CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 957|Reply: 5

[Tempatan] Atuk senja lakukan amang seksual terhadap cucu tirinya, bakal CASH

[Copy link]
Post time 14-8-2020 03:04 PM | Show all posts |Read mode



MELAKA - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan mengajak dan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun 7 bulan, awal bulan ini.

Tertuduh berusia 69 tahun dan tidak bekerja itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norma Ismail selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, warga emas itu didakwa telah berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi 'WhatsApp' dengan niat mengajak kanak-kanak itu melakukan hubungan seksual, manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah taman perumahan di negeri ini sekitar jam 4 hingga 6 petang, 8 Ogos 2020.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 11(1) (a) dan Seksyen14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan pertama dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa termasuk mereka yang berkenaan sepanjang perbicaraan bermula hari ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tidak sihat dan perlu mengambil beberapa jenis ubat termasuk penyakit asma dan kencing manis.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes 15 September depan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -terhadap-cucu-tiri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 03:37 PM | Show all posts
celaka punya org tua
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syaitan sungguh perangai org tua ni...x sedar diri nk masuk umor 70
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Atuk durjana
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak bapak kawan aku, dah arwah pun bapak dia. Sebelum ninggal, dalam 15 tahun bapak dia, seorang bekas cikgu skolah rendah yang pencen, dok bertukar2 video porno dengan kengkawan dia. Discussing about the videos in the open masa majlis2 kawen yang dia pergi skali dengan bini dia.
Duit kwsp lesap, suspected kawen yindon sebab dia tak balik rumah dalam 6 bulan.
Hamsap sungguh orang tua ni suma, semoga dipalu kayu api neraka kat akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap jap.. mcm mana budak 12 tahun boleh ada wasap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.670280 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list