CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1677|Reply: 5

[Politik] Adun Jeram keluar Bersatu join parti baru Atok . 80% ahli Bersatu pun akan kelua

[Copy link]
Post time 8-8-2020 02:48 PM | Show all posts |Read mode

AHLI Dewan Undangan (Adun) Jeram yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa hari ini.

Turut mengikut langkah beliau ialah 21 ahli jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli parti itu di Kuala Selangor.


Mohd Shaid berkata, langkah keluar dari Bersatu dilakukan selepas merasakan perjuangan asal parti itu tersasar dari objektif asal penubuhan iaitu melawan sebuah kerajaan kleptokrasi dan menjadikan Bersatu sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu.


"Selaku Adun yang dipilih oleh rakyat di kawasan ini, saya bertanggungjawab dengan mandat dan amanah yang di berikan, justeru saya ingin terus bersama dengan mereka sehingga mereka membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya bersama Jawatankuasa Bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu bahagian Kuala Selangor mengambil keputusan untuk keluar dari Bersatu pada hari ini dan menjadi Adun bebas.

"Kami juga akan terus menyokong kepimpinan dan perjuangan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Muhammad," katanya pada sidang media khas di Pejabat Bersatu Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata, 13 cawangan parti itu di Kuala Selangor turut terbubar secara automatik.

Katanya, Adun Klang dijangka akan turut menyertai langkahnya keluar daripada parti itu dan satu sidang media khas akan diadakan petang ini.

Mengulas sama ada beliau akan menyertai parti baharu yang akan diumumkan oleh Dr Mahathir, beliau memaklumkan, sekiranya ada parti itu, beliau akan menyertainya.

"Ada kebarangkalian besar, saya dan ahli Bersatu Kuala Selangor akan menyertai parti baharu itu," katanya.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang berasaskan perjuangan membela Melayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 02:52 PM | Show all posts
Adun ni tak takut Din Pagoh doakan dia busong ker?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 8-8-2020 04:26 PM

sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu...
.
only in Malaysia..masuk Islam je terus dari India/Cina jadi Melayu =.=||
sebijik kat MIC..tapiiiii perjuangan melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:38 PM | Show all posts
pasni Najib pulak masuk parti baru Mahathir. langsung Muhyiddin pulak jadi sasaran masuk jel.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 06:13 PM | Show all posts
tudia ketua biro undang2 parti baru mahathir laju je masuk

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 8-8-2020 04:24 PM
sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu...
.
only in Malaysia..masuk Islam je terus dari India/ ...

Ai think elok maintain mcm singapore.. mcm ras jawa kekal jawa ras  banjar kekal ras banjar ras minang kekal ras minang  , then buat parti masing masing gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061520 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list