CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4138|Reply: 30

[Dunia] Hak depa lah nk normalisasikan -H2O-

[Copy link]
Post time 16-8-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysia Tegas Mengenai Penyelesaian Dua Negara Konflik Palestin-Israel
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Malaysia hari ini mengulangi pendirian tegasnya berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian Malaysia mengenai isu itu sentiasa konsisten iaitu menolak tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel yang mahu melaksanakan pelan memperluas kawasan Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.

“Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel mengulangi pendiriannya sejak sejak sekian lama, iaitu penubuhan (negara) Palestin yang bebas menerusi penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara Palestin sebagai satu-satunya penyelesaian yang boleh diusahakan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia juga akan terus menyokong usaha konkrit dan ikhlas ke arah mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan itu melalui rundingan melibatkan pihak berkenaan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang relevan,” katanya dalam kenyataan.

Merujuk kepada perjanjian damai di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos, beliau berkata Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UEA dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.

Pemulihan hubungan UAE-Israel termasuk menggantung pelan peluasan kawasan Isreal di Tebing Barat. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts

The Sun Daily

Local
Malaysia firm on two-state solution for Israel-Palestinian conflict: Hishammuddin

15 AUG 2020 / 14:28 H.

Malaysia firm on two-state solution for Israel-Palestinian conflict: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia today reiterated it is firm on its stand on a two-state solution to the Palestinian-Israeli conflict.

Foreign Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said Malaysia’s position on the issue of Palestine has always been consistent, whereby it has always rejected the illegal and unilateral action by Israel to implement its plan to annex parts of the Occupied Palestinian Territories in the West Bank.

“Malaysia, which has no diplomatic relations with Israel, reiterates its long-held position that the creation of an independent (State of) Palestine through a two-state solution, based on the pre-1967 borders, with East Jerusalem as the capital of Palestine as the only viable solution to the Palestine-Israel conflict.

“Malaysia will continue to support concrete and genuine efforts towards achieving this just and lasting solution, through negotiations involving the parties concerned, based on international laws and relevant United Nations’ resolutions,” Hishammuddin said in a statement.

Referring to the Aug 13 US-brokered peace deal between the United Arab Emirates (UAE) and Israel, he said Malaysia viewed the normalisation of relations between the UAE and Israel as the sovereign right of the former.

The UAE-Israel normalisation of relations includes the suspending of Israel’s annexation plans in the West Bank. - Bernama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2020 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Suatu ketika dulu~


Bantah Penyelesaian Dua Negara, Desak Kerajaan Perjelas Pendirian
03/08/2017 490


Kenyataan Media Penerangan
147/18

Bantah Penyelesaian Dua Negara, Desak Kerajaan Perjelas Pendirian

1.    PAS membantah kenyataan yang dibuat oleh YB. Dato’ Sri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Terbuka Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak (Israel dan Palestin).

2.    Sesungguhnya kenyataan ini telah membelakangkan perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin yang selama ini sehingga sekarang belum pernah berhenti berusaha demi membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis-Yahudi.

3.    Menegaskan bahawa penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar bagi isu ini memperlihatkan bahawa YB Menteri dan Kementerian Luar Negeri atau Kerajaan Malaysia sendiri tidak jelas dengan kedudukan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa ini menurut perspektif sejarah dan akidah Islam.

4.    Menyokong penyelesaian dua negara ini juga bererti memberikan pengiktirafan tidak langsung kepada kewujudan Israel sedangkan ia adalah sebuah negara haram yang ditubuhkan secara tidak bermaruah melalui pembunuhan, pencabulan hak asasi dan pelanggaran undang-undang.

5.    Oleh itu, PAS mendesak YB Menteri atau Kementerian Luar Negeri menarik semula kenyataan ini dan juga menggesa Kerajaan Malaysia agar menjelaskan pendirian dan sikap rasmi negara berhubung perkara ini.

Sekian.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

03 Ogos 2017 | 10 Zulkaedah 1438H
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 02:37 AM | Show all posts
parti perkauman DAP adalah penyokong kuat penubuhan negara Israel
senator DAP laknatullah sendiri cadangkan suruh buka kedutaan di israekl

jahanam DAP




boleh baca kenyataan penuh di dewan yang mulia

DAP jahanam mahukan kerajaan malaysia buka kedutaan di Israel

HANCUR DAP!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 16-8-2020 02:37 AM
parti perkauman DAP adalah penyokong kuat penubuhan negara Israel
senator DAP laknatullah sendiri c ...

Dap tu ahli pertubuhan parti sosialis antarabangsa bersama sama dgn.Fatah Palestin & beberapa parti sosialis Arab. Parti Labour UK Aussie pun sama. Kalau dah Dap satu geng dgn.Fatah, cemana pulak boleh jadi penyokong Israel. Tu lah banyakkan membaca, jgn jadi tong kosong nyaring bunyi nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Teroris Suluk bukan pengganas kata Isapmudin Umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2020 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 16-8-2020 02:37 AM
parti perkauman DAP adalah penyokong kuat penubuhan negara Israel
senator DAP laknatullah sendiri c ...

Kalau dah iktiraf Two State Solution ni bermakna kita iktiraf negara Israel lah....

Sbb tu skang ni jadi polemik di parlimen apakah stand PAS amnya dan Duta Timur Tengah bertaraf menteri khasnya dlm isu ini....

Dulu pendirian PAS adalah tolak Two State Solution dgn alasan setuju bermakna iktiraf kewujudan Israel....

Now kerajaan Abah Mahiaddin yg prihatin lg berpenjana di mana PAS antara yg berada dlm jemaah menteri pun dgn jelas menyatakan sokongan, gimana itu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 03:10 AM | Show all posts
pyropura replied at 16-8-2020 02:52 AM
Teroris Suluk bukan pengganas kata Isapmudin Umno

Duta khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri (yang baru baru ini memberitahu pengikutnya lobai lobai rendah akal yang dia menang saman fitnahnya terhadap Claire Rewcastle-Brown dan Sarawak Report di England........Prrrrrrrrrrrrrrrrpffftght), tak ada tampil bagi nasihat kat Din Pagoh ka Pyro?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2020 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 16-8-2020 03:10 AM
Duta khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri (yang baru baru ini memberitahu pengikutnya lo ...

Dah tak tertolong dah, macam kes Najib aritu, the prosecution to close its case, disangkanya case closed. Lobaicai maha baghal
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 09:52 AM | Show all posts
pyropura replied at 16-8-2020 03:22 AM
Dah tak tertolong dah, macam kes Najib aritu, the prosecution to close its case, disangkanya case  ...

Hahahahahahaha kehkehkehkeh Kihkihkihkihkih Hikhikhikhikhik........macam tu punya baghal pon ada hati nak jadi tuan?....

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 07:21 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 16-8-2020 07:22 PM
whitemagic replied at 16-8-2020 02:37 AM
parti perkauman DAP adalah penyokong kuat penubuhan negara Israel
senator DAP laknatullah sendiri c ...

Errr tambi ... 2 state solution bermakna Israel pon kena iktiraf tau

Tersebut adalah kenyataan dari menteri party assobiyyah yg kata macam ni :
KUALA LUMPUR: Malaysia today reiterated it is firm on its stand on a two-state solution to the Palestinian-Israeli conflict.
Foreign Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said

Sekarang pendirian '2 state solution' adalah pendirian rasmi kerajaan PN

Hmmm .... macamana pulak dengan party 'ehem ehem' pasal depa pernah klaim macam ni :
PAS membantah kenyataan yang dibuat oleh YB. Dato’ Sri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Terbuka Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak (Israel dan Palestin).

Camno dengan pendirian collective pasal semua satu geng dalam kerajaan PN

Adakah akan berlaku penarikkan diri atas prinsip & maruah muslim ataupon jawatan menteri & pengerusi GLC lebih penting?

DAPig dah tak ada dalam kerajaan tau ...

Kah kah kah ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 10:44 PM | Show all posts
2 State solution memang yg praktikal lah. Kalau nak serah kan semua Israel jadi Palestine semula, lagi banyak permasalahan yang akan timbul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda Pas kecam perjanjian damai Israel-UAE

By Manzaidi Mohd Amin - 16 August 2020

khairilnizam-681x453

Ir. Khairil Nizam Khirudin
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengutuk dan mengecam keras perjanjian damai dua hala antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan rejim Israel yang baru sahaja dimeterai minggu ini.

DPPM menyifatkan tindakan UAE itu sebagai pengkhianatan kepada umat Islam terutama rakyat Palestin serta dunia Islam.


Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, adalah satu penghinaan besar bagi UAE apabila sanggup bersama musuh Islam yang giat menyembelih saudara seagama mereka.

“Tidak terjangkau oleh akal fikiran bagaimana UAE yang dipimpin seorang beragama Islam dan majoriti penduduknya Islam sanggup berjabat tangan dengan pemimpin rejim Israel dan Zionis yang dikotori darah dan air mata rakyat Palestin.

"Apakah UAE tidak sensitif dengan nasib saudara seagama yang sejak sekian lama dizalimi, ditindas dan dinafikan hak mereka oleh musuh Islam ini?

“Pengkhianatan UAE ini harus ditentang oleh semua negara dunia Islam, termasuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Ir. Khairil Nizam berkata, Pemuda Pas menuntut kerajaan Malaysia mengecam tindakan UAE dan memanggil pulang Duta Malaysia di UAE sebagai bantahan kepada pengkhianatan itu.

DPPM juga, tegasnya akan terus bersolidariti bersama saudara seagama di Palestin dan dunia Arab yang ditindas dan dizalimi oleh rejim zionis Israel.

Ujarnya, segala bentuk hubungan dan perjanjian damai bersama Israel adalah suatu pengkhianatan dan harus ditolak oleh umat Islam. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts

Hubungan dengan UAE kekal erat – Hishammuddin

By Mohammad Arif Nizam - 16 August 2020
.
SLIM RIVER – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn mengesahkan hubungan Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal erat walaupun negara itu memeterai perjanjian damai dengan Israel baru-baru ini.

Hishammmudin berkata, Malaysia mengamalkan sikap hormat-menghormati hubungan antara dua negara yang mengatasi pendirian semasa.


Jelas beliau tiada sebab untuk Malaysia tidak lagi berbincang dengan UAE pada masa akan datang.

“Hubungan saya dengan UAE cukup hubungan cukup erat dan sikap hormat-menghormati dua negara ini harus mampu mengatasi pendirian semasa.


“Tidak ada sebabnya saya tidak boleh bincang dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas hadir para Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan hari ini.

Beliau diminta sama ada hubungan Malaysia dan UAE akan terjejas merujuk kepada perjanjian damai negara itu dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos lalu.

Hishammuddin sebelum ini dalam kenyataannya berkata, Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UEA dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.

Namun beliau mengulangi pendirian Malaysia berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel.


Jelas beliau, pendirian negara mengenai isu itu sentiasa konsisten iaitu menolak tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel yang mahu melaksanakan pelan memperluas kawasan Palestin yang didudukinya di Tebing Barat. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu pihak suruh kecam dan panggil duta balik, satu pihak lg ckp lain.....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 11:27 PM | Show all posts
axl_bach replied at 16-8-2020 11:20 PM
Satu pihak suruh kecam dan panggil duta balik, satu pihak lg ckp lain.....hmmmm

Masa sekarang lah kita perlukan Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri untuk buat keje

Tak kan tak mampu selesaikan isu ni kot ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 16-8-2020 11:27 PM
Masa sekarang lah kita perlukan Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri untuk buat keje

Tak  ...

Isu ni adalah ujian pertama buat Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri....rasanya ramai ternanti2 pandangan dari beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 11:58 PM | Show all posts
So isapmudin ni skrg menteri luar ka?

apasal aku cam lupa pulak

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 12:05 AM | Show all posts
axl_bach replied at 16-8-2020 03:01 AM
Kalau dah iktiraf Two State Solution ni bermakna kita iktiraf negara Israel lah....

Sbb tu skan ...

memang nak iktiraf pun cuma malu tapi mau

rakyat perati je... kokok bukan main...


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 16-8-2020 11:27 PM
Masa sekarang lah kita perlukan Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri untuk buat keje

Tak  ...

Duta Khas Timor Tengah tu bodoh semacam je. Ada ka baru2 ni dia pulak yg pegi ke Kedutaan Iran. Pegawai level macai kat Wismaputra pun takkan sekali2  pergi ke kedutaan. Duta asing yg kena datang mengadap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081891 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list