CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22119|Reply: 240

[Tempatan] Bunuh diri: Mereka yang ada kerja, tidak tahu perasaan orang hilang kerja

  [Copy link]
Post time 6-8-2020 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Bunuh diri: Mereka yang ada kerja, tidak tahu perasaan orang hilang kerja
KHAIRULANUAR YAHAYA
31 2 minutes read

MEMBACA berita seorang juruterbang membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 kerana hilangan pekerjaan hari ini, menunjukkan betapa teruknya tekanan perasaan yang boleh menimpa individu yang hilang sumber pendapatan.

Mangsa berusia 35 tahun yang tinggal di Bandar Kinrara itu dikatakan berbuat demikian selepas berdepan tekanan hidup apabila diberhentikan kerja sejak dua bulan lepas.

Bagi mereka yang tidak pernah merasa hilang pekerjaan mungkin menilai tindakan juruterbang itu sebagai tidak rasional. Mengapa mahu mengambil nyawa hanya kerana hilang pekerjaan? Tanya mereka.

Namun bagi mereka yang pernah melaluinya termasuk saya, akan mengetahui betapa sukarnya hidup selepas tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap.

Saya dan kawan-kawan lain kehilangan pekerjaan selepas syarikat Utusan Melayu (M) Berhad ditutup secara tiba-tiba. Notis pemberhentian diberikan pada hari syarikat hendak ditutup.

Gelap seketika mata tidak percaya tiba-tiba mendapat status sebagai penganggur. Lebih menyukarkan hidup majikan berhutang tunggakan gaji selama dua bulan. Dibuang begitu sahaja tanpa sebarang pampasan lebih menyukarkan perancangan hidup selepas itu.

Dengan sektor media yang tidak stabil dengan pengurangan tenaga kerja di sana sini, mencari pekerjaan dalam sektor yang sama bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi bila umur telah lebih 40 tahun. Amat sukar untuk mendapat sebarang tawaran atau diterima bekerja.

Bernasib baik, saya tidak mempunyai anak untuk ditanggung kerana belum berkahwin. Bertuahnya pada saat hilang pekerjaan hutang rumah dan kereta telah habis dilunaskan.

Pun begitu hidup masih memerlukan duit. Bil elektrik, telefon, air, saluran televisyen, penyelengaraan rumah masih perlu dibayar. Bergerak menggunakan kereta atau bas atau LRT masih memerlukan wang.

Ibu di kampung masih perlu diberi belanja. Urusan membayar bil elektrik dan saluran televisyen di kampung masih menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak.

Tanpa sebarang pampasan saya terpaksa hidup menggunakan wang simpanan yang ada. Nasib jenis menyimpan. Menggunakannya secara berjimat cermat. Setiap sen yang keluar dikira dan ditulis. Tiada langsung hiburan.

Hilang pekerjaan sememangnya mimpi ngeri. Tidur pada waktu malam sentiasa terganggu. Tiba-tiba sahaja terjaga di tengah-tengah malam adalah perkara biasa.

Bila terbangun terus berfikir sampai bila hidup begini. Cukupkan wang simpanan sehingga dapat pekerjaan lain. Hidup juga menjadi terasing dan anti sosial. Kawan ajak keluar minum dielak dengan pelbagai alasan.

Lebih membebankan perasaan apabila orang sekeliling asyik bertanya soalan yang sama. Kenapa menganggur? Kenapa dibuang kerja? Sedangkan sudah tersebar di alam maya di seluruh dunia berita syarikat ditutup kerana bankrap.

Ada juga yang asyik bertanya, sudah cari kerja? Sudah dapat kerja? Kerja di mana sekarang? Sementara dapat kerja buat apa? Soalan-soalan yang amat mendatangkan tekanan perasaan.

Malah ada rakan yang dibuang kerja mengalami stroke, ada yang dimasukkan ke dalam hospital kerana masalah jantung. Ada juga yang meroyan di media sosial tentang kesukaran hidup yang dialami.

Jadi kehilangan pekerjaan bukanlah satu perkara yang remeh. Hari ini hilang kerja, esok boleh dapat kerja. Tidak begitu. Ia memberi kesan psikologi kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Namun, ramai juga yang bertindak kreatif sementara mendapat semula pekerjaan yang sesuai. Mereka melakukan apa sahaja demi mengisi masa dan poket untuk belanja.

Ada yang membawa grab, ada yang menjual makanan, pewangi kenderaan, menjual sabun buatan sendiri dan lebih kratif membuat perabot. Walaupun tidak seberapa tapi masih ada wang untuk meneruskan kehidupan.

Saya sendiri bernasib baik kerana diajak beberapa rakan untuk membuka portal berita sendiri. Ya portal ini, Suara Merdeka.

Tanpa gaji yang tetap sekadar duit poket, sekurang-kurangnya masa terisi daripada terus memikirkan benda-benda yang boleh mendatangkan tekanan perasaan.

Alhamdullilah selepas lapan bulan menulis secara sukarela kerana minat, Suara Merdeka ‘dilamar’ oleh seseorang yang prihatin dengan nasib kami dan percaya dengan kebolehan kami.

Pun begitu kami masih perlu berusaha mencari pengiklan, artikel berbayar untuk mengisi akaun kerana dana yang diberikan terhad untuk tempoh tertentu sahaja.

Jadi kami dan andalah yang akan menentukan Suara Merdeka bertahan atau tidak.

Kepada majikan, janganlah sewenang-wenangnya membuang pekerja dalam waktu ini. Akan menjadi satu tragedi kepada mereka yang hilang pekerjaan ketika wabak Covid-19 melanda.

Bertindak kreatiflah, majikan boleh sahaja melakukan penjimatan dengan mengurangkan pendapatan pekerja yang bergaji tinggi. Malah pekerja juga boleh bertoleransi untuk pengurangan gaji kerana sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan.

Dan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan teruslah berjuang. Kerana hidup ini memang satu perjuangan. Lakukan apa sahaja yang termampu dan jangan lama-lama memendam perasaan. Hidup perlu diteruskan.-SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2020 01:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang tukang komen macam2 serupa bagus pun sama gak..cakap je pandai macam bijak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:27 AM | Show all posts
the great depression...
kalau boleh kita semua nak ellakkan dari berlaku benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa boleh ramal masa depan sendiri? ....covid yg datang ni pun tiada siapa tahu...hmmmm. .jadi kita jaga percakapan supaya orang yang terkena x terasa dan kita sendiri juga mungkin akan terkena juga....kita sendiri x boleh jamin kedudukan kita masa depan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum pkp iols fikir syarikat besar ada plan B dan simpanan yang cukup bertahun2. Rupanya bungkus & retrenched
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2020 01:43 AM | Show all posts
KIM.K replied at 6-8-2020 01:38 AM
Sebelum pkp iols fikir syarikat besar ada plan B dan simpanan yang cukup bertahun2. Rupanya bungkus  ...

ha'ah itu lah... tapi iols tahu syarikat2 semua takkan boleh bertahan sejak terlibat dalam saham dan pelaburan
kebanyakannya cukup2 makan je, airlines paling sedih sekali, banyak hutang, untung ciput.. tapi gaji director bermillion ke billion setahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 6-8-2020 01:43 AM
ha'ah itu lah... tapi iols tahu syarikat2 semua takkan boleh bertahan sejak terlibat dalam saham d ...

Kalau macamtu umpama mengkayakan director. Dubai royalty pun ada airline sendiri

Sekarang ni kak dude, makcik2 round kampung dengan anak/menantu inform tetangga anak dia cari apa2 kerja. Kadang bini carikan untuk laki


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah pernah berada ditempat tu.

Sebab tu aku middle finger kan sapa saja yg hina pekerjaan aku.. Prinsip aku simple.. Angpa bukan nak bagi duit kat aku..

Sapa yg tiba2 kehilangan kerja.. Satu ja aku minta.. Jangan malu utk rendahkan diri grab peluang kerja yg halal utk perut ang.. Org mengata.. Korang bg middle finger..

Janji dapur angpa berasap utk angpa bagi perut dan ahli keluarga yg angpa tanggung kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg hilang kerja masa ph ambil alih kerajaan selepas pru14 tak terbela.. tak macam sekarang byk bantuan yg dapat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Portal Suara Merdeka ni bagusnya dtg dari org2 yg berpengalaman dlm bidang tersebut. Harap makin maju sbb kerja sendiri . tak perlu ikut telunjuk boss

malaysians mmg dahagakan berita2 telus &bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:42 AM | Show all posts
Simpati pada depa. Selain hilang mata pencarian, ramai akan alami low self esteem & lead to depression. Moga tabah & kuat semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun antara yang terkesan dengan pkp. Hilang kerja. Company hutang pekerja 2 bulan gaji. Padahal director kerabat.

Memang tengah mengagau cari kerja. Denfan negeri tempat tinggal aku ni memang susah nak cari gaji yang attractive, aku memang lower my expectation. Admin gaji 2k pun aku apply je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 07:26 AM | Show all posts
yg pernah dpt gaji RM50K-RM55K pun tertekan jugak
sempat la merasa kerja 22 bulan
tapi sekarang gigih nak dpt jobs tu balik
sementera menunggu tu
setiap hari sidang TAK PERNAH nampak puak tu ponteng
tak dgr complaint aircond sejuk
tak dgr complaint tempat duduk sempit
hadap juga la
boleh la claim RM400 elaun kehadiran sehari  tak termasuk elaun hotel etc
jadi la
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:44 AM | Show all posts
Ini nasib baik PN, Kalau PH mahu lagi teruk jadinya.


Kena buang kerja mmg perit ,tanpa pendapatan bagaimana mahu meneruskan hidup yang tidak percuma ini.

Dari org sayang ,org jadi benci.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:45 AM | Show all posts
KIM.K replied at 6-8-2020 01:38 AM
Sebelum pkp iols fikir syarikat besar ada plan B dan simpanan yang cukup bertahun2. Rupanya bungkus  ...

bila kita berduit
si cukai cari kita sampai segala lubang
bila kita takde duit Si cukai bisu pekak dan buta.
Tapi orang POLITIK pandai  bailout syarikat2  kroni yg bermasaalah
si cukai tak mau bailout orang bayar cukai ke.


si Zakat ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jer dah pernah hilang keje. Yang pasti, zaman sekarang berqiblatkan social media, apa yang tak perlu semua dibeli sebab nak menayang. Kalau ukur baju pada badan sendiri, tiap bulan buat simpanan & tak malu buat kerja apa sahaja asalkan halal, akan ok lah kita mengharungi nature resetting itself yang kita semua hadapi sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 6-8-2020 07:47 AM
Ramai jer dah pernah hilang keje. Yang pasti, zaman sekarang berqiblatkan social media, apa yang tak ...

X usah percaya pada yg suka menayang di medsoc tu....tengok dan baca boleh ..percaya jangan ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:58 AM | Show all posts
Hanya mereka yang berada di tempat itu faham..Minta dijauhkan dari ujian yang berat.


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf ckp, xsemua mcm yg iol ckp ni. Tp ramai la jg. Org yg depress bila khilangan krje ni sllunya jnis org yg dah biasa hidup senang n suka mnunjuk2. Hati2 bila mnyang kt socmed or bila jumpa sdara-mara n kngkawan, dlm xsedar rmai yg meluat dlm diam sbnrnya sikap kta yg suka mnunjuk2 apa yg dibeli. Tggu masa je dorang nk mnyakitkn hati nti. Bila dah hilang keje time ni la dorang nk buat2 tnya hnya skdar nk perli or mnyakitkn hati (xsmua, ada jg yg betul2 take care sbb tu brtnya). Sbb tu rmai yg jd anti sosial mlas/malu nk brjumpa msyrakat. Nk merendahkn ego sapu apa2 keje bwahan, jatuh plk standart. Last2 sndiri yg depress. Klau org yg jnis low profil dr dulu cnfirm akn positif sllu, xdan nk depress terus laju je rembat apa saje pluang yg halal, jd promoter ke, grab food or brniaga. Blajar la pndg ke bumi sllu jgn sllu mndongak ke langit je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.080903 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list