Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
578
View
6
Reply

[Dunia] Di Rwanda, tak pakai pelitup muka atau langgar perintah kuarantin, pesalah akan diberi ceramah di stadium dari 9.00 malam sampai Subuh esok. Non-stop!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-8-2020 12:39 AM | Show all posts |Read mode
Kena ceramah sepanjang malam jika langgar perintah berkurung
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 9 Ogos 2020

KIGALI - Penduduk Rwanda yang melanggar perintah berkurung atau tidak memakai pelitup muka akan dihantar ke stadium untuk diberikan ceramah sepanjang malam tentang bahaya koronavirus (Covid-19).

Langkah itu dibuat selepas data rasmi menunjukkan kira-kira 70,000 individu masih berdegil untuk mematuhi perintah berkurung yang bermula jam 9 malam (waktu tempatan) dan pemakaian pelitup muka yang telah diwajibkan kepada kesemua penduduk.

Sesi ceramah itu yang diawasi pengawal bersenjata akan berakhir menjelang waktu subuh dan mereka yang terlibat akan dihantar pulang dengan perintah ketat untuk menjalani kuarantin sendiri.

Mereka yang enggan menyertai sesi ceramah itu turut diberi pilihan untuk membayar denda berjumlah 25,000 Rwandan francs (RM108).

Di Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia pihak berkuasa juga mengambil tindakan tegas ke atas individu yang melanggar protokol kesihatan ditetapkan termasuk yang gagal mematuhi jarak sosial dan memakai pelitup muka.

Individu yang didapati berbuat demikian dikenakan hukuman perlu melakukan 'push up' dan membersihkan sampah di sekitar kawasan rondaan pihak berkuasa. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-8-2020 12:44 AM | Show all posts
hukuman ringan je tu, kalo di msia dah kena seribu tau. u have?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh digunakan kat malaysia.. Aku dgn suka rela jadi org yg tolong berletiaq... Apa guna aku belajar berletiaq dari makcik2 bawang PPRT aku.. Kalau tak digunakan utk kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 10-8-2020 12:44 AM
hukuman ringan je tu, kalo di msia dah kena seribu tau. u have?

org malaysia kaya...takat seribu tuh apalah sgt...xpercaya? ramai jerk kuar xpki mask...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:50 AM | Show all posts
Adakah Rwanda di perintah oleh sebuah parti Isle yang suka berceramah? Adakah lobai yang membawa uncang derma semasa ceramah itu di jalankan?

Mungkin itulah diantara pertanyaan yang bermain dikepala rakyat marhaen.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:00 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 10-8-2020 12:46 AM
org malaysia kaya...takat seribu tuh apalah sgt...xpercaya? ramai jerk kuar xpki mask...

ishh yeke kaka, ai kuar xpakai mask pon leh mengigil tau, takut ada mata2 yg memerhati utk saman ai, matikk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:37 AM | Show all posts
salamon replied at 10-8-2020 01:00 AM
ishh yeke kaka, ai kuar xpakai mask pon leh mengigil tau, takut ada mata2 yg memerhati utk saman a ...

kan sis, kite sedar kite ni xberduit sgt mcm depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list