Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7431
View
158
Reply

[Tempatan] Order makanan secara ONLINE. Baca DULU review pengalaman pelanggan sebelum nak order. Contoh kes order butter chicken

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-8-2020 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Pesan butter chicken tapi dapat ala-ala ayam masak lemak, suami siap alter tambah serbuk telur masin - “Syukur tak sakit perut walau rasanya tak sedap” - Viral | mStar
Ahad, 09 Ogos 2020 12:00 PM
3-4 minutes

SEBUT mengenai ayam mentega atau lebih dikenali sebagai 'butter chicken', pasti kita membayangkan ketulan isi ayam yang dipotong kecil dan disaluti kuah berasaskan mentega yang pekat dan likat.

Namun lain pula halnya dengan pasangan suami isteri ini apabila menu butter chicken yang dipesan dari sebuah restoran, tidak seperti yang dibayangkan.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan 'butter chicken' yang dipesannya ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan rupa sebenar menu berkenaan.

Meraih sehingga 5,100 retweet dan 3,300 like, perkongsian tersebut juga dibanjiri komen netizen yang turut sama meluahkan rasa kecewa, namun ada yang terhibur melihat pesanan pelayar berkenaan.


Posting yang dimuat naik oleh Amalina menjadi tular di Twitter.

"Adakah itu taugeh? Nampak lebih kepada taugeh masak lemak berbanding butter chicken," komen seorang netizen.

Bagaimanapun, ramai daripada netizen turut berkongsi lokasi kedai yang menjual menu butter chicken yang enak, malah ada yang siap berkongsi resepi dengan pelayar berkenaan.

Bercerita kepada mStar, pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina berkata dia membuat dua set pesanan bagi menu berkenaan untuk dinikmati sebagai makanan tengahari bersama suami, menerusi aplikasi sebuah syarikat penghantaran makanan.

"Bermakna saya membayar RM24 untuk dua set dan belum termasuk caj penghantaran. Apabila makanan sampai dan saya buka bungkusannya, dah nampak lain macam.

"Kuah yang diasingkan dalam plastik nampak cair dan putih. Bila tuang atas nasi, semua ke bawah sebab cair sangat sedangkan kuah butter chicken sepatutnya pekat," kata wanita berusia 26 tahun dari Shah Alam, Selangor ini.


Imej tangkap layar ulasan (review) yang dilakukan Amalina dan seorang lagi pelanggan mengenai menu yang dipesan dari restoran yang sama.

Sungguhpun kecewa, namun dek kerana mahu mengisi perut yang kelaparan, makanan tersebut tetap dijamah.

"Tengok rupanya saja dah kecewa, tapi apabila menjamah dan rasanya tak seperti yang diharapkan, perasaan kecewa tu bertambah-tambah.

"Suami siap 'alter' tambah serbuk salted egg untuk bagi sedap dan tak hambar. Harga yang dibayar tu seperti tak berpadanan dengan pesanan yang dapat," katanya sambil menambah, ia adalah pengalaman pahit pertama sepanjang membuat pesanan menerusi syarikat penghantaran makanan.


'Rupa' sebenar menu butter chicken sebagaimana yang dikongsikan beberapa pelayar di ruangan komen terhadap perkongsian Amalina. Foto: h_jorn

Serik dengan apa yang berlaku, Amalina yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, pengalaman tersebut mengajarnya untuk lebih teliti sebelum membuat pesanan makanan pada masa akan datang.

"Sebelum ini, biasa buat pesanan dengan satu syarikat penghantaran makanan yang lain. Puas hati sebab ada disertakan gambar hidangan tapi yang ini tak ada.

"Kebetulan hari kejadian, kami hanya pilih buat pesanan dari restoran yang berdekatan saja sebab agak lapar. Apapun, syukur kami tak alami sakit perut walaupun rasanya tak sedap," ujarnya menutup bicara.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-8-2020 12:54 AM | Show all posts
banyak sangat duit korang

simpan duit tu dalam bank lagi bagus

lepas tu belajar masak sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman aku.. Sebab kan aku support bisnes local .. Aku ada beli nasi putih ayam butter.. Aku tak pernah masak ayam butter ni.. Jadi aku beli sbb nak tau rasanya dan cuba masak esoknya.. Aku beli juga tauhu begedil.. Bila sampai.. Aku ingatkan ayam byk la.. Dah harga rm10..rupanya ads 6 ketul ayam kecik.. Tauhu begedil pulak walaupun daging.. Tapi puas aku kuis2 cari daging.. Tak jumpa.

Kesimpulannya...nak beli makanan cod.. Jangan tgk review atau gmbar saja tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku geli jenis sellers yg prepare makanan dirumah ni. Rumah sendiri boleh buat sesuka hati je kan. Silap2 ada yg bogel je sambil masak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 01:10 AM
Pengalaman aku.. Sebab kan aku support bisnes local .. Aku ada beli nasi putih ayam butter.. Aku t ...

Yg jual tu mesti depa masak pakai piok/kuali aluminium atau Teflon. Bahaya tu. Elok masak sendiri guna bekas yg lebih selamat - stainless, cast iron atau glass/ceramic....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 05:26 AM | Show all posts
Semejak Covid19 ni nak beli coffee dan sandwiches di cafe ataupun di fuel station pun saya tak berani.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 05:50 AM | Show all posts
sejak covid melanda, byk yg menjual makanan seperti pepatah bagai cendawan tumbuh melata selepas hujan...

klu beli on9, part review paling penting kne baca sebelum beli..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk bdk2 pon berani jual makanan on9 dpt sambutan pulak tu..klu aku dulu2 msk zmn sekolah mmg fmly x lalu nk mkn..cikgu2 pon lalu nk beli bdk2 msk..klu aku kembang tekak..melainkn msk dpn mata aku.Baru2 ni jumpa pekerja indon lama aku,tanya buat apa skrg jual kuih on9..sebijik 80 sen katanye..konfiden ye derang mjual rege yahudi pon laku keras.aku ckp kat suami aku org sekarang deria rasa mcmana ye..kuih yg x sedap pon derang leh mkn..mudahnye berpuas ati..klu dpt karipap lembik,mengerutu,bentuk x lawa..dh la byr rege mhl2..utk x off topic..aku npk pon mcm togeh dgn tauhu msk lemak putih..mcm sup pon ye..x baik la aniaya org.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-8-2020 05:16 AM
Aku geli jenis sellers yg prepare makanan dirumah ni. Rumah sendiri boleh buat sesuka hati je kan. S ...

Kalau iols.mmg x beli sebarangan home made seller..rsanya tak penah beli dgn mereka kecuali dri kwn2 ofis yg mmg iols pasti mereka masak mcmmna..
Biasanya beli dr grabfood,foodpanda dll restaurant yg offer delivery services atau khidmat runner lalamove/bungkusit
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-8-2020 05:16 AM
Aku geli jenis sellers yg prepare makanan dirumah ni. Rumah sendiri boleh buat sesuka hati je kan. S ...

Kan.. Aku pulak sbb penah p rumah kawan2 aku yg berniaga.. Mmg masakan dia org sedap.. Tp rumah dia.. Dapur dia.. Tobat aku dah lps tu.. Geli tekak.. Berlumut2 kat sink dapur.. Kat paip tu kuar hitam2 x bersental.. Kembang tekak oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 10-8-2020 06:14 AM
Aku tgk bdk2 pon berani jual makanan on9 dpt sambutan pulak tu..klu aku dulu2 msk zmn sekolah mmg fm ...

Ade penjual air jus mangga dekat simpang rumah aku ajak aku berniaga kuih kuih.. Bl aku ckp aku x reti buat kuih.. X sedap nanti rugi gan malu je.. Dia ckp ' Ala kak org skrg beli bukan kisah bab rasa pun.. Yg penting ada benda nak makan, dah lapar bedal je' tersentak aku.. Patut la org skrg ni berniaga jarang nk jumpa yg btl2 sedap memasak.. Blm lg fan tahap kebersihan nye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 10-8-2020 06:20 AM
Kan.. Aku pulak sbb penah p rumah kawan2 aku yg berniaga.. Mmg masakan dia org sedap.. Tp rumah di ...

Aha..geli kan ina membayangkan Apatah lagi npk dgn mata kepala sendiri..
Bg kita yg mengutamakan kebersihan ni mmglah akan memilih maklumlah makanan yg akan jd darah daging..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-8-2020 06:59 AM | Show all posts
kalau Facebook, IG etc
asal kita bagi review tak OK, sure admin DELETE
kalau portal food delivery
seller tak boleh delete

paling penting baca kenapa ada STAR 1 dan 2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-8-2020 05:20 AM
Yg jual tu mesti depa masak pakai piok/kuali aluminium atau Teflon. Bahaya tu. Elok masak sendiri  ...

Teflon bahaya ke appa?...
Aku x suka guna piyuk yg permukaan hitam mcm teflon tu....rasa mcm tak selamat....

Aku guna induction cooker jd aku blh guna ceramic & stainless steel je...caserol yg kaca tu pun x blh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-8-2020 05:20 AM
Yg jual tu mesti depa masak pakai piok/kuali aluminium atau Teflon. Bahaya tu. Elok masak sendiri  ...

Ang ni. Memandai ja tuduh depa.. pernh tengok depan masak kat rumah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 10-8-2020 06:20 AM
Kan.. Aku pulak sbb penah p rumah kawan2 aku yg berniaga.. Mmg masakan dia org sedap.. Tp rumah di ...

Ina....

Kwn aku pun ada cite, kwn dia meniaga n.lemak...satu hari tu, beriya iya ajak kwn aku dtg rumah....dia baru hbis meniaga, kwn aku pun ikut le....mak aiiii...klu bersepah tak keemas dia kata blh paham lg sbb tak sempat kan pepagi nk kuar meniaga, ini dgn lantai yg mgkin x bermop dah sebln, dapur berlendir berlumut semua cukup....

Tu dia kata, gerun tgok org meniaga mcm ni....kat gerai nmpak bersih....tapi kt rumah, tak tau nk ckp mcmana
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:40 AM | Show all posts
pyropura replied at 10-8-2020 05:16 AM
Aku geli jenis sellers yg prepare makanan dirumah ni. Rumah sendiri boleh buat sesuka hati je kan. S ...




Imaginasi ko


Bukan main lagi

Gatal !!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:41 AM | Show all posts
ina_na replied at 10-8-2020 06:20 AM
Kan.. Aku pulak sbb penah p rumah kawan2 aku yg berniaga.. Mmg masakan dia org sedap.. Tp rumah di ...




Yuckssssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:48 AM | Show all posts
Paz memang tak gemar order makanan online. Kecuali dari IG kawan-kawan yang kenal or dari restoren.

Orang meniaga ni pun, betul-betul lah sikit. Bukan senang kot nak dapar RM12 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:52 AM | Show all posts
bukannya nak riak yach, tapi meols memang boleh masak la kalau setakat lapar butter chicken.. ayam, tepung goreng, telur, butter, susu sejat, daun kari, cili padi sikit & bawang holland sikit untuk garnishing. menu campak-campak je, tak payah nak adjust dengan garam, gula, ajinomoto bagai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list