View: 2750|Reply: 21
|
[Tempatan]
Tular pasangan kekasih gelang pink di Bukit Bendera. PENJELASAN. Tu gelang pink
[Copy link]
|
|
Gelang pink 'anjing' buat kalut
Oleh Zuhainy Zulkiffli
GEORGETOWN: Dua individu yang dilihat memakai gelang merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera dekat Air Itam di sini, disahkan bukan berstatus Di bawah Pengawasan (PUS) COVID-19.
Malah gelang merah jambu yang dipakai mereka adalah gelang tangan dari sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan 'Husky And The Gang'.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pada 2 Ogos, pihaknya menerima aduan orang awam yang melihat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu di kawasan parkir bukit peranginan itu pada jam 3.25 petang.
Katanya, pengadu kemudian mengambil gambar pasangan berkenaan lalu membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum identiti mereka dikesan.
"Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di Permatang Tengah, Butterworth.
"Manakala wanita berusia 22 tahun dari Sungai Puyu, Butterworth itu pula bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka adalah pasangan kekasih serta tiada rekod jenayah lampau," katanya kepada NSTP, hari ini.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, siasatan polis mendapati, pada jam 12.30 tengahari hari berkenaan, pasangan itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini sebelum dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna merah jambu bertulisan 'Husky And The Gang' oleh pekerja kedai terbabit.
Berikutan pasangan itu mahu ke kedai haiwan berkenaan semula pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang terbabit, mengikut syarat yang ditetapkan premis itu.
"Pasangan itu mengakui bahawa mereka adalah individu di dalam foto tular berkenaan serta mengakui tidak pernah ke luar negara.
"Mereka berada di kaunter stesen keretapi Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari berkenaan dan menunggu giliran selama satu jam bagi membeli tiket.
"Berikutan menunggu terlalu lama, mereka mengambil keputusan untuk beredar sebelum pergi ke pusat beli belah Queensbay," katanya lagi.
Sementara itu Soffian berkata, semakan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati nama kedua-duanya tiada dalam senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
"Sehubungan itu, individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah diminta mematuhi arahan berkenaan dan orang ramai juga perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal di tempat tumpuan awam," katanya lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saje je mengundang masalah
mengada2 semua |
|
|
|
|
|
|
|
tak munasabah munasarawak lgsg kalo kata tak tau gelang pink skrg ni sensitif
lg2 kalo kat public
sendiri cari sakit
menjawab laa |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pihak lain time covid19 ni elakan guna gelang tangan berwarna pink untuk elakan kekeliruan. Yang mana dok ada stock lagi tu elok kasi belang untuk membezakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ala..takyah la marahkan deme..nak buat cemana kalau gelang tu dr petshop.
berbakul dah drg berdua kena maki secara rasis di fb semalam... |
|
|
|
|
|
|
|
nak promote kedai anjing tu..kan nama kedai anjing disebut beberapa kali..free advertisement |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sengaja buat gelang berwarna pink kah? Free publicity. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya perkara ni bukan lawak ..blh buat panic |
|
|
|
|
|
|
|
Pet Cafe macam dalam video di bawah ini:
[youtube]EEr8HdnFOZ8[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
ANJING betul pasangan kekasih tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bodo nya |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni cina, gelang pink dah tamat tempoh PUS
sengaja jalan ke bandar
mujur disekat dari masuk bank
walhal dia boleh je ke KKM utk potong gelang tu
ni kes pasangan anjing pulak
sengaja bagi alasan nak dtg ke kedai sebelah malam
sementara tu sengaja jalan sana-sini dengan gelang pink |
|
|
|
|
|
|
|
gigih pakai gelang hanjing kan..cash la |
|
|
|
|
|
|
|
Potong stim betul..maka musnahlah impian pencacai rasis nk tgk wakil kaum sepet bergelang pink covid berkeliaran bebas di khalayak ..ye lah asik2 acik2 gelang pink melayu jah yg kna kecam x patuh kuarantin |
|
|
|
|
|
|
|
Petshop punya gelang slalu kaler pink kalau hanjenggg itu betina..ummah laknat dan paranoid bagai aur dgn tebing.. |
|
|
|
|
|
|
|
tukang report salah baca husky as high risk ke |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...memang betul tu. Kucing anjing kalau betina mesti pink!
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin juga...
tp bila tgk color pink...apa2 hal repot dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh! Lega. Risau juga, manalah tahu tiba-tiba ujud cluster Bukit Bendera. |
|
|
|
|
|
|
| |
|