CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 14

[Tempatan] 'Pelarian Rohingya tak ada hak, tapi kanak-kanak boleh dapat pendidikan alternat

[Copy link]
Post time 4-8-2020 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-8-2020 02:00 AM

'Pelarian Rohingya tak ada hak, tapi kanak-kanak boleh dapat pendidikan alternatif'

https://www.malaysiakini.com/news/537225

Diterbitkan Hari ini 11:20 am
Dikemaskini Hari ini 11:20 am



Meskipun kerajaan berpendirian bahawa pelarian Rohingya "tidak berhak menuntut apa-apa hak" di Malaysia, kanak-kanak etnik itu masih diberikan akses pendidikan.

Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata, menerusi pusat bimbingan alternatif (PBA), kanak-kanak pelarian boleh mendapat akses pendidikan menggunakan kurikulum negara asal atau negara ketiga.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) semalam, yang bertanyakan mengenai langkah-langkah kerajaan bagi memastikan kanak-kanak pemohon suaka dan pelarian termasuk dari Rohingya, mendapat akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti dan konsisten.

“Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 menyatakan bahawa pemegang kad UNHCR adalah berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI), tidak berhak menuntut apa-apa hak di sisi undang-undang termasuk pendidikan.

“Namun, bagi membolehkan akses pendidikan kepada kanak-kanak Rohingya, pada tahun 2016 kerajaan telah memutuskan agar kanak- kanak tersebut diberikan pendidikan di PBA.

“Bagi tujuan tersebut, KPM telah menyediakan garis panduan penubuhan dan pendaftaran PBA,” jawabnya.

Akses pendidikan itu diberi kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia berumur empat hingga 15 tahun yang tidak berpeluang mendapat akses kepada pendidikan formal, sama ada di institusi kerajaan atau swasta.

Berdasarkan jawapan bertulis kepada bekas ahli parlimen Simpang Renggam, Ling Tech Meng pada 2017, menteri pada masa itu, Mahdzir Khalid menjelaskan sistem PBA ditubuhkan pada Mac 2015.

Pusat itu boleh ditubuhkan sama ada oleh pihak kerajaan, syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta badan bukan kerajaan atau pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), atau Kementerian Dalam Negeri.

Akses sekolah biasa

Isu hak pelarian Rohingya, yang dikatakan lari dari penindasan di Myanmar - negara asal yang tidak mengiktiraf minoriti beragama Islam itu sebagai warganegara - merupakan isu panjang yang belum berkesudahan.

Lebih-lebih lagi kini, apabila kerajaan bergelut bagi mencari jalan terbaik bagi menangani isu pendatang asing tanpa dokumen.

Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 berkenaan Status Pelarian.

Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian dan di bawah Akta Imigresen 1959/63, semua pelarian dianggap sebagai pendatang tanpa dokumen, yang berdepan risiko ditangkap dan diusir pihak berkuasa.

Semasa sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) membangkitkan isu kanak-kanak tanpa negara, pelarian dan pendatang tanpa dokumen, terutamanya berkenaan kesan jangka panjang sekiranya mereka dinafikan hak pendidikan dan kesihatan.

Pada Januari, pengarah eksekutif Tenaganita Glorene A Das menyatakan pandangan bahawa kanak-kanak pelarian wajar diberikan akses kepada pendidikan sekolah kebangsaan.

Katanya, ini akan dapat membantu komuniti itu menyatupadu dengan masyarakat, dan membolehkan komuniti Rohingya turut menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

“Sebagai saranana kepada kerajaan, Tenaganita menggesa integrasi (penyatupaduan) kanak-kanak pelarian di negara ini ke sekolah-sekolah tempatan, dan (mendapat) akses untuk silibus Malaysia, berbanding mengekang mereka kepada akses hanya kepada kurikulum negara asal mereka.

“Dengan berbuat demikian, kita terpaksa melaksanakan sistem yang jauh lebih rumit bagi menguruskan pendidikan mereka, dengan pelbagai populasi pelarian di sini, tetapi ia juga menggalakkan perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Menteri Sumber Manusia sebelum ini M Kulasegaran juga menyatakan pelarian wajar diberikan hak bekerja di negara ini dan kanak-kanak mereka dihantar ke sekolah biasa.

Meskipun ia sebelum ini merupakan sebahagian daripada manifesto PH, hak pemegang kad UNHCR untuk bekerja masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa pelarian diberikan bantuan atas dasar kemanusiaan, tetapi mereka mesti dihantar pulang ke negara asal atau negara ketiga.

Ini selepas PN berdepan kritikan kerana mengumpulkan pendatang tanpa dokumen semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) gara-gara penularan wabak Covid-19, serta pernah menolak menerima kemasukan bot pelarian Rohignya daripada memasuki perairan negara.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob bertegas bahawa kerajaan mengambil pendirian tegas untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.

Kerajaan mahu menghantar pelarian tersebut pulang ke negara asal mereka, atau menghantar mereka ke negara-negara ketiga yang sudi menerima mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah yang sudi
Mwnghulurkan simpati
Kepada diriku ini...

Tetibe..teringat lagu raya..

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:08 PM | Show all posts
xder hak konon.. tu yg berniaga..bawak motor collect besi.. ade yg buat car wash... elok je haknye sama dgn warga negara...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:09 PM | Show all posts
a big NO...kecik ke tua ke semua sama lahanat...i hate rohignya, indon
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo aku jd pendidik, kowser ya nk didik anak2 rohingya ni
sukati la nak kedekut ilmu ke hapa kann
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 pun sepatutnya x berhak. Pi labalik tempat asal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
skolah rendah mmg percuma..
tp tk.boleh amik upsr.
skolah menengah kna byr levi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ada jer sek alternatif kat tempat aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pastu jadi bijak mcm tengku palsu rohingya celaka tu.dah bijak tuntut Sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macamtu semakin membiak la puak2 ni, nanti dah besar bleh claim macam2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 01:15 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-8-2020 04:11 PM
kalo aku jd pendidik, kowser ya nk didik anak2 rohingya ni
sukati la nak kedekut ilmu ke hapa kann; ...

jgn lupa ye sis tagline cikgu tak redha ilmu..takberkat gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 5-8-2020 01:15 AM
jgn lupa ye sis tagline cikgu tak redha ilmu..takberkat gituhhh

#cikgutakredha
#sistakredha
ok done
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:56 AM | Show all posts
unhcr keluar la blanje.. dah mintak sedekah atas name organisasi takkan buat bayar gaji aje kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by andromeda84623 at 5-8-2020 10:00 AM

This may sound cruel, inhumane, highly entitlted and privileged

But for me, selagi ada rakyat Malaysia yang duduk bawah jambatan, orang tua yang hidup merempat, yang tinggal dekat kampung pedalaman yang kena lalu jalan tanah merah berjam-jam untuk sampai ke pekan terdekat, Malaysian kids yang tak cukup makan and tak pergi sekolah sebab family miskin - jangan di tolong sangat segala pati and refugees ni.

Always prioratise our citizen's needs first.

Yes our ancestors pun were once a pendatang before. We got lucky that toknenek moyang kita dulu datang Malaya and kita lahir dekat sini.

But zaman dah berubah. Dulu zaman pre-Merdeka til early years after Merdeka, tok nenek kita datang naik kapal tongkang tak guna passport semua tu. Diaorang boleh cari kerja or earn a living dengan tak menyusahkan orang lain.

Nowadays you nak travel sila travel secara legal. Boarder control exist for a reason. Dah datang tempat orang illegally nak demand macam-macam pulak. To a point where sampai dah kacau basic rights of our own citizen.

Pung pang bising ratip migrants pun tolong bangunkan negara, migrant juga manusia, human rights semua tu. Those are just words and rhetoric yang tak ada guna satu sen pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:32 PM | Show all posts
rakyat malaysia ramai lg yg susah...baik bantu rakyat sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.331576 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list