CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1399|Reply: 6

[Dunia] Populasi harimau dunia bertambah, namun ancaman kritikal - WWF

[Copy link]
Post time 4-8-2020 03:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-8-2020 11:21 AM



Populasi harimau di lima negara semakin bertambah, namun haiwan terancam itu masih berdepan ancaman seperti pemburuan haram, kata Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Kerajaan India. - Foto AFP


Populasi harimau dunia bertambah, namun ancaman kritikal - WWF


NEW DELHI: Populasi harimau di lima negara semakin bertambah, namun haiwan terancam itu masih berdepan ancaman seperti pemburuan haram, kata Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Kerajaan India.

India yang memiliki 70 peratus populasi harimau dunia, adalah antara 13 negara yang berikrar untuk meningkatkan jumlah haiwan itu 10 tahun lalu.

"Daripada populasi terendah dalam sejarah pada 2010, jumlah harimau kembali bertambah di hampir keseluruhan Asia Selatan, Russia dan China," kata Ketua Inisiatif Harimau Hidup WWF, Stuart Chapman, dalam satu kenyataan sempena Hari Harimau Sedunia, baru-baru ini.

Menurut Chapman, pertambahan populasi harimau di Bhutan, China, India, Nepal dan Russia adalah khabar gembira bagi spesies lain yang turut terancam di habitat masing-masing, serta jutaan individu yang bergantung pada ekosistem itu.

Namun, harimau masih diancam aktiviti pemburuan haram dan kemusnahan habitat, manakala populasi haiwan liar itu sudah berpecah-pecah, yang meningkatkan risiko pembiakan dalam kalangan keluarga terdekat, kata WWF.

"Ancaman ini berada pada tahap kritikal di kebanyakan negara Asia Tenggara, dengan krisis pemasangan jerat mengurangkan jumlah hidupan liar, khususnya harimau dan makanannya," kata kumpulan itu.

Dalam satu laporan yang diterbitkan awal bulan jni, WWF mendapati lebih 12 juta jerat yang dipasang mengancam hidupan liar dalam kawasan dilindungi di Kemboja, Laos dan Vietnam.

India baru-baru ini menerbitkan laporan status terkini harimau, yang memperincikan langkah yang diambil bagi memulihara haiwan itu.

Laporan itu membangkitkan amaran bahawa walaupun populasi bertambah, kebanyakan kawasan rizab harimau dan dilindungi, berada dalam wilayah lebih besar yang digunakan untuk tujuan ekologi tidak mampan, seperti perlombongan.

"Kebanyakan populasi harimau berada di kawasan dilindungi yang kecil, dan sebahagian berada di habitat koridor yang membenarkan pergerakan harimau," jelas laporan itu.

Namun, kebanyakan habitat koridor itu tidak berada dalam kawasan dilindungi dan berisiko terhadap aktiviti manusia dan pembangunan.

Bancian yang dilakukan antara 2018 dan 2019, turut dimasukkan dalam Rekod Dunia Guinness awal bulan ini, sebagai kajian hidupan liar berkamera terbesar pernah dilakukan.

Kamera diletakkan di lebih 28,000 lokasi dalam kawasan seluar 381,400 kilometer persegi, iaitu kira-kira seluas Jepun, di habitat berhutan di 20 negeri di India.

Hasil kajian kerajaan itu yang diterbitkan tahun lalu, mendapati India memiliki 2,967 harimau liar, berbanding 1,411 ketika kajian pertama di lakukan pada 2006.
Ia menunjukkan populasi harimau bertambah enam peratus setahun antara 2006 dan 2018. - AFP




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la
Nnt rantaian makanan cacat kan..
Patut pemburu haram ni jadi makanan rimau
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 07:46 AM | Show all posts
shernazz replied at 4-8-2020 07:10 AM
Bagus la
Nnt rantaian makanan cacat kan..
Patut pemburu haram ni jadi makanan rimau

kalo yg dr thai ceroboh masuk memburu dlm hutan kita ni mana nak takut dgn perhutanan @ perhilitan kita

masuk PGA @ VAT69 baru ada akal mencicit lari







Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 4-8-2020 07:46 AM
kalo yg dr thai ceroboh masuk memburu dlm hutan kita ni mana nak takut dgn perhutanan @ perhilitan ...

Ye ke..mmg.kebanyakan org thai ke jadi pemburu haram kat mesia ni? Harey zadah btoi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:42 AM | Show all posts
shernazz replied at 4-8-2020 08:32 AM
Ye ke..mmg.kebanyakan org thai ke jadi pemburu haram kat mesia ni? Harey zadah btoi...

mostly from there la

tp ada je dr negara2 jiran lain

habis hasil hutan & wild life kita diorang ni jarah

memang setan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 4-8-2020 08:42 AM
mostly from there la

tp ada je dr negara2 jiran lain

Jilaka btoi
Nampak.sangat senang bolos..
Mesti banyak laluan tikus kat sempadan yang ramai tak tau...tu yang senang bolos tu..ish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 12:45 PM | Show all posts
Tak sia2 usaha WWF ada juga hasilnya moga ia terus bertambah disamping giat membenteras kegiatan pemburu haram.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.132238 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list