PM | Show all posts
adelea replied at 25-8-2020 02:52 PM
alinsetan tu pon x boleh ambik yaaa

harta si mati , cuma boleh pergi kat mak bapak or waris ku ...



... pandaiiiii ... bila dah pandai ni, kena berpesan pesan kepada saudara mara kita ...... dan kawan2 kita ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056231 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list