CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1562|Reply: 4

[Politik] #BUNG2020: Umpama Tindakan Bunuh Diri!

[Copy link]
Post time 19-8-2020 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by KBW2 at 19-8-2020 12:31 AM


Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan pimpinan tertinggi UMNO memberikan autonomi kepada Bung Radin Moktar, iaitu Pengerusi Barisan Nasional Sabah untuk melantik Ketua Menteri Sabah yang baharu. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah yang ditetapkan tarikhnya pada 26 September akan datang.

Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO harini berkata antara lain peranan Bung Radin dalam PRN kali ini:

"Memilih seorang ketua menteri dalam kalangan Adun apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baru.
"Lepas PRN kalau dapat majoriti mudah perundingan akan dijalankan dengan semua Adun yang ada.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Rahman Dahlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah "bunuh diri". Ini kerana Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu dibelenggu dua kes rasuah yang masih dalam perbicaraan. Tambah lagi menurut beliau terdapat ramai lagi yang layak dan berkebolehan untuk memikul tanggungjawab itu. Beliau berkata:

"Ia langkah bunuh diri"
"Tidak ada parti di dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah (dan) menghadiri kes-kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihan raya," katanya.

Abdul Rahman turut menegaskan bahawa pemilihan tersebut seolah-olah menghina kod etika rakyat Sabah dan mahu Presiden UMNO mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Sumber: Malaysiakini







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2020 09:41 AM | Show all posts
betul la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno ni bila nak cerdik tak tahu laa.... masih ramai perangai2 celaka sial... sampai bila nak simpan wak jahid dengan bung.... dua2 tak boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Presiden pun ada kes di mahkamah.
Sewajarnya parti buat sesuatu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes mahkamah pung masih ada kredibiliti ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077685 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list