CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7696|Reply: 98

[Tempatan] Drama acik kepam Malaya: Air mata 'makcik gelang pink' / 'Makcik gelang pink' k

  [Copy link]
Post time 14-8-2020 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-8-2020 01:29 AM











'Makcik gelang pink' kena jel sehari, denda RM8,000
Oleh Balqis Jazimah Zahari
bhnews@bh.com.my





IPOH: 'Makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh boleh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Emah didakwa tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Hanaz Cafe pada jam 8 pagi 6 Julai 2020.

Tindakan tertuduh itu didapati melanggar perintah itu di bawah Subseksyen 15.(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan oleh Pegawai Diberi Kuasa Syarifudin Abu Bakar bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, 5.30 petang 4 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 22.(b), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 24.(a) Akta yang sama dengan hukuman dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ahmad Fakurazi ketika prosiding meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Nur Emah dalam rayuannya ketika prosiding berkenaan, memohon agar mahkamah mengurangkan denda memandangkan ia adalah kesalahan pertamanya.

Mengikut fakta kes, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial menunjukkan wanita memakai gelang perintah pengawasan di rumah tidak berada di alamat yang diperintahkan dan didapati keluar makan di restoran di Meru Raya.

Hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta mendapati tertuduh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 4 sehingga 18 Julai.











Nur Emah Mohamad Hashim mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM8,000. - NSTP/Balqis Jazimah Zahari









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2020 05:27 PM | Show all posts



‘Makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini kerana tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah. - Foto NSTP/Balqis Jazimah Zahar


Air mata 'makcik gelang pink'
Oleh Balqis Jazimah Zahari
bhnews@bh.com.my







IPOH: Nur Emah Mohamad Hashim atau dikenali sebagai 'makcik gelang pink' tidak mampu menahan sebak sebaik Majistret Nabihah Mohd Noor memutuskan hukuman penjara dan denda terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Dia hadir di mahkamah dengan ditemani ahli keluarga yang duduk di galeri awam sejak awal sehingga tamat prosiding.

Nur Emah, 72, sebelum itu kelihatan tenang sebelum dipanggil jurubahasa untuk dibacakan pertuduhan di hadapan Nabihah.

Dia juga sebak ketika membuat rayuan kepada mahkamah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 atas pertuduhan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh boleh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Emah didakwa tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Hanaz Cafe pada jam 8 pagi 6 Julai 2020.

Mengikut fakta kes, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima aduan mengenai satu gambar viral di media sosial seorang wanita Melayu memakai gelang perintah pengawasan di rumah tidak berada di alamat yang diperintahkan dan didapati keluar makan di sebuah restoran di Meru Raya

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Long tak mahu bg sepatah dua kata ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 05:39 PM | Show all posts
Dari rasa bangga sebab berani langgar arahan jadi rasa malu dipandang orang ramai terutama keluarga anak menantu cucu besan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la tu nek pestime. padahal time lain tak kantoi je kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la dia xbukak gelang tu. Kalau dia bukak?? Ape2 pun rilek lah acik. Sehari je. Punggung xsempat nk panas da keluar. Orang kataaaa Laaa.,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
habis mana couple cina yg langgar arahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp bila kena kat melayu cpt je jatuh hukum.. klu kena bangsa lain boleh plk tangguh2 ye.. contoh kes marah polis.. cpt je bdk pompuan tu kena hukuman, yg nyonya maki polis smpi skrg x tahu kes mcm mn.. ke aku terlepas pandang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..sebab dah tua. Tapi tulah salah tetap salah. Mesti makcik ni tak sangka benda ni jadi saat umur dia dah cecah 70 tahun. Semoga jadi pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:54 PM | Show all posts
iols jenis senang rasa kesian... kalau jadi pendakwa raya rasanya semua iols lepaskan

nak buat macam mana... terpaksa jugak la tanggung atas kesalahan sendiri... sama dengan tauke mamak sivagangga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik ni bukan kuar sorang2. Tapi dengan family dia. Awat family tak tegur pun. Atau acik ni tepaksa ikut kehendak family dia masa tu.

Gigih plak I
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:19 PM | Show all posts
Mina2215 replied at 14-8-2020 08:58 PM
Makcik ni bukan kuar sorang2. Tapi dengan family dia. Awat family tak tegur pun. Atau acik ni tepaks ...

samada family yang serba salah nak halang atau dia yang serba salah nak tolak sebab dah dilawa.

Ini yang negatifnya budaya melayu ni. ko tak boleh jawab it's against the law. kalau against hukum dorang mungkin nak dengar misal ko kata haram langgar PKP.

sure semua tu tengah menyesal tak sudah. malu dengan jiran2 lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnye ape yg ajak makcik ni makan pun hangkut sekali..makcik ni bukan makan sorang kan..dgn family kan..family pun 'bijak' xgheti nasihat ke atau vodoh xtau Bab kuarantin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
8k tu bg kt aku pon OK. Leh bli dakap
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia pn patut kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ismacun replied at 14-8-2020 07:50 PM
Knp bila kena kat melayu cpt je jatuh hukum.. klu kena bangsa lain boleh plk tangguh2 ye.. contoh ke ...

Kalau baca kat Malaysiakini ramai cina selalu kata asal Melayu je tak dikecam atau hukuman ringan. Kalau baca kat Facebook India sama gak dia kata asal India je kena kecam lebih dan digelar pelbagai nama yg tak elok. Kalau baca kat sini, keluhan mcm saudara biasa dibaca. Mungkin kena ada satu dialog atau kajian utk memperlihatkan siapa yg betul dlm keluhan ini atau tiada siapa yg betul atau bagaimana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 10:09 PM | Show all posts
KIM.K replied at 14-8-2020 07:34 PM
habis mana couple cina yg langgar arahan tu

Sabar. one at a time. ikut giliran. Aku pun tgh tunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:11 PM | Show all posts
edsassin replied at 14-8-2020 08:47 PM
Kesian..sebab dah tua. Tapi tulah salah tetap salah. Mesti makcik ni tak sangka benda ni jadi saat u ...

Umur je dah tua tp bodoh bebal tak blh di ajar. Sepatutnya dia kena tunjuk contoh yg baik pd anak2 muda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-8-2020 09:19 PM
samada family yang serba salah nak halang atau dia yang serba salah nak tolak sebab dah dilawa.

...

Mak aku umur 80 thn. Masa musim covid, dgn selamba dia bgtau kami semua jgn dtg rumah dia sementara ni. Sebab risau kita org bawa virus. Masa raya pun dia tak bg dtg. Bila dah reda mcm ni baru dia bag kita org dtg rumah tp tak blh ramai2. akak aku satu family dtg, pastu bila dia balik adik aku satu family dtg. Rumah dia, dia yg set the rule. Aku yg kat KL ni lgsg dia kata jgn balik. Klu blk gak, dia tak buka pintu. hahahah!! aku plan nak balik bulan 10 ni. Itu pun lepas mak aku dah bg izin. Sebenarnya org tua klu bg kata putus begini, takde sapa blh pertikaikan. Tp bila makcik ni tak bertegas, maka masuk jel lah jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian dh tua sebaya ayah aku dh ni tapi tu la. family acik ni pun patut tegurla. harap semua yg langgar peraturan kne hukuman sama. dgr yg kt sabah dlu tu mcm kne denda je ke silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.145248 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list