|
Foto: IG
Selepas menjalani pembedahan bariatric atau 'ikat' perut, Abby Abadi dah turun 5 kg!
Katanya selepas dua minggu menjalani pembedahan, berat badannya mula turun.
"Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil.
"embedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan," tulisnya di Instagram.
Abby memuat naik gambarnya yang terkini, menyatakan dia sudah boleh memakai baju-baju lama.
"Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang.
"Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-agak, hari ini baru boleh pakai."
Abby terpaksa menjalani pembedahan ikat perut untuk mengelakkan berat badannya yang sudah mencecah 92kg naik lagi.
Tambahan pula suami sudah menyuruhnya supaya menjaga kesihatan. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|