CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 7

[Tempatan] Lim Guan Eng: PN mahu 'balas dendam' dengan kaji semula penurunan kadar tol Plus

  [Copy link]
Post time 14-8-2020 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng: PN mahu 'balas dendam' dengan kaji semula penurunan kadar tol Plus

https://www.malaysiakini.com/news/538641

Diterbitkan Hari ini 3:04 pm
Dikemaskini Hari ini 3:04 pm



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan atas “balas dendam politik” apabila menyatakan hasrat untuk mengkaji semula penurunan kadar tol lebuh raya sebanyak 18 peratus yang dikendalikan oleh Plus Malaysia Bhd.

“Jelas PN sedang melakukan balas dendam politik dengan merombak sedikit demi sedikit dasar yang dilaksanakan Pakatan Harapan (PH), termasuk diskaun tol sebanyak 18 peratus.

”Dengan balas dendam ini, PN lupa bahawa mereka telah menghukum rakyat yang menggunakan Lebuh Raya Plus, yang akan menjimatkan sebanyak RM500 juta hanya pada tahun 2020 dari pengurangan tol tersebut.

“Kerajaan juga dapat jimat sehingga RM600 juta hanya pada tahun 2020 kerana tidak perlu bayar pampasan kepada Plus kerana penangguhan kenaikan tol,” kata Lim yang juga merupakan bekas menteri kewangan.


Selain itu, Lim turut mengingatkan bahawa dengan penghapusan tol sebanyak 18 peratus itu akan menyulitkan keadaan pengguna jambatan Pulau Pinang.

Hal ini kerana, pengguna jambatan Pulau Pinang terpaksa membayar RM7 dari harga asal, RM5.74 atau RM4.59 jika pengguna itu menggunakan RFID dari negeri itu.

Memandangkan Plus Malaysia memiliki banyak tol lebuh raya di seluruh negara, Lim berkata tindakan kerajaan untuk mengkaji semula diskaun tol sebanyak 18 peratus harus dihentikan sekiranya kerajaan PN mengambil kira kepentingan orang ramai.

Diskaun tol sebanyak 18 peratus itu telah dilaksanakan oleh PH pada Februari lalu untuk memenuhi janji manifesto berkenaan penghapusan tol secara beransur-ansur.

Bagi lebuh raya yang dikendalikan oleh Plus Malaysia, harga tol telah ditetapkan secara kekal.

Lim berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang menyifatkan semakan diskaun tol itu perlu kerana memberi kesan terhadap lebuh raya lain.

“Apa kesan terhadap tol dari lebuh raya baru yang masih dibina? Apa kesan terhadap perancangan lebuh raya baru? Apa langkah yang ingin kita ambil?

“Ini adalah perkara yang perlu dibincangkan dan ini adalah soal dasar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Permainan persepsi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh bukan pee esh nak bagi percuma segala benda ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu sebab tergesa2 caj Gianjeng, nak.divert agenda halus naik rega toll oleh  PN mulayu isele nan maha prihatin. Ayat2 stendet yg bakal.diguna:
1. Kenaikan tak bebankan rakyat
2. Harga toll lebih rendah dari Burundi, Zimbabwe n Yuganda
3. Kalau taknak ikut toll, buat jalan.sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:59 PM | Show all posts
cakap bior jelas yg kantung negara dah kuyus. gomen nak cekau mana lgi kalo xnaikkan tol, nk makan udang galah lgi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu tetiba gomen turunkan lagi rate, hahahaha. Apa suma pasal nak balas dendam jer ek, suma yang kena mengena dengan dia jer pulak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri Kewayangan Sepet Dapigs bodo
Mula2 janji nak hapuskan tol tapi sebaliknya
membodohkan rakyat dgn penurunan harga tol.

Guanjeng turunkan harga tol tetapi tempoh
konsesi tol dilanjutkan lagi 20 thn. !!
Sepatutnya tamat 2038 tetapi kini tamat 2058 .

Macam kita beli kereta bayar bulanan atau beli rumah bayar ansuran tiap2 bulan.

Lihat tempoh Agrement kita, makin lama kita
berhutang makin sikit bayaran bulanannya.

Tetapi hakikatnya makin lama tempoh berhutang,  plus dgn interest...harga sebenar
yg kita bayar berganda2 mahal dari harga Asal.

Sama jugakla dgn penurunan harga tol tetapi dilanjutkan 20 thn tempoh konsesi.

In the long run, rakyat rugi sebenarnya.

Muntri kewayangan sepet Dapigs sebenarnya
nak membodohkan dan mengabui mata rakyat.

Guanjeng ingat rakyat pong bodo cam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaji jgn x Kaji. Yg untung rakyat jgk nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058414 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list