CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8537|Reply: 110

[Tempatan] Pulak Dah! Saya tidak letak jawatan - Tun M

  [Copy link]
Post time 13-8-2020 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Saya tidak letak jawatan - Tun M

"SAYA tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka PH pun jatuh tak jadi kerajaan lagi," kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak menjadi kerajaan.

"Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difahami... diulang perkara ini berkali-kali macam tak boleh dengar ke tak tahu lah.

"Tetapi sebenarnya tak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan.

"Ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar dari PH, PH tak jadi kerajaan lagi dan semua ahli PH tentulah tergugur kerana tindakan itu," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik).

Sebelum itu, Hasbullah berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh mereka menjatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri ketika itu (dari kerajaan PH) yang meletak jawatan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 10:35 PM | Show all posts
Betul punya nyanyuk sudah orang tua nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 10:36 PM | Show all posts
Punyalah lama PH tumbang baru hari ni kata tak letak jawatan.........


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:47 PM | Show all posts
BIASAK LAAAAAA....
nyanyuk....
maaf kan la dia....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:49 PM | Show all posts
PH tumbang? PM letak jawatan?

Pada 24 Februari, Muhyiddin umum keluarkan Parti BERSATU dari Pakatan Harapan. Ketika itu BERSATU mempunyai seramai 26 orang Ahli Parlimen.
Pada tarikh yang sama Azmin juga umum bawa keluar 11 orang ahli Parlimen PKR dari Pakatan Harapan.

Tindakan ini telah menyebabkan PH kehilangan majoriti. Bagaimana hilang majoriti? 129 PH tolak 26 Bersatu tolak 11 PKR, kesannya PH hanya tinggal 92 ahli Parlimen sahaja. Untuk bentuk Kerajaan pemerintah, PH perlu memiliki sekurang-kurangnya 112 orang ahli Parlimen.
GPS tidak termasuk dalam kiraan ini kerana mereka sejak awal lagi memutuskan untuk duduk di blok pembangkang dan hanya beri sokongan berkaitan isu-isu melibatkan negeri Sarawak dan MA63.

Sehari sebelumnya, di petang Ahad 23 Feb, TSMY dan kem Azmin telah menghadap Agong. Pertemuan dengan Agong tidak disertai Tun kerana masih mahu diberi masa buat keputusan seperti yang disebut dalam mesyuarat MPT Bersatu. Kemudian di sebelah malam, Muhyiddin dan Azmin adakan Sheraton Meeting atau terkenal sebagai Langkah Sheraton.

Apa dia Langkah Sheraton ni? Langkah Sheraton ialah malam berkumpulnya ahli-ahli Parlimen BERSATU Muhyiddin, PKR Azmin bersama-sama parti tidak dipilih rakyat iaitu UMNO dan PAS. Mereka berkumpul untuk meraikan kejayaan menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan.
Apabila Tun mendapat tahu BERSATU bertekad untuk keluar PH melalui malam Langkah Sheraton, Tun sedar dia telah hilang majoriti. Disebut awal tadi BERSATU secara keseluruhan punyai 26 ahli Parlimen dan kem Azmin punyai 11 orang ahli Parlimen. Dari situ PH telah hilang 37 ahli Parlimen sekaligus PH hilang kelayakan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sebagai orang lama dalam politik dan berpegang pada prinsip Tun letak jawatan kerana sedar asas pembentukan Kerajaan majoriti telah tiada akibat keputusan Azmin dan Muhyiddin.
Agong minta jangan resign. Ini juga telah diceritakan dalam titah Diraja semasa pembukaan Parlimen lalu. Namun Tun lebih memilih untuk hormati proses mandat rakyat melalui pilihanraya ke-14 yang lalu.

Jika Tun terima saranan Agong untuk tidak berhenti walau hilang majoriti, dia merasakan seperti pemimpin yang lemah tiada sokongan majoriti ahli Dewan. Tun fikir dia tidak boleh terus jadi PM tanpa adanya sokongan majoriti ahli Parlimen kerana itu tidak demokratik.

Sebagai pemimpin yg dipilih melalui PRU dan diberi mandat oleh rakyat, bila majoriti hilang Tun tidak terus pegang jawatan. Kalau dia terus kekal bermakna dia jadi PM tanpa ada sokongan majoriti ahli dewan. Sedangkan Tun dipilih melalui proses ini (pilihanraya). Itu sebab Tun memilih letak jawatan.

Jika nak cari punca salah, bolehlah salahkan Muhyiddin sebab tergesa-gesa bawak keluar Bersatu en bloc dan juga Azmin kerana bawak keluar 11 ahli Parlimen PKR.
Apabila diminta jadi PM interim, Tun terima atas dasar sementara. Namun tak lama itu ada pemimpin yang tiada majoriti tetapi mengaku ada majoriti sanggup terima jawatan Perdana Menteri asalkan jadi Perdana Menteri. Tun tak pilih jalan mudah macam itu kerana dia berpegang kepada sokongan dan mandat rakyat melalui pilihanraya lalu. Jika dia memilih, sudah lama Tun menjadi Perdana Menteri Perikatan Nasional, namun dia tidak bertindak sedemikian. Semua tahu Tun tidak mahu bekerjasama dengan 6 tokoh kleptokrat UMNO (Zahid, Bung Mokhtar, Tengku Adnan, Najib, Azeez Rahim dan Mat Maslan)

Walaupun Pakatan Harapan  mempertikai majoriti yang ada pada Muhyiddin, Muhyiddin tetap berkeras mengaku ada majoriti. PH meminta supaya kesahihan majoriti yang dipunyai TSMY dibuktikan di parlimen tetapi Muhyiddin melengahkan usul Tun dibahaskan dalam sidang dewan. Selain itu, usul tersebut telah berjaya dilengahkan dengan pertukaran Speaker dewan yang lebih pro-perikatan.

Dari tempoh pelantikan TSMY hinggalah sekarang, TSMY telah berjaya menawarkan jawatan dan kedudukan lumayan kepada hampir semua ahli Parlimen. Ini menyebabkan berlakunya lompatan (crossing over) beberapa ahli Parlimen yang pada asalnya telahpun tandatangan Akuan Bersumpah menyokong Tun sebagai Perdana Menteri pada malam 29 Februari 2020.

c/p

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:50 PM | Show all posts
selagi ank blm jadi PM, selagi tu skrip sama diulang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo.. Kita pun ikut sama nyanyuk...kenapa anak cucu dia tak nak nasihatkan atuk to rest?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:27 PM | Show all posts
Giler nyanyuk pengasas PETAI aka PEJUWANG nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 11:54 PM | Show all posts
Kesian Tun Det.. makin tua makin tak betoi.. sejarah tak pernah menipu & coba putaq belit.. patot bersara dok diam2 dah laa..

Kalo Tun Det tak mahu kasihan kat diri tu... coba kasihan kat macai2 ni... gigih karang cerita dongeng panjang2 nak pertahan Tun ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah penyokong tegar atok
Indenial la selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg yg x paham... lantak kome lah... yg penting atok ada pendirian x nak bersekongkol dgan pengkhianat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 13-8-2020 10:47 PM
BIASAK LAAAAAA....
nyanyuk....
maaf kan la dia....

kalau (betul) nyanyuk dok diam2 sorang2 takpe.. ini tahap menyusahkan negara kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-8-2020 10:36 PM
Punyalah lama PH tumbang baru hari ni kata tak letak jawatan.........

Yg aku faham Atok bkn nk letak jawatan sbb dia punya will, tp sbb dia sedar yg dia dah xder majoriti sbb tu dia terpaksa letak jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Gipang.. Gila-PANGkat.  
Dia betui..hangpa semua yang tak tau..
Hangpa semua tak paham..
Bukan dia letak jawatan..
Tapi jawatan yg tak mau letak..
Hangpa tak paham? Aku pun tak faham..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 13-8-2020 10:49 PM
PH tumbang? PM letak jawatan?

Pada 24 Februari, Muhyiddin umum keluarkan Parti BERSATU dari Pakat ...

Bagus naratif ni. Copy paste dari mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk ckp dia Tak letak jawatan tetapi kehilangan jawatan kerana bersatu kuar PH. PH hilang majority sbb tindakan bersatu. Kerana itu PH layak jadi kerajaan . Bila dah Tak jadi kerajaan ,mcm Mana dia nk jadi PM.dia hilang kelayakan jd PM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
X kisah la pe pun dia ckp.. Yg penting 22 bulan kita dah tau mcm mn pembangkang ni memerintah negara.. Dpt kuasa Amboi2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg konfirm dna kerala 1000%

cakap belit2...

saka Tun Madey ka yg pi serah surat letak jawatan ke YDPA... lps tu si saka tu umum bersatu kuar dr PH
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sicvitaest replied at 14-8-2020 01:23 AM
Bagus naratif ni. Copy paste dari mana ya?

Page Saya syg tun dr m muach, muach
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun...tun ok ke tu? Cu risau dgn tun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.081433 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list