CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2009|Reply: 18

[Tempatan] Virus mutasi kat kedah guyssss

  [Copy link]
Post time 16-8-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR): seperti disyaki mutasi jenis D614G telah dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).

Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.

Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. Ianya didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.
Oleh itu, tindakan utama kita adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu, penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting pkp lps raya haji bak kat netijen yerppppppppp @sarah82
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Noooo... I is takut nk pi kedah nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga malaysia terhindar dr musibah yg besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la pkp kt kedah. Takut diorg kluar masuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini betul2 menakutkan. ......jgn pandang remeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
masih hanya dgn SOP biasa?
hmmm... rakyat dah plan nak bercuti cuti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 07:49 AM | Show all posts
Kalaulah kredit Diknah banyak........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2020 08:03 AM | Show all posts
10x mudah merebak. Tp makin kuat or lemah , like sekadar dpt  demam ja tp tak seteruk mcm kena covid asal.  Or sama ja. Semoga Kedah pulih.

Anak my kazen dihalang gi skolah 14 hari coz deyols beraya kat kedah.  Good job ticer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni musim panas melampau ...ramai betul yg demam dan batuk. ...masa aku pi klinik ramai betul yg sakit. ...mmg yg sakit tu ada flu. .batuk. ..bunyi batuk agak kronik termasuk lah diri aku ni...sampai sekarang dah hampir 2 minggu x hilang batuk da kadang2 badan panas balik. ....

Lain macam demam sekarang ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Next week da cuti sekolah .. ramai yg dah plan nak ke penang menghala utara. Better jgn bg org luar masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 16-8-2020 08:27 AM
Next week da cuti sekolah .. ramai yg dah plan nak ke penang menghala utara. Better jgn bg org luar  ...

Aku rasa mungkin dh terlmbt..sbb dh raya haji..ramai org balik kg
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 09:57 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-8-2020 08:09 AM
Sekarang ni musim panas melampau ...ramai betul yg demam dan batuk. ...masa aku pi klinik ramai betu ...

nie macam masa awai januari tahun ni.... ramai orang demam dan batuk.. masa ni heboh influenza... covid-19 baru ada sikit2

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2020 09:57 AM
nie macam masa awai januari tahun ni.... ramai orang demam dan batuk.. masa ni heboh influenza...  ...

Sekarang ni mmg ramai yg demam....dah sakit tekak +selesema. ....seriau ok.....takut covid je
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh rmai yg book hotel dkt penang, langkawi. Korang ghase kjaan nk sekat ke x? Mmg x la. Dh la Hotel baru nk bernafas. Raya haji aritu aku stay kt resort puchong, tsenyum lebar staf2 diorg. Bekerja pon semangat je. Mklmla baru rasa nk lega bernafaskn. Syukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 10:44 AM | Show all posts
Membimbangkan dan perkara yang dibimbangkan semasa masa cuti raya haji aritu dah pun terjadi.  Ni nak curi sekolah semula tambah cuti panjang merdeka minggu seterusnya.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2020 09:57 AM
nie macam masa awai januari tahun ni.... ramai orang demam dan batuk.. masa ni heboh influenza...  ...

Meolls 3 beranak kena influenza feb aritu
Ada hikmah jugak meolls kena
Boleh la cuti jaga anak
Sbb kalo anak kena influenza parent tak dpt cuti kuarantin sbb takde dlm list penyakit yg layak dpt cuti kuarantin dlm pekeliling
So kena amek crk tp baru feb kan so layak sehari dua sj
Kalo lebih kena separuh gaji
Bangang kan
Naseb meols kena mild2 sj
Sj larat la bgn bg mndi mkn ubt anak
Suami setel bab mkn je tu pon meolls suruh dia tnggal kt dpn pintu tkot dia jangkit sekali
Lepas je baik terus sanitize satu rumah
So meols nk cdgkan kt gov cepat la masukkan influenza dgn covid ni dlm list cuti kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 11:08 AM | Show all posts
Cekgushilla replied at 16-8-2020 10:51 AM
Meolls 3 beranak kena influenza feb aritu
Ada hikmah jugak meolls kena
Boleh la cuti jaga anak

haaa. kalau HFMD baru dapat cuti kuarantin untuk anak dan parents. mungkin akan datang covid-19 akan masuk la kot.......dah penyakit baru ni semua pihak pon tak ketahwan mcm mana nak deal with it selain tutup sekolah bila ada kes.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2020 11:08 AM
haaa. kalau HFMD baru dapat cuti kuarantin untuk anak dan parents. mungkin akan datang covid-19 ak ...

Lepas ni mmg nk kena ccuk la every year
Serik dh byr tamiflu mahal oii 3 org pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069465 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list