CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8998|Reply: 116

[Tempatan] Alhamdulillah semoga abahPM dan si bijak TZafrul terus cemerlang

  [Copy link]
Post time 8-8-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 9-8-2020 04:59 AM

Ringgit dijangka kekal aliran meningkat minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan pengukuhan berbanding dolar AS minggu depan dipacu oleh angka kadar pengangguran lebih positif, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2020 lebih baik berbanding jangkaan serta kelemahan dolar AS, kata peniaga.

Walaupun begitu, pelabur akan mengikuti rapat perbincangan perdagangan antara pegawai tinggi Amerika Serikat (AS) dan China, yang dijadualkan pada 15 Ogos untuk meneliti semula pelaksanaan perjanjian perdagangan fasa 1 yang dimeterai pada pertengahan Januari.

Ketua pakar strategi pasaran global, AxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka kekal menjadi pilihan pelabur memandangkan hasil sebenar AS terus merosot.

Beliau berkata, ringgit/dolar AS akan diniagakan secara agresif dalam julat 4.1750 hingga 4.1950 minggu depan, dengan paras rendah dijangka melebihi garis aliran jangka panjang.

Bagaimanapun sekiranya China mengesahkan kembali komitmennya untuk meningkatkan import kacang soya dan tenaga dari AS, ini sekali gus menjadi persekitaran yang tidak menggalakkan bagi ringgit dan mungkin mempengaruhi prestasinya pada minggu berikutnya.

“Memandangkan kemelesetan ekonomi membelenggu ekonomi AS, maka negara itu masih tidak dijangka menolak perjanjian perdagangan berkenaan.

“Jadi situasi itu mewujudkan keadaan yang kurang negatif bagi mata wang seperti ringgit. Secara keseluruhan, kita akan menyaksikan permintaan semasa mata wang selamat, iaitu ke atas dolar AS berkurangan, yang sebaliknya akan memacu ringgit,” katanya.

Bank Negara Malaysia dijadualkan mengumumkan prestasi KDNK suku kedua 2020 pada 14 Ogos.

Penggiat pasaran menjangkakan angka KDNK rendah memandangkan pandemik Covid-19 mengakibatkan ekonomi ditutup sebahagiannya dalam tempoh tersebut.

Namun mereka yakin prestasi KDNK tetap lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain kerana Malaysia melonggarkan sekatan pergerakan lebih awal apabila berjaya mengekang peningkatan kes baru Covid-19.

Ringgit ditutup tinggi secara ketara berbanding dolar AS pada 4.1830/1900 pada Jumaat daripada 4.2380/2420 pada Khamis minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Jumaat lepas susulan cuti umum sempena sambutan Aidiladha.

Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0562 daripada 3.0806/0849 pada Khamis minggu lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9589/9667 daripada 4.0350/0400.

Unit tempatan juga stabil berbanding pound Britain kepada 5.4755/4864 daripada 5.5102/5176 minggu lepas dan tinggi berbanding euro kepada 4.9426/9517 daripada 4.9826/9882.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/08/ringgit-dijangka-kekal-aliran-meningkat-minggu-depan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn update2 yang positive dan mesra pelabur boleh nenarik lebih banyak investment. Jgn suka bergaduh mcm seseorang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Semoga Ringgit makin kukuh dan boleh la aku joget beli jam lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur ph tumbang haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-8-2020 12:20 PM
Alhamdulillah.. Semoga Ringgit makin kukuh dan boleh la aku joget beli jam lagi

Jam apa sarah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 8-8-2020 12:23 PM
syukur ph tumbang haha

tu semestinyaaa hahhaha

baru nampak LGE meroyan
rupanya sejenis suka meroyan ...

TZafrul
sitback senyum senyum ja
klu ada popcorn dalam parlimen
tentu beliau kunyah popcorn hahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 8-8-2020 12:24 PM
Jam apa sarah

Hahaha.. Fossil.. Aku tengah cari hybrid yg aku nak.. PS aku tanya bgtau dah habis kat jepun..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:27 PM | Show all posts
wow...herlok lahhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 8-8-2020 12:24 PM
tu semestinyaaa hahhaha  

baru nampak LGE meroyan

Itu bezanya org highly educated dgn accountant palsu. Org educated ada class tersendiri and come with fact bukan terjerit2 cari gaduh dgn org.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:48 PM | Show all posts
tu pentingnya kabinet ada pengalaman dlm industri
berbanding kabinet claim lulusan Aus
last last kantoi
tu pun ada yg ada hati nak sumbang dlm uncang tabung yg dilancar semlm
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 8-8-2020 12:48 PM
tu pentingnya kabinet ada pengalaman dlm industri
berbanding kabinet claim lulusan Aus
last last k ...

Dari bagi duit kat tabung tak guna duit.. Baik kita semua rakyat malaysia derma kat sekolah.. Bantu bakal2 pemimpin masa depan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-8-2020 12:26 PM
Hahaha.. Fossil.. Aku tengah cari hybrid yg aku nak.. PS aku tanya bgtau dah habis kat jepun..huhu ...

Iols beli Q&Q je pakai masa berkebun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 8-8-2020 12:51 PM
Iols beli Q&Q je pakai masa berkebun.

Q&Q mcm mana.. Share la chuols.. Iols mmg suka jam.. Hahahaaha..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-8-2020 12:52 PM
Q&Q mcm mana.. Share la chuols.. Iols mmg suka jam.. Hahahaaha..

Baru tau Q&Q ni Citizen punya. Iols suka benda2 cute

Pagi tadi terlepas 800 shopee coins. Laju betul orang claim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully semua investors yg cabut hari tu masuk balik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 8-8-2020 12:57 PM
Baru tau Q&Q ni Citizen punya. Iols suka benda2 cute

Pagi tadi terlepas 800 shopee ...

Uish.. Cantiknyaaa.. Pukul 12 semlm.. Iols gigih beli sabun basuh kain.. Hahahahahahaha.. Berjaya juga beli 10 botol dan 10 pek salonpas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-8-2020 01:00 PM
Uish.. Cantiknyaaa.. Pukul 12 semlm.. Iols gigih beli sabun basuh kain.. Hahahahahahaha.. Berjaya  ...

Iols beli manik kristal dan secateurs nak trim pokok untuk merancakkan ekonomi Malaysia dan poket sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 8-8-2020 01:03 PM
Iols beli manik kristal dan secateurs nak trim pokok untuk merancakkan ekonomi Malaysia dan poket  ...

Hihihi.. Iols pun beli utk rancakkan ekonomi.. Ni tengah hunt utk pasir & makanan kucing pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah, dalam 74 orang dapat yang cerdik pandai 30 orang tu pun dah okey sangat. Beberapa orang barisan depan bijak tak cari gaduh. Nak cari seratus peratus memang mustahil.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 8-8-2020 05:17 AM
adelea replied at 8-8-2020 04:24 AM
tu semestinyaaa hahhaha  

baru nampak LGE meroyan


Semua kenyataan apek tu disangkal dek tindakan bijak Tg zafrul..
Mana tak meroyan..
Ingatkan bijak rupanya tipu belaka daripada sijil sampai statement bodoh selama 22 bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082584 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list