CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49604|Reply: 106

[Jenayah] Update: Saksikan video 4 penguatkuasa MBSA dan peniaga Aceh di Mahkamah #105! Vi

[Copy link]
Post time 9-8-2020 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 12-8-2020 02:25 AM

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 9 Ogos 2020



SUNGAI BULOH - Polis akan memanggil seorang pemilik gerai burger bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Individu berkenaan telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.

"Dia turut memuat naik status berkemungkinan dirinya akan dibunuh atas tindakan memuat naik video di laman sosial," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Shafa'aton berkata, pemilik akaun Facebook itu juga tidak berpuas hati terhadap tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menyita gerai burger miliknya.

"Kita telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan MBSA," katanya.

Beliau berkata, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

"Maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat," katanya.



Shafa'aton berkata, pihaknya telah membuat enam serbuan di tempat berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

"Kita menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas lima tablet, satu modem dan wang tunai RM114 dalam serbuan itu," katanya.

Beliau berkata, manakala lima serbuan di tempat berlainan pula mendapati premis yang dinyatakan dalam keadaan berkunci.

"Kita terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuat pintu premis dan hasil pemeriksaan mendapati premis itu tidak beroperasi," katanya.

Dalam laporan Sinar Harian, semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

https://www.sinarharian.com.my/a ... iasatan-video-tular
Single Polls, Total 85 Users voted
10.59% (9)
89.41% (76)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2020 03:11 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:48 AM

Sidang media memburu Asri Janggut:

[fbvlink]https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/618483319095428[/fbvlink]

[fbvlink]https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/323835652140248[/fbvlink]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 03:14 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:42 AM

Respon MBSA yang defensif dan menyalahkan pengadu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 03:16 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:42 AM

Respon FB Polis Daerah Sungai Buloh dan banyak komen netizen kena delete


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 03:18 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:20 AM

Posting pengadu yang viral

[youtube]L72Xg-auqho[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 03:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya baik orang bisnes atsu pihak polis tidak boleh attempt merosakkan imej masing2. Orang meniaga pantang pihak lain mencuba merosakkan brand dia. Sebabtu hollywood buat filem pasal konglomerat menaja ahli politik gubal akta tertentu

If seseorang nak report perbuatan anggota polis ada salurannya sebab mereka penjawat awam bukan pembuli jalanan. Anggota boleh dikenakan tindakan sama macam staf JPA lain, buang, hurt KPI, pindah, gantung

Ko kena abuse, kena spin macamana pun  jangan jadi bodoh percuma. Jadilah cerdik sikit dalam buat apa2 tindakan





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 03:29 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:50 AM

Beribu komentar netizen tidak puas hati dengan berita ini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2020 03:52 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 07:55 AM

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat yang secara sukarela tampil ke hadapan untuk membuat aduan atau mendedahkan maklumat mengenai aktiviti rasuah. Akta ini mengalakkan orang awam dari semua sektor untuk mendedahkan aktiviti mengenai rasuah. Identiti pemberi maklumat dan maklumat yang diberikan disimpan secara sulit daripada mana-mana pihak. Pemberi maklumat juga diberikan imuniti dari sebarang tindakan sivil, jenayah atau tindakan tatatertib oleh kerana mendedahkan perbuatan rasuah.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 adalah salah satu undang-undang Malaysia untuk memerangi rasuah dan salah laku dengan mengalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindung orang yang membuat pendedahan mereka ini dari tindakan yang memudaratkan, untuk mengadakan peruntukkan perkara yang didedahkan itu disiasat dan diuruskan serta mengadakan peruntukkan bagi remedi yang berkaitan dengannya.

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 2010, dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. Objektif akta ini ialah untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam bentuk sulit ke atas maklumat, imuniti dari tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan ke atas tindakan yang memudaratkan yang diambil terhadap mereka. Perlindungan pemberi maklumat adalah salah satu usaha Kerajaan Malaysia ke arah menangani rasuah dan mengalakkan tadbir urus yang baik di bawah Program Transformasi Kerajaan.

Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat ini meliputi semua sektor awam dan swasta yang mendedahkan salah laku. Antara pendedahan yang hendak dibuat adalah salah guna kuasa, pelanggaran undang-undang dan standard etika, bahaya kepada kesihatan awam atau keselamatan, pembaziran, menyalahi undang-undang dan salah urus. Pendedahan hendaklah dibuat dengan “niat baik”  berdasarkan kepada “jujur dan alasan yang munasabah pada masa itu” tanpa mewajibkan bukti yang kukuh daripada pemberi maklumat itu. Kewajipan mengumpul bukti dtugaskan kepada unit siasatan daripada agensi-agensi penguatkuasa bagi memastikan bahawa pemberi maklumat tidak terjejas. Walau bagaimanapun, pemberi maklumat boleh menyediakan bukti sekiranya ia wujud secara sah dan boleh didapati melalui kerja mereka.

Pendedahan maklumat sulit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Seorang pemberi maklumat tidak akan dikenakan tindakan sivil atau liabiliti jenayah dan tidak ada proses pentadbiran boleh diambil terhadap pemberi maklumat kerana mendedahkan kelakuan tidak wajar.

Pemberi Maklumat
Seseorang yang memberikan maklumat mendedahkan perbuatan salah laku, kepada agensi penguatkuasa berkaitan (contoh: SPRM), bagi membolehkan agensi penguatkuasa itu memulakan suatu penyiasatan. Identiti pemberi maklumat itu tidak akan didedahkan dan perlindungan akan disediakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

https://www.sprm.gov.my/index.ph ... on-act-2010-act-711

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha time aku keje kat negeri xxwm dulu pusat judi cyber cafe 1 deret dgn balai. Bab2 pihak berkuasa ni kita x blh tegur. Kena husnuzon jah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hot Burger tu bukan pijo bekas janda si mawar tu punya ke? selama ni aku ingatkan pijo punya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:03 PM | Show all posts
otai_g replied at 9-8-2020 04:54 PM
Haha time aku keje kat negeri xxwm dulu pusat judi cyber cafe 1 deret dgn balai. Bab2 pihak berkuasa ...

hahaha...setuju...
ps: kesian asri...tak pasal2 dia pulak yg kena...tersalah saluran

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread da ada.

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1210555&mobile=2

Mod @Xim @FanTasyCreaTioN boleh katup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 04:05 PM | Show all posts
[fbvlink]https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/722963918544841[/fbvlink]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 04:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:13 PM | Show all posts
bila pihak berkuasa roboh kuil DAP rasuah jugak yang bising

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 04:14 PM | Show all posts
bila pihak berkuasa roboh kuil DAP rasuah jugak yang bising

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 04:17 PM | Show all posts
Sungai Buloh police deny allegations of inaction over illegal gambling activities
NATION Sunday, 09 Aug 2020



SUNGAI BULOH: Police have denied allegations of inaction over illegal gambling activities in the district.

This is in response to viral videos by "Hot Burger Malaysia" which was shared by Facebook user Asri Janggut on Saturday (Aug 8), claiming that police were in cahoots with illegal gambling syndicates.

Sungai Buloh OCPD Supt Shafa'aton Abu Bakar described the allegations made by the Facebook user as untrue and inaccurate.

"Two police reports have been lodged by the Sungai Buloh police station chief and an officer from the Shah Alam City Council (MBSA).

"His allegations could tarnish the image of the police force, especially that of the Selangor police in our efforts to curb illegal gambling in the state especially in Sungai Buloh," she told a press conference on Sunday (Aug 9).

She added that the police are investigating the matter and will call up the man who made the allegations.

"We will record his statement soon," she added

On Saturday, police also conducted six raids, resulting in the arrests of two Bangladeshi men, she added.

"The premises were not the ones highlighted by the Facebook user.

"We discovered the ones he alleged as illegal gambling dens were not in operation," Supt Shafa'aton said.

She also urged the public to come forward with any information on criminal activities but not in the manner that the Facebook user had done.

"Members of the public can also come and meet with me or my officers on any criminal incidents and activities

"We hope for the strong cooperation from people to combat crime," she said.

She also denied allegations made by the same Facebook user that the police report was leaked to the syndicates.

"Any information given to the police will be safeguarded.

"We never close one eye to criminal activities let alone be in cahoots with them," she said.

The Facebook Live videos, which went viral on Saturday had received more than three million views.

The Facebook user claimed that the police were in cahoots with illegal gambling syndicates while the smuggling of contraband cigarettes were also rampant.

He also complained of unfair actions of the MBSA in seizing his burger stalls

Police also conducted a total of 11 raids on illegal gambling dens in Sungai Buloh since early this year, Supt Shafa'aton said.

"The last of the raids were conducted two weeks prior to the videos going viral.

"The 11 raids resulted in the arrests of 10 caretakers and 13 players.

We also seized five laptops and 39 tablets during the operations," she added.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2020 04:31 PM | Show all posts
Video MBSA bagi alasan...

[youtube]M0ZZicTKj3g[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 05:26 PM | Show all posts
Saya ada tengok video dia Di Facebook semalam.

Macamana ni orang yang viralkan diburu adakah dia memfitnah pihak berkuasa?  

Macamana dengan kedai aceh dan kedai judi tu sedangkan store dia selalu kena hangkut?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086703 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list