CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11363|Reply: 61

[Politik] Update: Saksikan video Ketua Armada baru merayu supaya tidak kena 'boo' lagi, KA

  [Copy link]
Post time 15-8-2020 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 17-8-2020 10:23 AM

Pemuda PPBM kena ‘boo’ berulang kali pada majlis Pemuda BN
Mohamad Fadli -August 15, 2020 2:40 PM



TANJUNG MALIM: Pemuda PPBM di ‘boo’ berulang kali pada majlis pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Situasi itu berlaku ketika ketua Pemuda BN, Asyraf Wajdi Dusuki memperkenalkan barisan pemuda parti yang hadir dalam majlis itu yang turut disertai oleh Pemuda PAS dan PPBM.

Barisan Pemuda PPBM yang hadir juga disorak sekali lagi ketika pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama Pemuda PPBM pada majlis itu.

Ketika ditanya mengenai itu Zahid berkata, beliau bersangka baik dan berharap perkongsian politik dalam Muafakat Nasional (MN) bersifat jujur dan ikhlas.

Beliau berkata, sebarang perkara yang tidak dipersetujui mestilah diketepikan.

“Keikhlasan diterjemahkan dalam semua bentuk kerjasama. Saya yakin jika kerjasama diterjemahkan dengan keikhlasan dan kejujuran, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Apabila bersetuju bersama, mesti setuju sepenuhnya. Jangan ada agenda di belakang.

“Saya harap tak ada agenda masing-masing,” katanya pada majlis yang berlangsung di Felda Residence, Trolak.

Sementara itu, ketua Pemuda PPBM Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, beliau tidak mengambil hati terhadap perbuatan segelintir anggota Pemuda BN itu.



“Tak mengapa saya faham, kita orang muda. Kami berlapang dada dan hulurkan tangan yang penuh keikhlasan untuk membantu,” katanya.

Hafez juga berkata, pihaknya akan beri komitmen menerima mana-mana calon MN dalam PRK itu.

“Kami juga akan beri sokongan tanpa belah bagi. Kami akan gerakkan jentera untuk pastikan kemenangan calon BN,” katanya.

PRK Slim pada 29 Ogos depan menyaksikan calon BN Mohd Zaidi Aziz berdepan saingan 2 calon Bebas, iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi serta Santharasekaran Subramaniam.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang, Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Khusairi mempertahankan kerusi itu pada 2018 selepas mengalahkan calon PPBM, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal dengan majoriti 2,183 undi.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2020 07:02 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 15-8-2020 11:03 AM

PPBM menjadi melukut di tepi gantang dalam MN, sudahlah kena 'boo' kena warning pula!

[youtube]Yrdhu_e_iN0[/youtube]
PRK SLIM : Amaran untuk BERSATU!! Buktikan Kejujuran dan Keikhlasan - Zahid Hamidi

'Scheme of Things' kata Abah...



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup perisa lagi ni.tambah lagi apa2 yg patut biar smpai bergaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk politik jiwa mesti kental dan tahan maki...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2020 07:35 PM | Show all posts
Belibis replied at 15-8-2020 11:07 AM
Tak cukup perisa lagi ni.tambah lagi apa2 yg patut biar smpai bergaduh.

[youtube]8DFcjce_1Pw[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak Muntah aku tgk si jahid ponorogo ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2020 07:43 PM | Show all posts
The big question is, siapakah yang akan jadi Pengerusi MN?

Abah dan Zahid Hamidi kena one tow som... dahulu kah?

Mungkin warga forum PN/MN fan club boleh beri pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 15-8-2020 07:48 PM

Bottomline..  Kalo melayu sume sepakat pegi undi Ameno tak perlu la Wak Jahit terpekik2 sebegini..  Nak didek bangse tu yang penten..  Bior ade kesedaran & ketakotan dari pupus.  Cine, kelen, steady je.  5 taon sekali ready je berator pangkah DAP..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2020 07:56 PM | Show all posts
Ibarat sirih pulang ke ganggang, semoga dipermudahkan urusan Abah...

[youtube]HPMXpmtfy1U[/youtube]
Majlis Tertinggi Bersatu Setuju Sertai Muafakat Nasional

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu telah memberi persetujuan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Dalam rakaman ucapan yang ditujukan buat ahli Bersatu, Muhyiddin berkata beliau percaya bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk Bersatu.

"​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition.

"InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 15-8-2020 07:56 PM
Ibarat sirih pulang ke ganggang, semoga dipermudahkan urusan Abah...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2020 08:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:07 PM | Show all posts
Hahahaha.......lawaklah tt ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 15-8-2020 08:00 PM

Bosku ponah jilat muntah ke?  Rasenye tade..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:38 PM | Show all posts
bersatu masuk MN musti dgn bersyarat khenzz...mencikk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:58 PM | Show all posts
kesiannya... terpaksalah tebal muka dibelasah wak pornorogoel
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila penyamun BN perangai elok? Suma memang macam hamlau. Si Shahrom ke hapa nama dia yang ex-tunang Adira, bini janda dia kata dia pigi sama itu prostitute kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 15-8-2020 09:00 PM
Sejak bila penyamun BN perangai elok? Suma memang macam hamlau. Si Shahrom ke hapa nama dia yang ex- ...

Aku rase Putwi Ameno tu sume pon stok melepehkan sesak deme aje..  Sesak ayor naik kepale.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne pemuda bersatu kena boo dlm program BN?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 09:47 PM | Show all posts
axl_bach replied at 15-8-2020 09:34 PM
Camne pemuda bersatu kena boo dlm program BN?

Bersatu ni pembelot tahap lejen

dulu belot dari UMNO, lepas tu tikam belakang PH, skrg courting UMNO untuk sokongan tapi PM dia punya.

lojiklah orang UMNO ni boo kan diorang. sekali sekala cerdik...

tunggu penyokong abah PN komen pulak...


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 09:48 PM | Show all posts
umno ni mmg bodo ya amat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.085333 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list