CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3455|Reply: 23

[Tempatan] Ebit Liew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara

[Copy link]
Post time 15-8-2020 07:54 PM | Show all posts |Read mode


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. - Foto Zain Ahmed

Ebit Liew terima Anugerah Khas Hari Belia NegaraOleh Omar Ahmad
cnews@nstp.com.my





JOHOR BAHRU: Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima.

"Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil. Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini.

"Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka.

"Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan. Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan," katanya yang membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai bernilai RM10,000.

Sementara itu, Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menjadi seorang daripada enam penerima Anugerah Wira Belia COVID-19, yang juga anugerah yang julung kali diwujudkan.

Norfarrah Syahirah adalah orang kurang upaya (OKU) yang menjahit menggunakan kaki serta menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE), biarpun tidak mempunyai kedua belah tangan.

"Saya tidak jangka dapat anugerah ini. Saya jahit baju PPE menggunakan kaki dalam program CSR anjuran Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak dapat menyiapkan 332 pasang PPE secara bersama.

"Cabaran itu saya tidak rasa susah sebab sudah biasa jahit menggunakan kaki. Saya ada kemahiran menjahit dengan melihat ibu dan sedikit demi sedikit berusaha belajar teknik jahitan. Saya hanya menjahit pada waktu cuti," katanya yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hari tu aku saja2 jalan kat FB...ada iklan iproperty lalu lalang..biasanya caption iklan ie: Banglo at Tropicana, Condo for Sale at Riana Garden etc etc
tp aku terjmpe iklan ni, captionnya "ingin berjiran sama Ebit Liew di Setia Alam"
bila bukak iklan tu, oh banglo 3 tgkt...tp apsal headline iklan mcm tu skali
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ni le FB nya
tp iklan tu kat iproperty.com ms tgh lalu lalang kt news feed aku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:01 PM | Show all posts
Din Pagoh tak bagi apa apa anugerah kat Sugu Pavarothi ka? Prrrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 11:06 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada Ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pm da ta kawan sama pavi kaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2020 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde tokoh melayu ke yg layak dibagi?? Cina jugak yg dicarik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-8-2020 03:09 AM
Dah takde tokoh melayu ke yg layak dibagi?? Cina jugak yg dicarik

Tahun depan hang dapat la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ustz
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-8-2020 03:09 AM
Dah takde tokoh melayu ke yg layak dibagi?? Cina jugak yg dicarik

Belia kt msia ni melayu je eh

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
As long muslim berhemah tiada masalah siapa yang mendapatnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 08:21 PM | Show all posts
pyropura replied at 16-8-2020 03:09 AM
Dah takde tokoh melayu ke yg layak dibagi?? Cina jugak yg dicarik

Masyallaaaa...........tahun 2018 depa bagi mamak sorang jadi tokoh Mailidul Rasol W.P.

Macamana nak Malay Supremacy macam ni?

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1






Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 16-8-2020 08:21 PM
Masyallaaaa...........tahun 2018 depa bagi mamak sorang jadi tokoh Mailidul Rasol W.P.

Macama ...

Koliang kapir yg dah mimpi Nabi  pun dah dianggap oleh lobai Pas macam mursidul tauw
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-8-2020 07:14 AM
Belia kt msia ni melayu je eh

Laah kan gomen dominan melayu. Kena bagi melayu ler
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-8-2020 08:00 PM
ni le FB nya
tp iklan tu kat iproperty.com ms tgh lalu lalang kt news feed aku

Ayat marketing uols...
See..uols pon tertancap pada iklan tu kan..hahahaha...
Maknanya marketing dia berjaya
Cuma tak dpt hasil.lagi..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 07:49 AM | Show all posts
gini je la yg pm sekarang mampu buat utk kekal relevan. lps sugu pavithra, ebit liew.  untung la yg ramai followers tu. dah mcm stesen tv pulak tengok berapa ramai followers baru blh dpt slot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg sakit hati sbb tak dpt anugerah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 09:06 AM | Show all posts
pyropura replied at 17-8-2020 04:54 AM
Laah kan gomen dominan melayu. Kena bagi melayu ler

dominan xbermakna xblh bg pd kaum lain



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 09:26 AM | Show all posts
tahniah..ebit liew memang layak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 10:19 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-8-2020 08:00 PM
ni le FB nya
tp iklan tu kat iproperty.com ms tgh lalu lalang kt news feed aku

Oh setia alam banglo 3mil je. Kira Bukit jelutong lagi kaw kaw harga benglo nya, 5mil. Mana nak cekau duit banyak2 beli bengalo nie.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088114 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list