View: 2903|Reply: 16
|
[Dunia]
292 pekerja kilang sandwic positif Covid-19
[Copy link]
|
|
292 pekerja kilang sandwic positif Covid-19
https://www.sinarharian.com.my/article/96609/KHAS/Koronavirus/292-pekerja-kilang-sandwic-positif-Covid-19
14 Ogos 2020
Agensi
Gambar fail menunjukkan pekerja-pekerja membuat sandwic di Kilang Greencore, Northampton, Britain. - Foto Greencore
NORTHAMPTON - Hampir 300 pekerja di kilang Greencore di Northampton yang membuat sandwic untuk Marks & Spencer (M&S) telah diuji positif pandemik koronavirus (Covid-19), lapor portal berita Sky News semalam.
Pihak pengurusan kilang yang mempunyai kira-kira 2,100 pekerja itu berkata, sebahagian kakitangannya kini mengasingkan diri daripada mendekati orang ramai selepas sejumlah kakitangan disahkan positif Covid-19.
Menurutnya, seramai 79 pekerja diuji positif melalui ujian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) sebelum pihak syarikat memutuskan untuk melaksanakan ujian perubatan swasta.
Dalam ujian itu, seramai 213 pekerja diuji positif menjadikan jumlah keseluruhan yang mendapat jangkitan penyakit tersebut ialah 292 orang.
Pihak pengurusan syarikat Greencore memberitahu Sky News, syarikat tersebut masih menunggu beberapa keputusan ujian.
Seorang jurucakap kilang itu mengesahkan bahawa kurang 100 pekerja yang belum mendapat keputusan ujian Covid-19.
Kilang tersebut merupakan antara pengeluar sandwic terbesar di dunia apabila membuat hampir empat juta sandwic setiap minggu di beberapa buah kilangnya untuk pasar raya, syarikat penerbangan, rangkaian kedai kopi dan syarikat penyedia makanan. - Agensi
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh..ingatkan kat malaysia tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jilaka
Iols baru lepas ngap sandwich family mart tadi..
Goosebump.jap
Rupanya kat ober the sea |
|
|
|
|
|
|
|
Nsb baik bc trs.. Kalo x mau aku haram kan beli roti.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat oversea ok laa..
TERkejut gak tgk tajuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org kena covid prepare food kita, blh jangkit jgak ke? Maaf soalan nampak mcm bodoh skit tp sbb meolss pengguna tegar food panda, jd mcm cuak la plak |
|
|
|
|
|
|
|
phew. terkejut sis. tapi bila baca title balik pelik gak kilang sandwich apanya, takkan subway kot. tu bukan kilang nasib sis baca semua ahaksss |
|
|
|
|
|
|
|
corona boleh hidup selama beberapa jam di atas permukaan sesuatu. selepas itu dia mati. kalau food tu sampai ke kita masa dia masih ada, sadaqallah hul azim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampon X bernafas sekejap ingat kat Malaysia. ... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ada sandwich apa |
|
|
|
|
|
|
|
teringat seketari kat opis lama
terlalu peghak ya kalo dpt makan biskut MnS
asalkan importedddd |
|
|
|
|
|
|
|
Serammm. Covid di mana mana |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah produk-produk tersebut boleh bawa virus COVID19? Semoga kita dihindarkan daripada pandemik virus ini |
|
|
|
|
|
|
|
kakak ipar aku dtg sini, hampir setiap hari makan luar sbb mak dia (Mil aku) malas masak
klu berjangkit, ikutkan makan kedai lg lah senang berjangkit drpd yg delivery ke rumah tu
tp last week dia test covid negatif jer alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kilang tersebut merupakan antara pengeluar sandwic terbesar di dunia apabila membuat hampir empat juta sandwic setiap minggu di beberapa buah kilangnya untuk pasar raya, syarikat penerbangan, rangkaian kedai kopi dan syarikat penyedia makanan.
Tapi kenapa hanya M&S disebut di awal artikel?
|
|
|
|
|
|
|
|
seramnya. dah la kje hndle mknan pula tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, senwic M&S tu antara yg tersedap di UK. |
|
|
|
|
|
|
| |
|