View: 1331|Reply: 12
|
[Tempatan]
Ramai menumpang bila UMNO kuat
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - UMNO perlu belajar daripada kesilapan lepas dan memperkuatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) untuk terus ke hadapan.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pimpinan dan akar umbi yang setia tidak harus lupa bagaimana ramai pihak yang akan 'menumpang' apabila UMNO kuat, namun meninggalkan parti apabila mula lemah.
–– ADVERTISEMENT ––
“Setelah 22 bulan menjadi pembangkang dan tidak mempunyai apa-apa ‘alat politik’ seperti dahulu, UMNO hanya tinggal kesetiaan akar umbi. Kita menang banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana sokongan dan gerak kerja akar umbi yang padu.
“Kekuatan UMNO dibina oleh ahli parti yang setia. Dalam pembahagian kerusi, aspek ini amatlah perlu ditekankan. Kerjasama dalam MN adalah keutamaan kita. Itu yang akar umbi mahukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Dr Najmil berkata, UMNO juga perlu belajar daripada kesilapan lepas apabila memberi banyak kerusi pada parti komponen dan akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Lebih teruk, katanya, mereka meninggalkan gagasan BN dan yang tinggal hanyalah UMNO sahaja.
“Ada juga yang lompat parti untuk kepentingan sendiri dan masih lagi berharap untuk bertanding di kerusi UMNO. Jika trend ini masih diteruskan, politik Malaysia tidak akan maju dan selamanya mundur," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 4-8-2020 11:43 AM
scary bila tengok kes solar untuk sekolah rosmah tu.
Yang di highlight media, Rosmah isteri Najib RM187.5 juta, tapi sebenarnya ramai lagi makan keliling.
Setiausaha UMNO pekan ke ape amek komisen 4% hingga 5% dari nilai projek = RM50 juta.
Menteri pendidikan minta 20% (= RM250 juta) tapi setel setakat RM60 juta je, kira company bank-in RM1 juta sebulan selama 5 tahun.
Masa konvensyen UMNO, menteri tu dapat 40K lagi duit 'belanja budak-budak kawasan dia'.
Lepastu company yang dapat kontrak pulak tipu surat perjanjian, tak buat kerja seperti yang dibayar gomen.
Staf yang urus projek ni mengeluh mengomel tak puas hati kat bos, bos beri ancaman nyawa dan kalau boleh tutup mulut bos nak bankin RM30juta.
Hmm..
https://www.nst.com.my/news/crim ... -and-kickbacks-paid |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO ni terasnya Melayu dan Islam
sebab tu banyak musuh serata ceruk sejak zaman dulu lagi
kiri kanan atas bawah
namun sebab asas perjuangannya sentiasa relevan mendepani zaman,
sebab itu la ia terus kukuh |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul...ramai passenger dlm umno....cisss |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 4-8-2020 03:53 PM
ya betul...ramai passenger dlm umno....cisss
Bila bn umno kalah ramai yg lari. Bila dah kuat pakat mai ngendeng. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat pebendanyer jadi Kerajaan pun berpaut kat Jemin Semburit... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat ummah merompak juta2an |
|
|
|
|
|
|
|
hanya simunggu setia dgn umno/BN..
|
|
|
|
|
|
|
|
cai umno masih bermimpi lagi ke? grassgroots umno ni penuhi dgn penyangak2 je la..hahahaha..kini nmpaknya umno semakin terdesakkk! |
|
|
|
|
|
|
|
umno ni penyakit. seb baek Pas ada tlg. kalau tak.....melingkup dgn rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiri kanan depan belakang, ramai betul yg terlibat, gila lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ramai melayu dah sokong umno.. Jgn lupa jasa orang melayu islam ni.. Bantu melayu.. Bantu islam.. Bantu Bmf.. Realisasikan hasrat muslim nak buat color code utk halal.. Bezakan halal muslim dan non muslim.. Bantu Kes arwah adib.. Jgn nak jaga hati sgt non muslim tu.. Dahulukan muslim.. Bila cina india nak bodek jgn termakan bodek tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|