CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 12

[Tempatan] Tanam `timun baby' berbaloi

[Copy link]
Post time 10-8-2020 04:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2020 12:54 PM




Ab Halim dan Sudayang Amalisa menunjukkan timun baby yang ditanam di kebun mereka di Kampung Kekabu, Rantau Panjang - Foto NSTP/Syaherah Mustafa


Tanam `timun baby' berbaloiOleh Syaherah Mustafa
bhnews@bh.com.my





RANTAU PANJANG: Pengalaman bekerja dalam sektor pertanian di Korea memberi idea kepada sepasang suami isteri untuk mengusahakan 'timun baby' yang memberi pendapatan belasan ribu ringgit sebulan.

Pasangan Ab Halim Abd Rani, 21 dan isteri, Sudayang Amalisa Che Man, 21 mengusahakan tanaman itu yang turut dikenali sebagai timun tikus sejak setahun lalu, di tanah seluas lebih 0.2 hektar di Kampung Banggol Kekabu, Lubok Stol, di sini.

Ab Halim berkata, beliau dan isteri sebelum ini menimba pengalaman di Korea dengan berkerja sebagai petani serta memetik buah selama enam bulan sebelum kembali ke kampung dan mengambil keputusan mengusahakan tanaman itu.

"Kami lebih selesa bekerja di kampung namun cara kerja, kerajinan serta ketelitian orang di sana kami jadikan sebagai contoh agar bidang yang kami ceburi ini membuahkan hasil.

"Bermodalkan RM10,000 hasil pinjaman daripada adik-beradik, kami mulakan pertanian dengan mengusahakan tanaman cili dan terung sebelum diteruskan lagi dengan menghasilkan timun baby memandangkan ia memberi pendapatan lumayan.

"Hanya kami berdua yang mengusahakan kebun ini bermula daripada menyemai anak benih sehinggalah proses mengutip sebelum ia dibungkus dan dihantar ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, untuk dijual secara borong," katanya ketika ditemui di kebun miliknya di Kampung Kekabu, di sini, hari ini.

Timun baby adalah sejenis tanaman seperti timun biasa tetapi dengan saiz lebih kecil dan rangup, sesuai dibuat ulam-ulaman dan acar.

Ab Halim berkata, timun baby dijual pada harga RM5 sekilogram namun harganya lebih murah jika dijual borong iaitu RM7 untuk lima kilogram (kg) bergantung kepada pasaran semasa.

Dia yang juga bapa kepada seorang cahaya mata berusia setahun, berkata setiap hari mereka mengutip pada sebelah pagi dan petang dengan hasil sehingga 200kg timun baby sehari sebelum dijual kepada pemborong tiga kali seminggu.

"Selain itu, kami juga perlu memastikan tanaman timun baby ini sentiasa mendapat air yang mencukupi termasuk semburan baja tiga kali sehari selain memerlukan cahaya matahari secukupnya agar dapat menghasilkan buah yang berkualiti.

Beliau juga mengikuti beberapa kursus tanaman selain belajar melalui pembacaan dan mencari maklumat dalam talian untuk menambah ilmu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 05:07 AM | Show all posts
kt fb kena kecam pasangan ni sbb org dok pertikaikan dia kerja kt korea pakai visa kerja atau visa pelancong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 05:13 AM | Show all posts
mijot replied at 9-8-2020 01:07 PM
kt fb kena kecam pasangan ni sbb org dok pertikaikan dia kerja kt korea pakai visa kerja atau visa p ...

Dia menggunakan visa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
0.2 hektar tu, tak lah besar mana.....

Betul ke blh dpt berbelas ribu sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap timun baby ni..lg sedap drpd timun jepun bagi aku. timun jepun tu kadang2 pahit sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:48 AM | Show all posts
esok time lambakan & harga jatuh, kau salahkan kerajaan la, jabatan pertanian la, fama la, sebab tak beli hasil timun kau..bukannya tak pernah jadi ye, ada petani terpaksa buang semata timun kecik ni, sebab takde pasaran.. dia tanam sebab syok ssendiri.. sebenarnya timun kecik ni market tak besar.. negeri-negeri pantai timur je banyak consume..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Timun time harga jatuh plg suffer
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:51 AM | Show all posts
Timun ni lebih baik sebab kurang getah dan harga dia  mahal sedikit.


Aku prefer timun ni ...atau timun Jepun .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 07:54 AM | Show all posts
Tahniah. Semoga berjaya.

Paz suka timun baby ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain tu dia boleh hasilkan pickle /jeruk dari timum..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:07 AM | Show all posts
baik tanam terung cina kurang2 boleh buat jus
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:17 AM | Show all posts
ye hasil pertanian ni kalo time harga tinggi rasa berbaloi penat lelah kerja dari awal pagi serta kerja time pans terik.. tapi masa rege murah... hati .. tuhan je yg tau... siap makan modal lagi..

so far yg harga rendah masih ok.. tanam cili masih berbaloi.. bukan la sampai jutawan tapi boleh la...

aku sokong org yg bercuck tanam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:50 PM | Show all posts
  1. Selain itu, kami juga perlu memastikan tanaman timun baby ini sentiasa mendapat air yang mencukupi termasuk [color=Red]semburan baja tiga kali sehari[/color] selain memerlukan cahaya matahari secukupnya agar dapat menghasilkan buah yang berkualiti.
Copy the Code


Biar betul, baja 3 kali sehari??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071121 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list