Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5538
View
88
Reply

[Tempatan] Tolong henti kecam bapa arwah

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-8-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ARWAH adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang."

Itu kata seorang ahli keluarga, Allahyarham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arwah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.

Katanya, difahamkan dalam kejadian itu, arwah sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu mangsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.

"Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.

"Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mangsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mangsa tidur di tempat duduk belakang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibu mangsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui mangsa tiada di rumahnya neneknya.

Katanya, nenek mangsa juga menyangka bapa mangsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.

"Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mangsa.

"Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga," katanya.

Katanya, jenazah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.
Kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mngsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

Sebelum itu bapa mngsa berusia 30-an itu menghantar kakak mngsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

Bapa mngsa terlupa bahawa mngsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

Mngsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja, katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mngsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.

Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mngsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

Ketika ingin pulang, bapa mngsa melihat mngsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggI dunia, katanya.

Beliau berkata, mayat mngsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bed4h siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Al Fatihah

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/610280/tolong-henti-kecam-bapa-arwah
Screenshot_2020-08-14-19-16-42-27.png

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-8-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah buat mangsa dan keluarga. Macamana nak halang perkara ni berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda nak jadi... Sapa2 boleh jadi mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga tabah keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Kerja apa pun mmg stress. Sbb beban keje dan persekitaran. Mesti ari kejadian punya byk masalah keje dlm kepala smpai lupa family.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya lahai.. tabahla wahai seisi keluarga ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda kalau nak jadi ni kita tak boleh nak buat apa.  Tengok dalam gambar pun kereta macam ada kat area orang lalu lalang.  

Semoga keluarga arwah terutama ayahnya sabar dan kuat semangat menghadapi dugaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Comeyyyy...
Innalillahi wa inna ilaihirojiuun...
Takziah pd famili adik comey ni...berat mata memandang berat lg bahu yg memikul
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:10 PM | Show all posts
KIM.K replied at 14-8-2020 07:32 PM
Alfatihah buat mangsa dan keluarga. Macamana nak halang perkara ni berlaku

Tak ada cara lain, letak sticker peringatan kat steering kereta " Child on Board" atau seumpamanya.

Kalau nak lagi canggih letak sensor dlm kereta yg boleh detect dan bagi amaran semasa lock kereta jika kanak2 masih ada dalam kereta dan ianya boleh detect walaupun kanak2 itu sedang tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe anaknya Tak comel.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi waina ilaihi rojiun. Semoga tabah keluarga ini hadapi ujian berat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah. Dah memang ajal dia sampai dan dia masuk syurga. Melayu pulak no problem beranak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesal separuh nyawa..
Moga si ayah dan keluarga tabah dan redha
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....takziah.
4 thn tu tgh lincah berceloteh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kecam je sebab cuai
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa bersalah sibapa pasti akan dibawa hingga kehujung nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:48 PM | Show all posts
kena ajar anak if trapped dalam kereta, segera bunyikan hon sampai ada orang datang.

benda nak jadi. semua orang mainkan peranan. mak kena call dia tanya kenapa cucu tak sampai, mak budak kena call husband dia tanya anak, and husband kena call juga tanya keadaan. tapi benda nak jadi kan, sampai tak teringat langsung kat anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiuun. Nak kecam takut berbalik pada diri sendiri. Kun fayakun, kdg kita rasa kita dah jaga dengan elok, tapi perkara tu yg akan jadi. Semoga dijauhkanlah dari kita semua.

Dulu akak baca kt forum ni gak, letak benda penting atau kasut kt blkg bila naik dgn anak2, bila nak ambik kita tgk kat blkg tgk anak2. Walaupun sounds silly tp akak praktik jugakla kdg2 bila naik keta ngan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 14-8-2020 08:48 PM
kena ajar anak if trapped dalam kereta, segera bunyikan hon sampai ada orang datang.

benda nak ja ...

Thanks for the tip.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sofyayra replied at 14-8-2020 08:55 PM
Innalillahiwainnailaihirojiuun. Nak kecam takut berbalik pada diri sendiri. Kun fayakun, kdg kita ra ...

Bole ikut ni..good tips..make sense tips ni...tq you....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list