CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3205|Reply: 52

[Tempatan] Muafakat Nasional diyakini akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15

[Copy link]
Post time 3-8-2020 03:29 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) yang disertai UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan syarat tiada pertembungan tiga penjuru sesama sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, MN boleh melepasi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dan tidak mustahil dua pertiga iaitu 148 kerusi jika bertanding satu lawan satu berdepan Pakatan Harapan serta mengelakkan sabotaj dalam kalangan tiga parti Melayu tersebut.

“Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagilah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan.

"Kalau Pas dapat (peruntukan) kerusi (Parlimen dan DUN) lebih besar daripada UMNO atau UMNO dapat lebih dari Pas, masing-masing jangan khianat.

“Kalau Pas dapat (menang) kerusi lebih besar pun, Pas tidak boleh tinggalkan UMNO dan begitu juga sebaliknya. (Parti) Bersatu pun tak boleh ditinggalkan. Yang penting, kita setia kepada perjanjian, iaitu piagam Muafakat Nasional,” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konflik pengagihan kerusi antara tiga parti dalam MN kelak tidak akan timbul jika soal strategi diatur oleh pemimpin, bukannya ahli-ahli biasa parti.

“Kita kena sedar bahawa UMNO mempunyai sokongan akar umbi. Bersatu pula tiada akar umbi tetapi mempunyai pemimpin yang ada pengaruh. Pas? Akar umbi pun ada, pemimpin pun ada.

“Kita gabungkan pemimpin dahulu dengan memperkasakan perpaduan, menentukan hala tuju, buat garis panduan dan 'road map', lepas itu turun ke bawah. Pokoknya kita tidak boleh dengar desas-desus (isu pengagihan kerusi),” katanya.

Ditanya bolehkah piagam MN yang bakal ditandatangani oleh UMNO, Pas dan Bersatu termasuk beberapa parti lain yang bakal menyusul, dipercayai serta tidak dilanggar, Abdul Hadi berkata, MN bergantung atas piagam, bukan atas faktor siapa akan jadi Perdana Menteri.

“Soal siapa akan jadi Perdana Menteri, itu soal sampingan,” katanya.

MN adalah kerjasama politik UMNO dan Pas yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 September tahun lalu.

Kerajaan PN pula terbentuk pada Mac lalu setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan turut disokong oleh MN.

Gabungan parti dalam PN terdiri daripada Bersatu, Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kumpulan ahli Parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu menegaskan, UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN sebaliknya akan memperkasakan MN bersama Pas dan komponen BN.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen BN pada Rabu lalu menyatakan hasrat untuk membawa parti berkenaan menyertai MN.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ika-satu-lawan-satu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas macam dah konfirmkan bersatu join mn.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully wak yidin tidak dipegang tulurnya oleh atok..wak jahit pula kena sedar diri dan berundur dari perebutan jawatan tertinggi dalam umno mahupun kabinet..org dah tak suka wak jahit..wak jahit mungkin jadi faktor kekalahan MN pada pru 15
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:22 PM | Show all posts
setuju..wak jahit dimohon berambus
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:24 PM | Show all posts
pas jadi tukang pacak bendera umno je la kekdahnya..hahahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 3-8-2020 07:24 PM
pas jadi tukang pacak bendera umno je la kekdahnya..hahahaaha

Lagi mulia pas tolong umno  sebangsa seagama dr tolong pengkhianat melayu DAP pemakan vavi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 07:09 AM | Show all posts
Dulu salah faktor kemenangan PH dalam PRU14 salah satunya ialah pertembungan 3 penjuru iaitu PAS, PH dan BN.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu dh joinT mn ke? Konfiden sgat hadi bawang ni dgan mn. Sedangkan dekat Sabah pon dah gaduh berebut kerusi, lobai tu ye lah jadi pacak bendera jah. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 4-8-2020 07:09 AM
Dulu salah faktor kemenangan PH dalam PRU14 salah satunya ialah pertembungan 3 penjuru iaitu PAS, PH ...

betul.
tapi kalu 1 lawan 1 dlm pru14 haritu
kompom ph menang lebih besar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:29 AM | Show all posts
bangcak replied at 4-8-2020 08:04 AM
betul.
tapi kalu 1 lawan 1 dlm pru14 haritu
kompom ph menang lebih besar.

Itu kalau PAS join PH, kalau PAS join BN xde nya menang besar........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 3-8-2020 07:24 PM
pas jadi tukang pacak bendera umno je la kekdahnya..hahahaaha

So kau ada masalah ker? Kau pergilah pacak bendera pan tapak kaki dap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Next election i undi calon instead of parti.. islam, warga tempatan bkn calon import..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 4-8-2020 08:29 AM
Itu kalau PAS join PH, kalau PAS join BN xde nya menang besar........

Geng2 pan pun xmerasa jd menteri 22 bulan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:34 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 4-8-2020 12:38 AM

Anwar yakin PH akan menang PRU15
Diterbitkan 27 Jul 2020, 1:29 pm



Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.

Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.

Anwar berkata: "Ini hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara.



"Jangan lupa bahawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mahu melaksanakan Akta 355. Tetapi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan (PN), menteri-menteri PAS mirip seperti rakan sejawatan mereka dari Umno dan MCA yang mengatakan mereka mesti mengkaji sama ada pindaan itu adalah sah mengikut perlembagaan atau sebaliknya.

"Macam mana PAS mahu menerangkan ini kepada para penyokongnya, sedangkan parti itu memperjuangkannya selama 40 tahun tetapi hari ini mereka berlembut? Bagaimana PAS boleh membenarkan hal ini terjadi?"

Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan "celaru" dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur.

Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, berkata, PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini adalah untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan politik.



"Tidak ada pakatan, baik PH atau PH Plus bersama Muhyiddin dan Hamzah. Saya berjumpa Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri manakala saya pula sebagai ketua pembangkang.

“Kami membincangkan mengenai Covid-19 dan saya memintanya untuk membenarkan Dewan Rakyat berdebat rancangan yang kerajaan mahu laksanakan kerana wabak tersebut.

"Ya, kami memang membincangkan kestabilan negara. Tetapi tidak ada perbincangan mengenai pembentukan pakatan baru. Mengapa? Ini kerana saya merasakan bahawa PH masih adalah pilihan yang lebih baik," kata Anwar dalam wawancara itu.

Pemimpin PKR itu berkata, bahawa beliua telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum dan selepas pertemuan itu berlangsung.

"Saya juga bertemu dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya rasa kita harus mempunyai budaya politik baru dengan tidak menganggap semua individu sebagai musuh," katanya.

Anwar juga berkata bahawa beliau akan menunaikan janji-janji reformasi jika menjadi perdana menteri berikutnya.



Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:47 AM | Show all posts
gara gara parti cina seekor ...DAP...hancur parti melayu/bumiputra pecah seribu....BN lah..PH lah...PN lah & sekarang muafakat Nasional pula..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:31 AM | Show all posts
Tunggu la dahulu parti mana yang mengharamkan monopoli siaran sukan utama (termasuk bola Piala Dunia)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 4-8-2020 08:29 AM
Itu kalau PAS join PH, kalau PAS join BN xde nya menang besar........

nope.
kalu pas join bn pru14
kompom umngok terbubar.

walaupon king maker dah pecah undi tapi kuasa rakyat tetap solid.
cuma rakyat tak sangka ada pengkhianat dah permainkan amanah rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 10:45 AM | Show all posts
bangcak replied at 4-8-2020 10:39 AM
nope.
kalu pas join bn pru14
kompom umngok terbubar.

Lantak kau lah bangneutral..
Kau mesti nak nampak PH yang menang.....
Payah nak sembang orang se"neutral" spt hang.......

Kbye.........

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 4-8-2020 10:45 AM
Lantak kau lah bangneutral..
Kau mesti nak nampak PH yang menang.....
Payah nak sembang orang se ...

i cuma suarakan pendapat dari pandangan rakyat je.
dah majoriti rakyat memilih parti mana, i huraikan je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap takda satu parti yg menang besar. Supaya takda ahlipolitik yg buat negara macam hak sendiri. Coalition cacamerba macam sekarang dah ok dah. Baru penjawat awam boleh buat kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.484570 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list