CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2746|Reply: 21

[Tempatan] Tular pasangan kekasih gelang pink di Bukit Bendera. PENJELASAN. Tu gelang pink

[Copy link]
Post time 4-8-2020 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Gelang pink 'anjing' buat kalut
Oleh Zuhainy Zulkiffli


GEORGETOWN: Dua individu yang dilihat memakai gelang merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera dekat Air Itam di sini, disahkan bukan berstatus Di bawah Pengawasan (PUS) COVID-19.

Malah gelang merah jambu yang dipakai mereka adalah gelang tangan dari sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan 'Husky And The Gang'.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pada 2 Ogos, pihaknya menerima aduan orang awam yang melihat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu di kawasan parkir bukit peranginan itu pada jam 3.25 petang.

Katanya, pengadu kemudian mengambil gambar pasangan berkenaan lalu membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum identiti mereka dikesan.

"Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di Permatang Tengah, Butterworth.

"Manakala wanita berusia 22 tahun dari Sungai Puyu, Butterworth itu pula bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka adalah pasangan kekasih serta tiada rekod jenayah lampau," katanya kepada NSTP, hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, siasatan polis mendapati, pada jam 12.30 tengahari hari berkenaan, pasangan itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini sebelum dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna merah jambu bertulisan 'Husky And The Gang' oleh pekerja kedai terbabit.

Berikutan pasangan itu mahu ke kedai haiwan berkenaan semula pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang terbabit, mengikut syarat yang ditetapkan premis itu.

"Pasangan itu mengakui bahawa mereka adalah individu di dalam foto tular berkenaan serta mengakui tidak pernah ke luar negara.

"Mereka berada di kaunter stesen keretapi Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari berkenaan dan menunggu giliran selama satu jam bagi membeli tiket.

"Berikutan menunggu terlalu lama, mereka mengambil keputusan untuk beredar sebelum pergi ke pusat beli belah Queensbay," katanya lagi.

Sementara itu Soffian berkata, semakan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati nama kedua-duanya tiada dalam senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

"Sehubungan itu, individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah diminta mematuhi arahan berkenaan dan orang ramai juga perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal di tempat tumpuan awam," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 01:24 PM | Show all posts
saje je mengundang masalah
mengada2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:30 PM | Show all posts
tak munasabah munasarawak lgsg kalo kata tak tau gelang pink skrg ni sensitif

lg2 kalo kat public

sendiri cari sakit

menjawab laa
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:31 PM | Show all posts
Harap pihak lain time covid19 ni elakan guna gelang tangan berwarna pink untuk elakan kekeliruan.  Yang mana dok ada stock lagi tu elok kasi belang untuk membezakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:38 PM | Show all posts
ala..takyah la marahkan deme..nak buat cemana kalau gelang tu dr petshop.

berbakul dah drg berdua kena maki secara rasis di fb semalam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:41 PM | Show all posts
nak promote kedai anjing tu..kan nama kedai anjing disebut beberapa kali..free advertisement
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sengaja buat gelang berwarna pink kah? Free publicity.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya perkara ni bukan lawak ..blh buat panic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 02:00 PM | Show all posts
Pet Cafe macam dalam video di bawah ini:

[youtube]EEr8HdnFOZ8[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Saje je kan nak viral
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:30 PM | Show all posts
ANJING betul pasangan kekasih tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:36 PM | Show all posts
bodo nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2020 02:46 PM | Show all posts
sebelum ni cina, gelang pink dah tamat tempoh PUS
sengaja jalan ke bandar
mujur disekat dari masuk bank
walhal dia boleh je ke KKM utk potong gelang tu

ni kes pasangan anjing pulak
sengaja bagi alasan nak dtg ke kedai sebelah malam
sementara tu sengaja jalan sana-sini dengan gelang pink
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:47 PM | Show all posts
gigih pakai gelang hanjing kan..cash la
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong stim betul..maka musnahlah impian pencacai rasis nk tgk wakil kaum sepet bergelang pink covid berkeliaran bebas di khalayak ..ye lah asik2 acik2 gelang pink melayu jah yg kna kecam x patuh kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Petshop punya gelang slalu kaler pink kalau hanjenggg itu betina..ummah laknat dan paranoid bagai aur dgn tebing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tukang report salah baca husky as high risk ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:42 PM | Show all posts
famri7 replied at 3-8-2020 11:24 PM
Petshop punya gelang slalu kaler pink kalau hanjenggg itu betina..ummah laknat dan paranoid bagai au ...

Hehehe...memang betul tu. Kucing anjing kalau betina mesti pink!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:45 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 4-8-2020 09:34 PM
tukang report salah baca husky as high risk ke

mungkin juga...

tp  bila tgk  color pink...apa2 hal repot dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:49 PM | Show all posts
Fuh!  Lega.  Risau juga, manalah tahu tiba-tiba ujud cluster Bukit Bendera.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.083855 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list