CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3365|Reply: 29

[Tempatan] COVID-19. Berita 6 Ogos. Kes positif 15 (kes import 5, kes tempatan 10)

[Copy link]
Post time 6-8-2020 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Terkini #COVID19Malaysia 6 Ogos
Kes sembuh= 11
Jumlah kes sembuh= 8,713
Kes positif=  15
(kes import=5, kes tempatan=10)
Jumlah positif= 9,038
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 2
Bantuan Alat Pernafasan= 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2020 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 05:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 05:14 PM | Show all posts
PERINCIAN KES  BAHARU (15  KES)

WPKL – 2
1 kes  import BWN pulang dari Afrika Selatan  
1 kes jangkitan tempatan  BWN kes saringan pekerja asing dari Myanmar  

NEGERI SEMBILAN – 2
1 kes jangkitan tempatan WN saringan pekerjaan slps raya
1 kes jangkitan tempatan BWN saringan PATI

LABUAN-1
1 kes jangkitan tempatan  WN saringan di Pintu Masuk Utama Labuan

SABAH –4
2 kes import  WN pulang dari Filipina
2 kes import BWN  pulang dari Filipina

KEDAH – 6
6 kes jangkitan tempatan  saringan kluster PUI Sivagangga
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulim 5 kes katanya
Kubang pasu 1 kes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah Kedah juara.. Skrg dh tambah pertambahan kes.. Mungkinkah sebab berkumpul adek beradik masa raya haji.. Hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 05:22 PM | Show all posts
6 kes baharu dikesan di Kluster PUI Sivagangga.

Setakat ini, seramai 2,351 individu telah disaring. 30 daripadanya adalah positif dan 704 masih menunggu keputusan. Baki 1,617 adalah negatif.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2020 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 05:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:37 PM | Show all posts
takut plak td dgr  DG kata kluster ni cepat merabak compare 9 kluster sebelumnya...iols dok kulim kena jaga2 la
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyakyuyi replied at 6-8-2020 05:37 PM
takut plak td dgr  DG kata kluster ni cepat merabak compare 9 kluster sebelumnya...iols dok kulim ke ...

kes hari ni kulim area mana sis
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:40 PM | Show all posts
Bee_hwa replied at 6-8-2020 05:38 PM
kes hari ni kulim area mana sis

xsure la tp kluster sivagangga pny penangan la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg, seriously.. Iols dok kulim.. Harini senyap sunyi je info case covid ni.. Yg kes pekerja osram tu laju je beelum sempat KKM announce dh bertebaran infonya.. Sapa ada details ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bsn  Bagan Serai pun kena tutup sampai 20hb sbb staff dia covid19...dr cluster mamak nilah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bee_hwa replied at 6-8-2020 05:38 PM
kes hari ni kulim area mana sis

5 kes harini semua dari Karangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 06:06 PM | Show all posts
kesiannya mangsa kluster sivagangga..
tak pasal-pasal je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
littleblackcat replied at 6-8-2020 06:06 PM
5 kes harini semua dari Karangan..

i see..ramai jugak 5 terus kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 07:04 PM | Show all posts
Enam lagi kes baharu Kluster Sivagangga dikesan
| | 6 Ogos 2020


PUTRAJAYA - Enam daripada 15 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam negara hari ini dikesan daripada Kluster Sivagangga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kesemuanya merupakan kes generasi kedua kluster itu dengan lima daripadanya merupakan satu keluarga yang mempunyai sejarah mengunjungi salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kedah.

“Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga tersebut masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang akhbar harian mengenai perkembangan pandemik itu di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kes daripada kluster berkenaan pula mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarganya yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.

“Individu berkenaan mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos. Kes kemudiannya dikesan positif Covid-19 pada 5 Ogos 2020, dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Ahli keluarganya turut disaring untuk Covid-19 dan masih menunggu keputusan,” katanya menambah bahawa pihaknya akan meneruskan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini dan aktiviti pengesanan kes secara aktif.

Beliau berkata, sehingga hari ini, seramai 2,351 orang telah disaring dalam kluster berkenaan dengan 30 kes dikesan positif, 1,617 negatif manakala 704 lagi yang mana pensampelan diambil semalam, masih menunggu keputusan.

“Ingin dimaklumkan daripada siasatan yang dijalankan ke atas kes ke-9,023 dari Kulim (kes yang dilaporkan pada 5 Ogos), seramai 15 kontak rapat pesakit telah dikenal pasti dan disaring. Punca jangkitan kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Selain enam kes daripada Kluster Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata, empat lagi kes dikesan dalam negara melibatkan dua kes dalam kalangan warganegara dengan satu kes dikesan di Negeri Sembilan hasil saringan di tempat kerja dan satu lagi daripada saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Labuan.

Katanya, dua lagi kes melibatkan bukan warganegara dengan satu kes dikesan di Negeri Sembilan, daripada kes saringan tahanan yang merupakan pendatang asing tanpa izin dan satu lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daripada kes saringan komuniti bersasar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg neg 9 tu ms raya
Ape details nya tu
Beraya di mn

Tp ms raya hr tu 1 family je yg dtg rmh
Tu pun sbb nk bg daging korban je
Msk dh lh bnyk
Huhu


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089870 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list