"Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu, proses pengesahan di mahkamah masih berlangsung sehingga hari ini."
Isteri kedua Amar Asyraf, Vivy Jeffry berkata kepada Harian Metro bahawa pelakon itu memberikan kerjasama baik sepanjang usaha mereka menyelesaikan konflik rumah tangga.
Kredit foto: Harian Metro
"Saya berterima kasih kepada Amar kerana dia memberikan kerjasama yang baik untuk selesaikan masalah ini.
"Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mahkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami," katanya.
Tambahnya, dia sangat berharap proses perceraian ini diselesaikan secepat mungkin dan dia mahu meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak.
"Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai.
"Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya," ujarnya.
Rahsia Vivy yang sudah berkahwin dengan Amar beberapa tahun lalu terbongkar apabila muncul wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan aktor itu membuat pendedahan mengenainya. - CARI |