CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 7

[Tempatan] Guru tuisyen curi 21 helai pakaian ditahan

[Copy link]
Post time 10-8-2020 12:14 AM | Show all posts |Read mode



Foto hiasan.


Guru tuisyen curi 21 helai pakaian ditahan
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my







KUALA LUMPUR: Seorang guru tuisyen ditahan ketika cuba mencuri 21 helai pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 di sebuah butik pakaian di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh petugas di butik pakaian berkenaan bersama kesemua pakaian yang cuba dicuri di pintu keluar premis terbabit dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata tindak tanduk suspek yang mencurigakan dikesan seorang penyelia di situ selepas terlihat suspek memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg milik butik pakaian terbabit.

"Suspek dilihat tidak membuat sebarang pembayaran dan terus keluar menyebabkan penggera pada alat pengesan di pintu keluar butik itu berbunyi.

"Penyelia butik terbabit kemudian menahan suspek selepas dia gagal menunjukkan resit pembelian sebelum melaporkannya kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang membawa hukuman 10 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Polis turut merampas barang kes terdiri daripada 21 helai pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 yang cuba dicuri suspek dalam kejadian itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 12:17 AM | Show all posts
Semoga pencuri itu insof.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni ke yg kena tahan dekat zara mid valley? Duduk 4jam, beli selai je? Lg 21 helai kantoi? dekat fb ada je sebar gambar dia. Lawo orgnya pakai branded atas bawah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorrr memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 10-8-2020 12:24 AM
Minah ni ke yg kena tahan dekat zara mid valley? Duduk 4jam, beli selai je? Lg 21 helai kantoi? :lol ...

Berita ni kata cikgu tuisyen...kat twitter bgtau pompuan tu miss beauty internasionale..ambassador..tv talent...
Org yg sama ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
google td kluar gmbar yg xcnsored skli ig tp akaun private xleh skodeng lifestyle camno. tabiat kot mncuri ni wlau mmg mmpu bli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 04:08 AM | Show all posts
fuh byk naw nk wat kenduri ke apa tema berpakaian dalam
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 10-8-2020 01:23 AM
Berita ni kata cikgu tuisyen...kat twitter bgtau pompuan tu miss beauty internasionale..ambassador ...

I rasa berita ni yg salah. Sbb jumlah wang n baju tu mmg sama mcm gmbar yg tersebar tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064315 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list