CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2583|Reply: 23

[Tempatan] Dong Zong anjur bedah buku Mitos Pribumi Malas

[Copy link]
Post time 14-8-2020 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Dong Zong anjur bedah buku Mitos Pribumi Malas

https://www.malaysiakini.com/news/538649

Diterbitkan Hari ini 3:59 pm
Dikemaskini Hari ini 4:01 pm



Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) akan menganjurkan program bedah buku Mitos Pribumi Malas, karya pemikir terkenal Syed Hussein Alatas.

"Sebagaimana yang diperhatikan, masyarakat Cina tidak selesa dengan label ‘Cina kaya’, kerana tidak kurang juga komuniti Cina yang merana kepapaan.

"Begitu juga, masyarakat Melayu sudah tentu berasa terhina dengan label ‘Melayu malas’, kerana ramai antara mereka berhempas pulas dalam hidup harian untuk menyara hidup diri dan keluarganya.

"Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengkaji dan mengupas persoalan ini secara lebih mendalam dan menyeluruh.

"Sejak bila Melayu digambarkan dengan imej malas? Sejauh manakah kebenarannya? Apakah imej stereotaip sebegini masih relevan pada zaman ini?

"Bagaimana masyarakat kita respon kepada persoalan ini, dan kemudian mengorak langkah ke depan?” kata timbalan pengerusi Dong Zong Tan Yew Sing.



Program tersebut akan diadakan pada 18 Ogos jam lapan malam dan boleh ditonton dia atas talian melalui siaran langsung KiniTV.

Tan berkata program tersebut turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan seperti Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan Yayasan Tan Kah Kee.


Syed Hussein Alatas

Kata Tan, Pengurus Projek dan Operasi Leadership and Development Studies (Lead) Tarmizi Anuwar akan bertindak sebagai pembedah buku manakala ulasannya akan dibuat oleh Ketua Eksekutif KLSCAH, Ooi Heng.

Buku Mitos yang dihasilkan pada penghuhung 70-an terkenal, antaranya kerana menolak naratif penjajah bahawa kaum pribumi di Indonesia, Malaysia dan Filipina sebagai malas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk tarik undi Melayu mulia
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:26 PM | Show all posts
Nak buat drama concern terhadap Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la Dong Zong. Acah2 mulia pulak. Baru suruh belajar jawi 3 baris mcm kena suruh masuk jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu memang malas..get over it lah
masa british dtg bawa buruh cinadan india..melayu dah ada tanah.  air..itik. ayam. kebun..ladang  bini 2..anak.ramai...kepala hotak british ka kalau british ingat org emlayu nak jd buruh paksa di lombong british dgn gaji 2 sen sehari? gila ka apa

jd melayu tak mau jd buruh..cina dan indialah yg kerjadi lombong dan estet

samalah zaman sekarang.. ada ka melayu..cina dan india mau kerja construction dgn gaji 50.sehari...kena maki...panas...bahaya..kotor dan hina??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 07:46 PM
melayu memang malas..get over it lah
masa british dtg bawa buruh cinadan india..melayu dah ada tana ...

Tak agree.. jiran jiran i anak2 mereka rajin2... mereka semua scorer and top.scorer. kalau anak2 derg malas and kalau ibu bapanya malas, surely anak derg kelas corot.

In my circle i tak nmpk lagi melayu malas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 14-8-2020 07:50 PM
Tak agree.. jiran jiran i anak2 mereka rajin2... mereka semua scorer and top.scorer. kalau anak2 d ...

malas yg dimaksudkan tu bukan malas membaca

malas flm buku tersebut...malas yg dr m elalu sebut..adalah kemalasan.masyarakat melayu.tahun 1800-1940an...yaitu.malas menjadi kuli batak.british
siapa ja mau jd kuli batak penjajah? gaji sikit...rumah kongsi kecil

baik pg sungai tangkap ikan atau masuk hutan tahan burung
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 07:46 PM
melayu memang malas..get over it lah
masa british dtg bawa buruh cinadan india..melayu dah ada tana ...

Di Indonesia semua suku tahu Melayu identik dgn malas...kadang2 mencetuskan pergaduhan Suku apabila Suku2 pendatang gelar Melayu malas di daerah2 Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:03 PM | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 07:59 PM
malas yg dimaksudkan tu bukan malas membaca

malas flm buku tersebut...malas yg dr m elalu sebut ...

truth hurt, ummah meleis juz hadap pujian je nokss, pastu meleis suke la jurang perkauman makin menjauh cmni. msia=multiracial, perpadua is important!

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 07:59 PM
malas yg dimaksudkan tu bukan malas membaca

malas flm buku tersebut...malas yg dr m elalu sebut ...

mengapa mereka malas jadi kuli omputeh...pada masa tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo, suma bangsa ada malas hokkay. Jangan lah generalize yang pemalas ni untuk satu kaum saja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:52 PM | Show all posts
big boss dulu cakap manusia ini secara semulajadinya malas. beliau ialah seorang cina

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 14-8-2020 08:06 PM
mengapa mereka malas jadi kuli omputeh...pada masa tersebut?

gaji murah....lgpun kerja mcm.bangla zaman sekarang

melayu dah ada tanah. ayam.itik ladang masa tu   tanah berekar ekar tak habis nak menanam

pemikiran brit ni sama ja mcm sr m
rakyat kena berkorban.....gajinmurah ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:07 PM | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 07:46 PM
melayu memang malas..get over it lah
masa british dtg bawa buruh cinadan india..melayu dah ada tana ...

Kata orang jika orang Melayu memarahi anak mereka "Jangan malas macam lembu!", selepas perang donya kedua, orang jepon akan memukol lembu mereka supaya bekerja sesambil berkata " Jangan malas macam Melayu!".

Di percayai peribahasa ini terhasil daripada pemerhatian mereka semasa memerintah Malaya.....

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bnyak aku taip td hilang sebab iklan bodoh di ci ni....geram aku weyyyy!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 14-8-2020 08:03 PM
truth hurt, ummah meleis juz hadap pujian je nokss, pastu meleis suke la jurang perkauman makin me ...

mon are you ok, dear?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2020 09:11 PM
bnyak aku taip td hilang sebab iklan bodoh di ci ni....geram aku weyyyy!!!

install la adblocker kat gugel aps atau apple store
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 01:11 AM | Show all posts

ai ok jer darling
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
BugisForever replied at 14-8-2020 08:01 PM
Di Indonesia semua suku tahu Melayu identik dgn malas...kadang2 mencetuskan pergaduhan Suku apabil ...

Kan .... Hinggakan bahasa melayu loghat Riau dipandang rendah dan dianggap sinonim dgn kekampungan/kolot/low class di.indon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.073941 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list