CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3676|Reply: 7

[Tempatan] Kuasa tular kekang jenayah, setuju atau tidak?

  [Copy link]
Post time 14-8-2020 08:59 AM | Show all posts |Read mode
THE Godfather ialah filem genre aksi terbitan tahun 1972 yang mendapat sambutan hebat. Trilogi The Godfather mendapat sambutan kerana ia menggambarkan dunia samseng di Amerika Syarikat yang didominasi mafia Sicily.

Sisi gelap dunia mafia berketurunan Itali di New York, khususnya keluarga Corleone, didedahkan jadi tatapan umum. Sikap ganas mafia di New York digambarkan menerusi filem sebagai bukti kegiatan samseng berleluasa termasuk menguasai dunia pelacuran, dadah dan judi di kota metropolitan tersebut.

Diputarkan masa ke hadapan dan lebih khususnya adalah pada Ogos 2020. Minggu ini Malaysia digemparkan dengan berita seorang lelaki yang digelar sebagai Asri Janggut mendakwa wujud kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup secara terbuka melibatkan samseng serta pendatang Aceh.

Kegiatan di Sungai Buloh itu didalangi polis dan pihak berkuasa tempatan. Dakwaan tersebut dibongkar menerusi video viral Asri Janggut.

Apakah perbezaan mafia Corleone, Asri Janggut dan samseng Sungai Buloh?

Kegiatan mafia Sicily diperkuatkan falsafah ‘persahabatan ialah segala-galanya’ manakala sindiket judi Sungai Buloh didalangi pihak berkuasa. Perbezaan ketara ialah kuasa tular media sosial.

Asri Janggut menggunakan kuasa tular sosial media untuk menelanjangi kegiatan hitam di Sungai Buloh. Mafia Corleone pula tidak dapat disingkap secara meluas kerana dunia media ketika itu bergerak tidak sama seperti sekarang.

Minggu ini, akhbar tabloid Daily Mail percaya kegiatan mafia Corlenone boleh dilumpuhkan menggunakan teknologi penganalisaan rangkaian sosial atau social network analysis (SNA) dengan kaedah pemetaan ahli sindiket SMM.

Gabungan kepakaran United Kingdom dan Itali percaya mereka mampu mengenal pasti anggota ahli utama mafia Corleone dengan menganalisia data kehidupan sebenar mereka.

Menggunakan kaedah SMM, kegiatan samseng dibandingkan menerusi pemetaan kegiatan harian. Kaedah itu juga mampu mengenal pasti kedapatan gangguan operasi samseng andai ada antara ahli mereka ditangkap.

SNA ialah proses penyiasatan struktur sosial berasaskan kepada teori rangkaian dan corak grafik. Kaedah itu mampu mencirikan struktur rangkaian menjurus kepada faktor nama pelaku dan kegiatan dihubungkaitkan kepada faktor interaksi atau interaction factor (IF).

Daripada data ini, simulasi rangkaian jenayah dapat dibangunkan dan diuji mengikut tahap pengaruh setiap anggotanya.

Bidang kajian dinyatakan ALLAH SWT dalam Surah Al-Kahfi 49-50 bermaksud, “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun; Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuh kamu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (ALLAH) bagi orang-orang yang zalim.”

Penulis mendapati data diperoleh daripada proses pengintaian secara rahsia terhadap kegiatan harian mafia di selatan Itali seperti Palermo dan Catania bermula tahun 2000. Kaedah pendekatan pengukuran rangkaian centerness betweeness didapati paling berkesan bagi memilih sasaran.

Bidang kejuruteraan kawalan rangkaian tertinggi H-infiniti turut menjuruskan kaedah SNA mempunyai tindak balas boleh diukur untuk mengenal pasti input kegiatan.

Selain SNA, jelas kuasa tular turut menjadi faktor mengekang kegiatan samseng. Penulis percaya teknologi SNA yang dibangunkan perlu digunakan secara efisien untuk membebaskan masyarakat daripada cengkaman samseng.

* Profesor Madya Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ular-kekang-jenayah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Single Polls, Total 10 Users voted
90.00% (9)
10.00% (1)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting jangan menunjuk2 di media sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kang...dicari pulok kesalahan lampau mereka(yg 'menularkan') dan diperbesar besarkan kesalahan mereka itu melebihi kesalahan yg mereka 'tularkan'.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnye bila dah viral, tokey cabut awal tinggalkan bilis jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 04:04 AM | Show all posts
berbanding dgn zaman dulu2, kuasa tular nih memudahkan lg laporan whistleblower. cuma satu je lah risikonya, identiti dan hal peribadi si whistleblower pun tersingkap sekali.


ai tengok citer the Godfather 1 & 2 jah. Michael Corleone tuh hawt mafia daddy sangat
Part 3 pulak tengok tak sampai 1/2 jam, terus terbantut selera. jln ceritanya yg agak sendu dan lakonan Sofia Coppola yg very the kayu, mentang2lah apaknya tuan director
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2020 04:45 AM | Show all posts
so - ada  sutradara atau syarikat film mau guna idea penggunaan  aplikasi  ini untuk modal film ? hehehe...ade  ke film malaysia mau guna angle ni , eh? tapi tak ada lah yg dok fight physically, with ahrd physiques etc , ni like ala ala cold war , and cold war 2  laaa....

i ve yet to watch the godfather series though - yg mark wahlberg tu pun belum - yg pernah The Italian Job - yg ada Michael Caine ..and the new one yg ada Theron ke ? Wahlberg jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju sangat yachh. kasi viral habis habisan bagi londeh sampai terlucut spender bergulung segala yachh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.202044 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list