CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4405|Reply: 62

[Tempatan] PTPTN - dah hutang sila bayar. PH mmg nak hapus hutang tp tak sempat

[Copy link]
Post time 13-8-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by zamzam at 13-8-2020 10:39 AM

PTPTN catat keuntungan pelaburan SSPN RM118.46 juta
MOHD HAFIZ ISMAIL
12 AUG 2020

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencatat keuntungan pelaburan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM118.46 juta bagi tempoh setengah tahun pertama tahun 2020.

Dalam satu kenyataan, PTPTN berkata, keuntungan pelaburan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 19.66 peratus berbanding RM99 juta bagi tempoh yang sama tahun 2019.


"Peningkatan keuntungan ini disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.

"Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang berjaya mengurangkan tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu di peringkat global. Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, impak pandemik Covid-19 pada tahun ini ke atas ekonomi negara menjadi cabaran bagi PTPTN dalam menguruskan pelaburan dana SSPN demi melindungi kepentingan pendeposit.

"Untuk itu, PTPTN telah mengambil langkah mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala.

"Di samping itu, strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah juga dilakukan bagi memastikan kadar pemberian dividen yang kompetitif berbanding institusi-institusi kewangan yang lain," katanya.

Menurutnya, penularan wabak Covid-19 telah memberikan impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia termasuk ekonomi dan pasaran kewangan tempatan.

"Namun begitu, kepercayaan dan sokongan pendeposit SSPN kekal utuh dan sentiasa berterusan menyimpan di dalam SSPN bagi tujuan pendidikan anak-anak walaupun dalam situasi yang mencabar ini.

"Buktinya rekod pencapaian SSPN bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini terus meningkat. Jumlah deposit yang diterima adalah sebanyak RM682.02 juta berbanding RM425 juta pada tempoh yang sama tahun 2019. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM257.02 juta atau 60.48 peratus sekali gus menjadikan deposit SSPN keseluruhan sehingga Jun 2020 berjumlah RM6.57 bilion," katanya.

Jelasnya, peningkatan tersebut merupakan adalah hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak serta usaha PTPTN dalam mendepani cabaran-cabaran baharu termasuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

"Ia merangkumi usaha memperkasakan pemasaran SSPN secara digital atau dalam talian (online), pembudayaan normal baharu dalam pengoperasian serta penyampaian perkhidmatan dan maklumat kepada para pelanggan.

"SSPN merupakan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN, dijamin sepenuhnya oleh kerajaan serta produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar di samping menawarkan pelbagai manfaat penabungan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful dan dividen yang kompetitif," katanya.

Tambahnya, dengan pelbagai manfaat dan insentif yang ditawarkan serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penabungan bagi tujuan pendidikan sehingga 30 Jun 2020 sebanyak 184,992 akaun baharu SSPN telah dibuka.

"Secara keseluruhan, sejak SSPN dilancarkan pada tahun 2004 sehingga setengah tahun pertama 2020 sebanyak 4.57 juta akaun SSPN telah dibuka," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/96356/PTPTN-catat-keuntungan-pelaburan-SSPN-RM118.46-juta



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus mencapai keuntungan. Pelajar2 cemerlang yang dapat first class dikecualikan membayar pinjaman seperti zaman sebelum PH.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:02 AM | Show all posts
Jangan perasanlah PH

amanah dan lepercayaan yg kami beri dulu ko persendakan

manifesto hanya alat  membohongi rakyat , akhirnya bagaikan senjata makan tuan.


sampai mati pun kami benci DAP nakharom. Sesiapa yg join DAP  semua kami benci

PH adalah simbol kegagalan ,simbol racist simbol ,manusia cacat tak berakal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berhutang bayarlah... manyak cantik.. lainlah kalo dapat keputusan yg bagus.. baru leh dikecualikan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal keluar report..nak hapus.
Asal masuk berita ..bila nak hapus.
Bayar ajelah..nama pn hutang.
X mampu bayar..jgn amik..
Nak belajar..kumpul duit.
X mampu kumpul...x yah belajar.
Keja aje.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg untung tu pelaburan
Duit tu lah pusing bg pd peminjam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pee esh gagal total
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-8-2020 08:54 AM
Dah berhutang bayarlah... manyak cantik.. lainlah kalo dapat keputusan yg bagus.. baru leh dikecuali ...

Ph hapus pengecualian ni kan? Harap PN kembalikan dan pelajar2 rajin belajar boleh convert jd biasiswa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-8-2020 08:54 AM
Dah berhutang bayarlah... manyak cantik.. lainlah kalo dapat keputusan yg bagus.. baru leh dikecuali ...

Ph yg hasut jgn bayar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang la...wajib bayar....asyik mintak hapus..hapus kat dunia ..akhirat ko kena bayar juga lah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:48 AM | Show all posts
ni ptptn pi laburkan duit pendeposit dan dapat keuntungan.. di kira kejayaan dia la.. kembangkan duit dia yg org dok simpan kat dia...

bukan keuntungan hasil dari beri pinjam pasal student utk sambung study...

ape korang ingat derang ni bagi pinjam duit jadi mcm along ke?? dah meminjam tu bayar lah balik..  

bagi student yg rajin dapat first class xpe la.. nak convert jadi scholar ke hape.. byk yg malas2 ni bayo balik la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku byr sikit2 tak lama lagi insyaallah habis.. Hutang kena bayar weiii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-8-2020 09:52 AM
Aku byr sikit2 tak lama lagi insyaallah habis.. Hutang kena bayar weiii..

Zaman sebelum ph elok dah. Wajib bayar monthly sikit2. Saper bayar half dpt disount byr full lagi banyak discount. Yg dpt first class tukar jd biasiswa xyah bayar dah. Mai mangkok2 ph tunjuk pandai kununnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 13-8-2020 10:11 AM
Zaman sebelum ph elok dah. Wajib bayar monthly sikit2. Saper bayar half dpt disount byr full lagi  ...

Depa mmg sebenarnya tak sangka rakyat nak bg depa menang.. Sembang senang.. Tapi nak melaksanakan.. Baru tau susah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:17 AM | Show all posts
Mangkok PH nak free education konon. Pendidikan free dari tadika sampai ke degree konon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-8-2020 09:52 AM
Aku byr sikit2 tak lama lagi insyaallah habis.. Hutang kena bayar weiii..

Citizen yg baik. Semoga rezekimu diberkati Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 13-8-2020 09:39 AM
Ph hapus pengecualian ni kan? Harap PN kembalikan dan pelajar2 rajin belajar boleh convert jd bias ...

Yes.. zaman bn.. yg dapat keputusan bagus.. memang dikecualikan.. x perlu bayar even yg belajar oversea... kalo x nak bayar belajar rajin2.. ada ke ph hanat kata x perlu bayar... habisler yg bodoh2 keputusan kiok pun x nak bayar sebab free... menghabiskan duit tax payer
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 13-8-2020 10:11 AM
Zaman sebelum ph elok dah. Wajib bayar monthly sikit2. Saper bayar half dpt disount byr full lagi  ...

haah. naseb baik aku smpt settle kan semua.. masa tu dec 2018. dpt diskaun 15%.lps tu dah tak ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-8-2020 10:34 AM
Yes.. zaman bn.. yg dapat keputusan bagus.. memang dikecualikan.. x perlu bayar even yg belajar ov ...

Ph mmg hanat. Semua nak ubah sampai terlingkup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sue_0684 replied at 13-8-2020 10:35 AM
haah. naseb baik aku smpt settle kan semua.. masa tu dec 2018. dpt diskaun 15%.lps tu dah tak ada. ...

Tahniah. Anda warga yg baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.093531 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list