CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13193|Reply: 124

[Tempatan] Salah ampun? Sila lihat dari sudut perundangan. Perkataan lucah tidak dialukan.

  [Copy link]
Post time 14-8-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by zamzam at 14-8-2020 06:39 PM

Lembaga Pengampunan beri nasihat salah berhubung pengampunan Anwar
14 AUG 2020

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA adalah tidak sah.


"Dalam isu ini, yang salah adalah Lembaga Pengampunan dan bukannya YDPA. Pihak kami mencabar nasihat yang salah diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika berhujah terhadap permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan bagi membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam berhubung pengampunan penuh yang diberikan terhadap Presiden PKR itu.

Menurut Mohamed Haniff, pengampunan hanya boleh diberi kepada pesalah bertujuan untuk menamatkan atau menggantung sesuatu hukuman dan bukannya membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

"Jika sesuatu sabitan itu dibatalkan, ia bermaksud kita memainkan peranan mahkamah kerana hanya mahkamah yang boleh mendengar (keterangan dan bukti) dan mahkamah juga yang boleh membuat keputusan," katanya.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar pula berhujah bahawa pengampunan penuh yang diberikan oleh YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Mohd Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman berkenaan.

"Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya yang memaklumkan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris berkata, pihaknya juga bersetuju dengan Peguam Leela bahawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan membolehkan YDPA mengeluarkan perintah pengampunan untuk sabitan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudiannya menetapkan 21 September untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Februari lepas, Mohd Khairul Azam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam berkata, pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, peguam itu mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kerajaan baharu dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan telah dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

Dakwa plaintif, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar pada 11 Mei 2018, mengumumkan bahawa YDPA telah bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar adalah bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh YDPA hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada YDPA bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati YDPA berkenaan rayuan pengampunan Anwar, mengakibatkan nasihat yang diberikan kepada YDPA adalah tidak sah dan terbatal. -Bernama.

Lembaga Pengampunan beri nasihat salah berhubung pengampunan Anwar
https://www.sinarharian.com.my/article/96590/Lembaga-Pengampunan-beri-nasihat-salah-berhubung-pengampunan-Anwar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
So kena  masuk penjara balik ker? Mcmana nak jadi PM?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..seperti yg pernah kawan2 aku bincangkan.. tatacara pengampunan anwar dulu tu, mcm tak ikut SOP yg betul..
Last action ini yg akan digunapakai utk memenjarakan semula Anwar pada masa dan ketika yg sesuai. Jadi, betul la telahan depa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:35 PM | Show all posts
lawyer atok lawan bang non

hehehehe...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:35 PM | Show all posts
nape eh semua takut dia jadi pm and kalau bole mmg tak kurung dia ...aku rase dari aku budak sekolah sampai sekarang tak setel2 kes dia..hahha....sorila tak faham sgt politik..but nak tau la jugak why eh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 14-8-2020 03:35 PM
lawyer atok lawan bang non

hehehehe...

Lawyer atok ke tu? Kahkahkah... Taktau nak cakap apa dah... Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 03:52 PM | Show all posts
Knowlee replied at 14-8-2020 03:37 PM
Lawyer atok ke tu? Kahkahkah... Taktau nak cakap apa dah... Kahkahkahkahkah

jangan cakap apa2
standby POOPcorn garrett ke gsc ke

layan je tengok drama nak start ni





Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 14-8-2020 03:52 PM
jangan cakap apa2
standby poopcorn garrett ke gsc ke


Garrett la, sedap lagi drpd GSC. Kena pack besau ni. Lama nak nonton ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 03:55 PM | Show all posts
Knowlee replied at 14-8-2020 03:52 PM
Garrett la, sedap lagi drpd GSC. Kena pack besau ni. Lama nak nonton ni.

kuantan takde

kena order

gsc je la

tak pun timbang kilo tu  


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 14-8-2020 03:55 PM
kuantan takde

kena order

Timbang kilo tak sedap... Berapa ratus episod la drama ni agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer azam tu dari parti Putra geng Ibrahim Ali kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:04 PM | Show all posts
Wei! dah2 la kisah toron ni. memalukan Malaysia je. Duit rakyat tak hilang pon "kalau" betul dia pelakunya. Lainla yang 2.6b tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh geng kat bamboo inn - tokjib, bangnon dan guaneng. Satu malaysia cuma xde wakil india je lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:09 PM | Show all posts
Asyil sembang kari level vavi terbang jerrr....elok la 'check in'  balik 'hotel' Sungai Buloh tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak gayanya episod duka bangnon tak kan berakhir la mcm ni. Lepas satu, satu. Bertabahlah bangnon dan keluarga bangnon.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm Atuk lah kejap resign pastu nak balik jawatan PM. Sama lah ni.. Idea dia lah jugak..kejar Agong mintak ampun kan bang non sbb dah janji dgn jijah and gang babi. Kejap ampun kejap masuk balik sg buloh. Kejap melayu pemalas n makan rasuah.. Kejap kata melayu pejuang. Ni lah akibat nye bila layan orang yg dah nyanyuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 05:03 PM | Show all posts
Patut la dia cakap camni, rupanya penyewa bilik ni balik bercuti



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:40 PM | Show all posts
Hizert replied at 14-8-2020 04:04 PM
Wei! dah2 la kisah toron ni. memalukan Malaysia je. Duit rakyat tak hilang pon "kalau" betul dia pel ...

Iyalah...move on la..banyak lagi isu yg lebih kritikal..urghhhh..politik ni sgt busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:46 PM | Show all posts
cite lubang taik mmg jadi kegemaran ahli politaik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena reformasi guling2 ke caner nihh?ada yang rindu truck merah FRU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.122073 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list