View: 7124|Reply: 31
|
[Tempatan]
Ajaran Ayah Pin versi baharu didakwa bertapak di Lembah Klang
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 12:33 PM
Ajaran Ayah Pin versi baharu didakwa bertapak di Lembah Klang
NORAFIZA JAAFAR | | 9 Ogos 2020
Acara yang menghimpunkan pelbagai agama seperti yang didedahkan Facebook We Are All Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR - Ajaran sesat yang dikatakan menyerupai Ayah Pin didakwa mula bertapak di Lembah Klang.
Menerusi Facebook We Are All Firdaus Wong yang mendedahkan perkara itu, sebuah kuil beralamat di Puchong dikatakan menjadi lokasi penganut ajaran agama itu berkumpul.
Memetik perkongsian tersebut, kuil berkenaan didakwa menghimpunkan ajaran pelbagai agama termasuk Islam.
"Malah simbol-simbol agama di sana juga ada kaitan dengan fahaman pluralisme. Fahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya," menurut perkongsian tersebut.
Perkongsian sekitar jam 11 pagi tadi turut berkongsikan beberapa keping gambar yang didakwa berkait dengan ajaran sesat tersebut.
Simbol pelbagai agama yang terdapat di pintu kuil berkenaan.
Ia termasuk terdapat sekumpulan lelaki bersongkok dipercayai beragama Islam berkumpul dalam satu acara dalam kuil yang turut dihadiri penganut Buddha.
Dalam perkongsian sama, turut dipaparkan simbol agama Islam, Kristian dan lain-lain terdapat pada pintu masuk kuil berkenaan.
Sehingga jam 3 petang ini, perkongsian itu mendapat 781 tanda suka dan 195 komen, malah ada antaranya terkejut dengan pendedahan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi Sinar Harian hari ini memaklumkan pihaknya akan menyiasat berhubung dakwaan tersebut.
"Sehingga kini saya tidak menerima apa-apa laporan berhubung ajaran sesat ini, namun saya akan membuat semakan dengan Jabatan Penguatkuasaan Jawi.
"Sebarang perkembangan saya akan maklumkan kemudian, " katanya ringkas.
https://www.sinarharian.com.my/a ... pak-di-Lembah-Klang
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 9-8-2020 12:45 PM
[youtube]deIiLLdiFZM[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
bagi generasi y dan z yg tak sempat mengenali ayah pin.
sini ada gambo beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak payah berangan nak ada unity in diversity bagai...
kat Malaysia cuma ada 2 agama
agama melayu dan agama kaper
titik
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betol orang vongok dalam dunia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak Sis. Persatuan ini tidak menggabongkan ajaran semua agama yang lambangnya ada disitu (termasok lambang Bahaism). In fact, mereka mengiktiraf kewujudan dan kebeneran kesemua agama itu, termasok Bahai. Ianya bukan fusion agama agama seperti agama "Din Illahi" atau "Sikhsm" di awal penemuannya).
Ianya macam menyambut sajak Ibn Arabi (yang di gelar "the Syeikh" dan bukan Ibn Arabi kaki tafsir}. Salah satu sajaknya ialah:
“My heart holds within it every form,
it contains a pasture for gazelles,
a monastery for Christian monks.
There is a temple for idol-worshippers,
a holy shrine for pilgrims;
There is the table of the Torah,
and the Book of the Koran.
I follow the religion of Love
and go whichever way His camel leads me.
his is the true faith;
This is the true religion.”
Atau sajak seorang lagi penyajak Sufi Jalaluddin Rumi (yang digelar the Maulana) e.g.
Come, come, whoever you are.
Wonderer, worshiper, lover of living,
It doesn't matter even if you have broken your vows a thousang times
Ours is not a caraven of despair
Come yet again, come come
Pastinya pakar pakar aurat dan pakar hukom cukor bulu dalam Isle tak faham dan ingat ini ajaran baru......Prrrrrrrrrrpffftght
Wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap ide2 atheist seperti evolusi dan graviton x diajar
takut forumer2 sini x dpt bekap dari propesor maideen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut teman2 bangsa india aku,depa slu ckp semua agama adalah sama..Tuhan ada 1 jugak..ckp mmg senang Tuhan tu satu..tp Tuhan yg mana kamu percaya?kalau dah terang2 sembah sembah batu ni...tu la syirik yg plg besar...walahualam...aku terang kat depa..Allah Tuhan kami tunggal dan 1..tiada anak dan tidak diperanakkan...berdiri sendiri..tidak menyerupai mana2 makhluk.Titik. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 lalu depan ni.. Xtau pulak macam ni. Ingatkan persatuan amal apa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah Pin yang pakai Tee Shirt putih tu ka Bangcak? Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffffftght
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes ngaji tak abis.tapi pakai serban.
|
|
|
|
|
|
|
|
Attendees yang muslim nampak macam dari satu tarikat yang terkenal. |
|
|
|
|
|
|
|
kucim replied at 9-8-2020 11:47 PM
Menurut teman2 bangsa india aku,depa slu ckp semua agama adalah sama..Tuhan ada 1 jugak..ckp mmg se ...
tuhan memang ada satu saja..mana ada bnyak
takda sapa pun tahu tuhan yg satu tu ada di mana atau rupa dia bagaimana |
|
|
|
|
|
|
|
Semua agama adalah agama Allah...yang membezakan Islam dengan yang lelain ada satu benda...iols tak berapa ingat, uluhiyyah, rububiyyah, apa entah lagi satu...so yang salah satu ni lah yang membezakannya...dulu meols amik minor agama Islam masa kat uni, kengkonon senang la nak skor kan pastu ada la satu seminar ni, weols wajib datang. Semua ketua agama dipanggila, tok imam, tok sami, father, satu lagi sikh tak silap...tok sami ni bleh plak cakap, semua agama adalah sama..dan2 muka ustaz tu berubah dan tampak risau. Lepas je abes tu, masa kelas, ustazah weols terangkan balik, ada satu benda yang membezakan agama Islam dengan yang lelain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|