CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1262|Reply: 9

[Tempatan] Belanjawan 2021 dibentang 6 Nov. Tunggu respon CEUPACS pasal jumlah bonus

[Copy link]
Post time 4-8-2020 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2021 dibentang 6 November nanti
    myMetrobisnes
Syarifah Dayana Syed Bakri


BELANJAWAN 2021 akan dibentangkan pada 6 November ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, belanjawan tahunan yang bakal diumumkan itu akan tertumpu kepada usaha merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna.

"Belanjawan 2021 akan memberi tumpuan kepada empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat; memacu pertumbuhan ekonomi; melestarikan kehidupan; dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), saya dan pasukan dari Kementerian Kewangan (MoF) bertindak untuk turun padang.

"Contohnya, dua minggu lalu kami ke Melaka untuk melancarkan Jelajah Belanjawan 2021 yang bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai industri dalam merangka Belanjawan 2021, dan minggu seterusnya kami ke Subang menemui wakil industri aeroangkasa.

"Saya juga berkesempatan menemui Yayasan Hasanah untuk melihat pelaksanaan Geran Khas Hasanah, dan berbual bicara bersama NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan), dan pertubuhan masyarakat awam (CSO)," katanya dalam perkongsian Laporan Laksana Ke-15 pelaksanaan Prihatin dan Penjana menerusi Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pendekatan turun padang dan mendengar masalah yang dihadapi adalah cara terbaik memandangkan dunia sedang terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Dari situ, kita akan mengkaji setiap cadangan yang diberikan kepada pihak kementerian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 2:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Belanjawan Negara
1. Sessi pemberian pelbagai Insentit dan benefits kepada kakitangan Kerajaan....... dari kenaikan gaji, elaun, bonus, kemudahan. Kemudian dengar backbenchers tepuk meja. Hanya untuk kakitangan Kerajaan sahaja...... kakitangan swasta get lost konon dapat banyak ganjaran dari majikan.  So tahun ni tutup TV masa belanjawan ....... dah fed up
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 03:40 PM | Show all posts
dapat bonus 500 pn syukur jelahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:07 PM | Show all posts
batu kikir replied at 4-8-2020 07:35 AM
Belanjawan Negara
1. Sessi pemberian pelbagai Insentit dan benefits kepada kakitangan Kerajaan..... ...

Dari pandangan penjawat awam, dekat malaysia ni 8/10 syarikat swasta bagi 6bulan bonus kepada pekerja


Itu pandangan mereka la, jadi jangan dengki dengan mereka


Kalaula mereka sedar yang ada syarikat swasta tak pernah bagi kenaikan gaji walhal dah 10tahun kerja,


Mesti terkejut beruk  


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:25 PM | Show all posts
lepas ni berduyun duyun la forumer masuk komplen orang gomen selalu tak dak kat kaunter,malas jawap phone sbb bagi depa hanya tau yg tu je...cuba call bank atau astro ke,berjanggut tunggu suruh tekan 1 untuk bahasa malaysia,2 untuk bahasa inggeris,3untuk bahasa mongolia,4 untuk bahasa russia...bla bla bla....pas tu sila tunggu sebentar (sambil pasang muzik bodo)...maka tunggu la ko sampai abang jamil mampusss
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 07:52 PM | Show all posts
on ur mark

get set gooooo!!


perang gomen vs swasta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 08:43 PM | Show all posts
Cerita sama setiap tahun.  Untunglah kerja dengan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Greece yg bangkrap tu...... nak bayar gaji staf Gomen pun sakit. Di Malaysia ......... lebih 70% budget ialah untuk belanja mengurus.....WTF.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 10:23 PM | Show all posts
cuti sekolah bermula Ogos - januari 2021
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara abah berucap, rasanya tak bosan dengar pembentangan bajet

jangan gon jeng dah la

sakit hati sakit telinga dengar

30 ring ngek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.086694 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list