CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17008|Reply: 148

[Tempatan] KAJIAN. Wanita Kelantan memang 'gila' emas. Sanggup tak beli beg, baju jenama. J

  [Copy link]
Post time 3-8-2020 04:41 PM | Show all posts |Read mode
'Gila' emas
Oleh Hazira Ahmad Zaidi


KOTA BHARU: Wanita Kelantan sememangnya gemarkan barangan kemas, khususnya emas sama ada dibeli untuk tujuan dipakai, disimpan atau pelaburan sehingga membuatkan golongan itu tidak pernah berhenti mendapatkannya.

Bagi wanita bangga memilik barangan kemas dan ia boleh disamakan seperti kehendak golongan lelaki rasa gah jika mempunyai kereta mewah.

Membeli emas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya satu pelaburan jangka panjang kerana jika terdesak barangan itu boleh dijual balik terutamanya ketika harganya melonjak tinggi.

Bagi pengusaha kedai emas di Kota Bharu, Mustaqim Mustofa, 26, berkata, kegilaan wanita terhadap logam berharga itu bukan hanya membabitkan mereka yang bergaji kecil, bahkan taasub memilikinya membuatkan ada sesetengahnya rela mengikat perut, asalkan dapat membeli koleksi diidamkan.

"Meskipun harganya melambung tinggi, namun kedai emas tetap dikunjungi pelanggan yang mahu mendapatkan rekaan terkini di Kelantan. Emas diperdagangkan dalam timbangan tradisi iaitu 'rial berat' bukannya gram.

"Emas mempunyai pelbagai jenis, dan rata-rata penggemar akan memastikan reka bentuk perhiasan yang dibeli tulen dan terbaik.

"Kualiti emas 916 di Kelantan juga dikatakan tidak banyak campuran dengan bahan lain dan disebabkan itulah ia murah, berkualiti dan menjadi rebutan," katanya.

Katanya, kebanyakan tauke kedai emas di sekitar bandar Kota Bharu, beranggapan tempoh moratorium yang diumumkan oleh kerajaan susulan pandemik COVID-19, memberi rezeki kepada mereka apabila kedai emas sentiasa dipenuhi dengan pengunjung daripada pelbagai lapisan umur, kedudukan dan latar belakang.

"Meskipun harga emas melonjak naik hampir setiap hari bermula akhir Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tetap mendapat sambutan dan bukan penghalang wanita di negeri ini membeli sebagai aksesori perhiasan diri.

"Jika sebelum ini, setiap kali Aidilfitri kedai emas dipenuhi pelanggan untuk digayakan di pagi Syawal, tetapi selepas PKP sambutan yang diterima di luar jangkaan.

"Ramai mengakui 'emas Kelantan' menjadi tarikan ramai. Namun, sebenarnya gelaran 'emas Kelantan' tidak membezakan apa-apa pun, sebaliknya kelainannya adalah dari segi harga dan timbangan.

"Saya akui harga emas di Kelantan jauh lebih murah berbanding di negeri lain," katanya.



Berbeza bagi broker emas Roslaili Yusof, 50, yang sudah 22 tahun menjalankan urusan jual beli emas yang dilakukan di kaki lima kedai, kini sudah mempunyai pelanggan tetap yang datang daripada pelbagai tempat untuk menjual barang kemas kepadanya.

"Simpanan emas adalah aset yang paling mudah dicairkan pada bila-bila masa sahaja jika memerlukan duit. Emas kalis inflasi dan nilai emas sentiasa kukuh.

"Kita juga tidak boleh menjangkakan bila harga emas akan naik, namun apabila harga emas naik, ada individu yang menghadapi masalah kewangan akan datang menjual barang kemas mereka demi kelangsungan hidup.

"Justeru, emas salah satu bentuk nilai pertukaran yang diiktiraf bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Ia adalah barang yang mudah untuk dijadikan gadaian, namun bergantung kepada kualiti, ketumpatan dan sifatnya tersendiri.

"Tidak hairan, jika ada golongan wanita yang lebih gemar menghabiskan wang membeli barang kemas dengan alasan sebagai pelaburan terbaik dan menguntungkan dalam jangka masa panjang," katanya.

Bagi pembantu kedai, Norhidayah Mohamad, 23, berkata, ada perumpamaan menyatakan, tidak cantik perempuan tanpa emas. Kecantikan wanita terletak pada emas dan ia satu kemestian walaupun hanya memakai sebentuk cincin.

Oleh itu, ramai wanita di negeri ini berpusu-pusu berkunjung ke kedai emas untuk mencari gelang tangan, rantai leher dan cincin yang bersesuaian dengab cita rasa mereka, meskipun harga emas meningkat dari semasa ke semasa.

"Mereka mempercayai kecantikan dan keayuan seseorang wanita akan bertambah apabila menyarung cincin atau gelang tangan reka bentuk terkini.

"Ribuan ringgit yang perlu dihabiskan untuk membeli emas tidak ada sedikit penyesalan terlakar di wajah mereka.

"Apatah lagi pelbagai jenis dan reka bentuk gelang tangan seperti 'tupat dakat', 'biskut tawar' yang menjadi sebutan dan kegilaan wanita pada ketika ini," katanya.

Kakitangan kerajaan, Habsah Ismail, 41, berkata, emas adalah simbol kejelitaan wanita atau dalam dialek Kelantan disebut 'pemanis tubuh' yang biasanya digayakan ketika musim perayaan atau majlis keraian.

"Tidak hairanlah mengapa wanita Kelantan sanggup menghabiskan wang sehingga berpuluh ribu hanya kerana mahu memiliki koleksi yang sentiasa berubah.

"Beli emas tidak rugi. Malah tidak keterlaluan dikatakan, ada yang sanggup menahan nafsu memiliki beg dan baju berjenama, asalkan dapat memiliki emas pilihan mereka.

"Memiliki barang kemas yang banyak bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ia adalah saham bernilai yang boleh membantu kita ketika dalam keadaan terdesak sekiranya memerlukan kewangan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 04:43 PM | Show all posts
kalau skg ni kat mana paling murah nak beli emas 916 + upah murah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor2 pun jadi broker emas ni
Nak simpan 2 tahun ke atas bolehlah kumpul. If 6 bulan dah menggelupur nak tebus baik tak payah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 3-8-2020 04:43 PM
kalau skg ni kat mana paling murah nak beli emas 916 + upah murah.

Kuala pilah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:44 PM | Show all posts
emas akan rally naik sampai RM 300/per gram lepas tu turun semula mencari lowest donald trump jadi prime minister.

setiap kali donald trump retweet harga emas akan spike di chart berikutan mulut dia jubor ayam membuatkan pelabur lari  dari us dollar dan beli emas. bila harga dah ok baru pelabur berani trade us dollar pair
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Uii..dulu masa kawen kali 1st tu duit hantaran semua buat beli emas serba berdiri..
Huhuhu
Mama suh beli emas simpan..
Padahal di badan sudah ada serba sedikit..yg mama belikan dulu2 sebelum kawen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Member iols ore kelate elok jah beli emas, beg branded..pinggan potmeirion ke ape tah tu...
Katanya kena seiring...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 06:16 PM | Show all posts

hari ahad kedai emas tutup kat sana huhuh tak sempat nak tgk sblm raya haji aritu.
smlm gi ipoh kedai emas rozita pulak tutup.

sabtu ni try gi khalifah jewel kat bangi mcm ramai je kat situ hihihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-8-2020 10:08 AM
Member iols ore kelate elok jah beli emas, beg branded..pinggan potmeirion ke ape tah tu...
Katanya ...

Harus...gituh..

Seiring dan sejalan..

Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak duit depa. ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 06:32 PM | Show all posts
better pakai emas celup je..risau kena ragut je nanti deyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 06:44 PM | Show all posts

byk ka kedai emas?

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-8-2020 06:20 PM
Banyak duit depa. ...

Mgkin biar papa asal bergaya pn ada sikit2 dlm hal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:18 PM | Show all posts
nenek aku byk beli emas dulu2, pastu turun ke mak aku..mak aku nk bagi kt aku suruh pakai. masalahnya berat aku tak suka pakai. aku ckp kt mak aku "nak bagi org pakai boleh, nanti kalau org nk shopping takde duit org gadai gelang rantai tu semua"..sampai skrg mak aku tak suruh pakai dh emas2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:21 PM | Show all posts
pakai emas banyak2, besar2 ni look kampung.gov.my ...aku tak suka pompuan cenggitu...tp kalau pakai emas yg halus nipis2 tu nampak classy...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 07:22 PM | Show all posts
duit dia, biar dia lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 3-8-2020 06:16 PM
Harus...gituh..

Seiring dan sejalan..

Kan..haha
Bila seiring baru nampak.cung..
Dan cantiks..
Katnluar cung
Kat umah pung cung juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gadget replied at 3-8-2020 07:21 PM
pakai emas banyak2, besar2 ni look kampung.gov.my ...aku tak suka pompuan cenggitu...tp kalau pakai  ...

yg nipis nmpk classy tu sbb dia emas padu.. payah nk putus. yg tebal bagak tu kdg2 kosong dlm nya.. kalo tebal dan padu.. bertongkat lah nk sauk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokey kedai emas Kola pilah tak join persatuan emas. Sbb tu harga depa murah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas adalah duit tapi dalam bentuk fizikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.316432 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list